Ditujukan khas kepada insan yang kuat makan..En. Ahmad Farhan..
disebabkan kedahsyatan menjamah breakfast pagi tadi..
so, saya nak suggestkan kepada awak beberapa tips nak kempiskan perut..ngehehe..
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, 
keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan
 sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga 
meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan 
menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses 
pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan 
cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya
 membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit.
 Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna 
dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut
 berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak 
sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan 
mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut 
akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 
Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. 
Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan
 sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear 
dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat 
penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai 
jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit.
 Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan 
menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam 
pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali 
seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-
gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak 
yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. 
Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan
 kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran 
dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan 
cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan 
sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan 
seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
tunggu apa lagi haaa.. 
cepat!!! gi buat sekarang....
cepat!!! gi buat sekarang....
 Home


No comments:
Post a Comment