28 August 2010

KeM ESQ - TeEn

Unknown | 2:49 PM | 00 orang doakan aku slim |

Hmm...dulu pernah jadi kontroversi pasal ESQ nie....
satu kem motivasi yg berlandaskan Islam untuk menerapkan nilai2 Islam dan 
moral dalam diri manusia yang kini makin hilang jati diri...

Sebab pa paan tulis pasal citer ni dlm blog sbb paan pernah pi kem ni...
slama paan dkat kem ni paan x rasa apa yg diorang ckap tue lain dari Islam..
apa yg diorang sampaikan kbanyakan smuanya paan paham sebab paan berlatar 
belakangkan sekolah agama..
so sbb tu paan paham apa yang diorang smpaikan...
time lepas majlis penutupan 
bersama motivator program ni...Abg Ridwan
peserta2 muslimat
Lepas program...singgah dkat SOGO Shopping Complex kejap..huhu



oleh:


Dr. Adnan Mohamed Yusoff
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin
Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Berikut ini adalah artikel yang ditulis oleh Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Dr. MOhd Fauzi Mohd Amin dari Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam artikel ini, diulas mengenai fiqih hadits "Islam, Iman dan Ihsan" dalam training ESQ dan sebagai kesimpulan disampaikan bahwa:

"Dari perbincangan ini dapatlah disimpulkan bahawa Model ESQ Way 165 merupakan suatu usaha keras pengasasnya untuk mengislamisasikan ilmu perlatihan modal insan menggunakan prinsip-prinsip, serta amalan-amalan yang menjadi asas pegangan serta rutin harian setiap individu muslim. Malah jika diteliti model ini secara menyeluruh, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengasasnya berjaya mengadunkan nas-nas dari Quran dan Sunnah mengikut pengkajiannya berkaitan pengurusan sumber manusia dengan kajian modern dalam bidang ini, sehingga berjaya membina sebuah model yang unik dan lebih mantap dari apa yang dikemukakan oleh sarjana barat. Ini adalah kerana kajian oleh sarjana barat hanya terbatas kepada nilai-nilai duniawi dan tetap terbatas dalam kerangka kemanusiaan tanpa menembusi hakikat pengabdian diri kepada Ilahi. Hanya dengan merujuk kepada petunjuk serta hidayah yang digariskan oleh Quran dan Sunnah, kesempurnaan sejati pada nilai yang dihasratkan dalam sumber manusia dapat dicapai secara hakiki. Penelitian terhadap fiqh hadis Islam, Iman dan Ihsan ini dari turath para ulama sehingga menjadi sumber inspirasi terhadap pembinaan model ini bersesuaian dengan kedudukan hadis ini sebagai Umm al-Sunnah seperti yang telah dihuraikan oleh para ulama terdahulu"

Hmmm.....apa apapun semuanya hendaklah berdasarkan al Quran dan hadith...apa jua yang kita nak buat...2 bnda tu kna rujuk dulu.....kadang2 pun risau jgak...kita x tahu yang mna betul yang mana salah...wallahualam...


"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda  menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)








- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...