08 November 2016

HARI JUBAH [PART 2]

Unknown | 3:21 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Semalam hari Konvo kita [Hari Jubah Part 1] .. Hari nie giliran kawan-kawan pulak .. Dah alang-alang ada dekat sini , time ni je la nak jumpa semua orang .. Hari nie unit pemulihan , pra sekolah & pengajian Tamil konvo .. Unit Tesl pulak ada raptai pagi tu , memang dapat laa nak jumpa ramai-ramai .. Hari nie memang abam nak meraikan diorang .. Gua payung gambar lu orang hari nie , haha ..
Jumpa-jumpa diorang terus jadi tak betul .. Otak sorang-sorang pun tak betul lagi .. Rindu weii masing-masing .. Sementara tunggu yang lain habis sidang , menjadi jugak budak-budak ni depan orang , haha
Ladies , pliss .. Tengok langit , tahan mata .. Klik !! oke done .. haha
Haha , aku faham Pijat .. Faham .. Nak menanti diorang habis sidang pun dah berjam-jam .. Fahamm .. Iz pun .. Aku dah alami semalam .. Sekali dengan aku pun lentok dalam dewan semalam , hahaha .. Hafiz , Nyamie .. Tahniahh awop awoppp .. 
Member-member peribumi abam .. Bangga dengan diorang ..
Rommate abam dah konvo !! Haha tahniah Zack .. Aku tau kau serba boleh .. Majukan sekolah peribumi .. Budak-budak perlukan kau , keep it up bero !!
Orang tu dapat first class terr .. Anugerah Terbaik Praktikum pulakk .. Tahniahh Am , bangga sama lu ..
Hahahah Merak , tahniahh oOii ..Selalu nihh perang mulut dengan dia .. Pong pang pong pang dekat hostel .. 
Jumpa . Senyum . Gelak . Ketawa . Kisah antara sahabat dengan sahabat .. Azam & Syahir , gudjob !!
Sue Ernestt , tahniah Sue .. Kawan Sabah yang rapat sangat dengan abam masa dekat IPG .. Family GITA jugak .. Sekali la haa dengan si Fir nie , sama-sama Sabah .. Fir posting Johor , Sue pulak dekat Sabah .. Susah mau jumpa kamu Sue , selepas tahun baru dapat jumpa .. Fir masih ada chance , sebab semenanjung saja bahh , haha ..
Lai (nama betul Kalik) antara kawan yang kuat gaduh , kuat sekeh tapi saling memerlukan .. Mau tak memerlukan sebab zaman dekat IPG dulu dia ada motor , mesti la memerlukan haha .. Dia pun rajin mintak tolong abam haaaa hehe takde ahhh .. Bila dia dah duduk Sarawak sekarang memang susah laa nak jumpa , itu yang selalu bermain dekat kepala nie .. Macam mana nak jumpa lagi member-member abam yang duduk Sabah Sarawak , susah kann ??
Salah sorang kawan India abam yang paling rapat , Yuthishh .. Tahniah bero , kau tetap Sivaji di hatiku haha .. Jennn , Jenal .. Tahniahh oOhooii ..
G.A.D .. Woww bero , kita dah graduated !! Tahniahh tahniahh .. Kita dah dapat apa yang kita nak .. Tu lahh zaman belajau dulu , pergi makan ke karok ke jalan-jalan ke semua sekali .. Cuma nak kahwin nanti je takleh sekali .. Kalau tak pakat tak dapat pergi kenduri , haha .. 


Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. kita semua dah capai kejayaan masing-masing .. Mana la tahu lepas ni rezeki sambung master pulak .. InshaaAllah semoga urusan kita dipermudah nanti .. Jommm kembali ke sekolah !! haha




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

07 November 2016

HARI JUBAH [PART 1]

Unknown | 3:20 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah wa syukurilah .. Dengan nama Alif-Lam-Lam-Ha , aku panjatkan kesyukuran buatMu ..

Setiap orang . Setiap batch . Setiap tahun . Setiap IPTA sekali pun .. Bila sampai saat ni semua orang pakat eksaited kebamm keboOm .. Pliss bagi chance dekat orang-orang yang berhak menzahirkan rasa itu .. Sekarang sudah sampai masa kami , hehehe ..
Yahh , Konvokesyen IPGM Kali Ke-7 di MAEPS , Serdang .. Hari yang pertama , sidang yang pertama dan abam orang yang pertama akan naik stage nanti .. Oke . Dah la raptai & taklimat sehari sebelum tak pergi .. Pastu suruh orang ambilkan ..
Oke terkejut .. Oke tak ready , hahaha .. Apa pun hari yang bahagia nie wajiblahh happy walau apa cara sekalipun .. 5 tahun setengah kot berjuang .. Untuk sidang yang pertama nie opsyen yang terlibat ialah Bahasa Melayu , Matematik , Sains , Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik ..
Selepas berhempas pulas selama 4 jam di dalam dewan sidang .. Mak ayah , I made it !! haha
Jejaka dari BM1 .. Lagi 5 orang tak cukup .. Bila ingat-ingat balek , sorang-sorang punya perangai  masa zaman belajar dulu , nauzubillah hahaha .. Sekarang 4 orang dah berumah tangga , alhamdulillah ..
Makcik-makcik BM1 .. 9 orang semuanya .. 3 orang dah bergelar isteri , seorang lagi on the way .. hehe .. Semoga dipermudah urusan nanti ..
We did it !! PISMP Bahasa Melayu 1 IPGKTAA .. 5 tahun setengah kita bersama .. Bergaduh , bergembira , bersengketa , bermerapu .. Tetap adik beradik sampai bila-bila .. Dulu kita duduk sekali , sekarang dah bawa haluan masing-masing .. Harap semua orang berjaya di tempat yang baru ..
Haha punya la bertahun tak jumpa , akhirnya jumpa juga masa konvo .. Amerul , member masa sekolah menengah dulu .. Dia IPG Darulaman sekarang mengajar dekat KL .. Yang abam pulak masa study dulu duduk jauh , dekat Pahang .. Sekarang mengajar dekat Penang , dekat pulak hohOo ..
Kak Yong gua , geng gila-gila dulu .. Untung dia dapat mengajar dekat Pahang , dah la orang Pahang  ..
Bersama lecturer Pengajian Melayu abam , En Shahnam .. Antara lecturer yang sporting & ramah ..
Yeayyy depa mai tengok kita konvo .. Kebetulan sidang diorang esoknya , petang tu ada raptai ..
Rihaz , geng dari kecik-kecik dulu , pastu sekolah menengah pun sekali , U pun sama-sama jugak sekali .. Kemudian keluar masuk IPG cuma tak sama then sampai laa sekarang .. La ni dah dekat Johor dah brader nie ..
Delissss , partner tarian masa zaman belajau duluu .. Jumpa jugak akhirnya .. Kau dah mengajar dekat Sarawak dah sekarang , lagi susah dah nak jumpa haha
Antara orang-orang yang dinanti untuk berjumpa masa konvo .. Finally , selepas setahun .. Akhirnya bersua jugak kita , Famili Aras 2 .. Rindu tu tak tahu la nak cakap macam mana , subjektif ..
Akhirnya ... Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dengan Kepujian Kelas Pertama .. Alhamdulillah .. Thankyou mak ayah & family .. Sentiasa support abang .. Event tak dapat bersama-sama pada hari special nie , kegembiraan kalian ku bawa bersama .. Yahh , lecturer-lecturer ku & guruku yang tersayang .. Orang kuat yang paling banyak membantu untuk mencapai impian bergelar sebagai seorang pendidik .. Terima kasih yang teramat-amat ya ampun nya punn .. Sahabattt .. sekali dua kali ucap terima kasih pun belum tentu dapat membayar hasil penat lelah kita bersama-sama .. Thankyou guyss .. Tahniah kawan .. 


Mood konvo masih belum habis lagi .. Kita sambung dekat [Hari Jubah Part 2] pulak






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

05 November 2016

TEATER MAKCUN D'WALEI

Unknown | 3:18 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah dekat setahun lebih tak pergi menonton teater dekat Istana Budaya .. Kalau masa zaman study dulu , mesti pakat-pakat dengan geng-geng GITA lepas tu naik bas IPG pergi KL tengok teater .. Alahaiii bestt gillerr ramai-ramai dulu pergi tengok .. Tahun nie rezeki sekali lagi , ada chance pergi menonton teater dekat IB dengan team GITA .. Teater Mak Cun D'Walei .. Tapi tak seramai macam sebelum nie .. Takpa , janji ada .. Kebetulan kiteorang akan berkonvo hari Isnin nanti , jadi ramai yang ada dekat KL .. So , hujung minggu tu dah turun KL siap-siap .. Nak jumpa family GITA ..  Nak jumpa ramai-ramai dekat Istana Budaya sambil tengok teater .. 
Turun KL kali nie naik flight .. Air Asia buat promo , terus grabb .. hehe
Turun flight terus jumpa orang Sabah nie !! Arghhh rindu kau Amy (tudung purple) , lama gila tak jumpa kau .. Dah setahun lebih bahh .. Sebelah Amy kawan Sabah dia , mengajar satu sekolah .. Yang Si Amy konvo hari Selasa , abam hari Isnin .. Fuhhh punya laa laparr gillerr dari pagi tak makan , sampai dekat KL terus serbu restoran .. Lapar weiiii .. Dah kenyang apa semua , terus gerak ke Istana Budaya ..

Sinopsis Teater : 

DILWALE ertinya berjiwa besar. Itulah Mak Cun. Insan yang tak kenal erti putus asa. Mak Cun telah di anugerahkan duta usahawan desa. Berkobar-kobarlah semangat Mak Cun nak mengangkat produk-produknya ke persada dunia. Penganugerahan itu telah memberi semangat bukan sahaja kepadanya tetapi kepada usahawan-usahawan desa yang lain. 

Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan produknya namun takde siapa berminat nak pasarkan produk yang tak popular. Mak Cun geram dan nekad nak buktikan pada mereka yang produk dia boleh popular satu hari nanti. Lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur. Mak Cun mahu jadikan bazar ini sebagai tempat untuk dia mempromosikan produk dia. Kononnya sebagai strategi marketingnya. Beriyalah mereka mempersiapkan produk mereka untuk festival itu.

Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku. Semuanya berpunca kerana artis-artis turut sama buka booth di situ. Maka ramai pengunjung serbu booth artis saja. Mana tidaknya Amy Search jual asam pedas sambil menyanyi...Fathia jual tudung sambil tergedik-gedik manja...Rona artis indonesia jual perfume dengan senyuman saja, tersangatlah hancurnya hati Mak Cun dan usahawan lain kerana terpaksa pulang dengan kerugian.

Mak Cun nekad nak upgrade kan produknya supaya selepas ini orang akan kerumun boothnya kerana kehebatan produknya bukan populariti seperti artis. Manisah cadangkan Mak Cun supaya mendapatkan perkhidmatan dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia. Mak Cun terpengaruh. Mak Cun bersemangat hendak ke India. Pak Akob tak setuju dan cuba menyakinkan Mak Cun yang orang Malaysia pun mampu buat rempah yang sedap. Namun Mak Cun berdegil. Manisah sibuk menawarkan diri untuk menemani Mak Cun. Mak Cun setuju untuk membawa Manisah menemaninya.

Mak Cun dan Manisah berangkat ke India. Seperti biasa Mak Cun dengan harapannya yang begitu tinggi namun berbeza dengan Manisah. Yang saja-saja nak makan angin. Memandangkan inilah pertama kali mereka menjejak kaki ke India maka tidaklah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuhi. Muncul Rahul bos perusahaan rempah itu. Sebaik terpandang sahaja Rahul, Manisah terus jatuh cinta. Mak Cun sibuk nak bincang business manakala Manisah tak habis nak main cinta dengan Rahul. Rahul dan Manoj gagal didalam perniagaan mereka sehingga kilang mereka ditutup. Pekerja-pekerja mogok kerana tak dibayar gaji. Bagaimana agaknya Mak Cun hendak merealisasikan impiannya membuat rempah di kilang Rahul...berjayakah Mak Cun? 
Sebelum tengok teater kena jumpa dulu dengan pelakon dia , haaaa Mok Cun terr ..
Arghhhh !! legendd !! Pewwitttt 
Abam Fizo dah maju sekarang , usahawan muda yang berjaya ..
Yeahhhhh finally adik-beradik dah berkumpul .. Anne , Diey , Kak Ita , Amy , Winnie , Ecah , Kak Shida , abam , Put & Ayie .. Walaupun tak cukup korum , sangat-sangat tak cukup sebab ramai yang ada komitmen , tapi takpa syukur dapat jumpa yang mana ada ..
Giller kauu tak happy jumpa gila-gila nie ..
Haaa Putra , setahun lebih tak jumpa kau .. Baru malam nie dapat jumpa lahai rindu gila .. Semestinya masing-masing mengalami peningkatan saiz badan yang cemerlang , haha ..

Teater Mokcun tadi memang besttt .. Kelakarr lahaiii hahahaha , Senak perutt gua tengok teater nie .. Tambah-tambah kalau ada part Abam Bocei , tak menahann .. Habis-habis teater tadi terus lapar , sebab gelak banyak sangat hahaha ..

Lepas habis jer teater kiteorang terus serbu McD sebab segera , cepat dan lapar gila ya amat , haaaaa .. Berborak punya borak dekat McD sampai pukul 2 pagi .. Alahai cepat sangat masa .. Kiteorang semua dapat berjumpa malam nie ja , pastu masing-masing akan berpecah ikut haluan sendiri .. InshaaAllah ada rezeki kita jumpa lagi yea .. Sayonara semua ~~




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...