14 October 2016

THAILAND - SKBL2 CULTURAL EXCHANGE

Paan Zainudin | 4:39 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari tu lawatan guru-guru besar dari Acheh ke SK Bayan Lepas 2 .. Kali nie lawatan Sekolah X dari Thailand pulak menyusul ke SKBL2 .. Sebab apa abam letak Sekolah X ?? Sebab abam lupa nama sekolah tue , hahaha adeii .. Nama sekolah tu panjang , susah sikit nak sebut .. Pastu selongkar pulak rak cari buku program yang ada nama sekolah diorang , pun tak jumpa .. Last-last letak nama Sekolah X .. Tu lahh , lambat sangat update blog , haha .. 

Murid-murid dan guru dari Sekolah X datang ke SK Bayan Lepas 2 untuk membuat penandaarasan tentang pengajaran bahasa Inggeris di sekolah nie dengan pertukaran budaya di sini .. 
Barisan guru-guru dari Sekolah X .. Sambutan kehadiran diorang ke sekolah kami dibuat secara bersederhana bagi menghormati tempoh perkabungan rakyat Thailand ke atas pemergian mendiang Raja Thailand .. Apa pun masa diorang ke sekolah nie , masing-masing nampak seronok dan teruja je ..  
Selesai persembahan kebudayaan ( tarian Melayu + Cina + India + Peribumi ) oleh murid-murid tahun 3 & 4 .. Guru Besar Sekolah X macam seronok giller masa persembahan diorang nie .. Habis je perform terus pergi dekat diorang & serahkan sampul $$ dekat anak murid .. Wowww untunglaaaa ..
Sesi penyampaian / pertukaran cenderahati oleh Guru Besar SKBL2 kepada pengetua Sekolah X 
Sesi bergambar bersama-sama .. Habis je program dekat dewan , semua tetamu pergi ke kantin sekolah untuk menikmati minum pagi bersama dengan warga sekolah .. Rasanya makanan Thai dengan makanan kita nie tak jauh beza .. Sedangkan abam sendiri pun memang feberett sangat dengan makanan Thai nihh .. Lepas selesai minum pagi , diorang dibawa ke setiap checkpoint di dalam sekolah ni mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan .. Apa yang dimaksudkan dengan checkpoint nie ??
Gini haaa , di setiap checkpoint ada permainan-permainan tradisional masyarakat Malaysia .. Antaranya congkak , ketinting , batu seremban dan lain-lain .. Jadi setiap kumpulan yang sampai ke checkpoint tu , diorang akan bermain permainan yang telah disediakan .. Kalau tengok dekat gambar di atas tu , diorang memang eksaited giller main congkak .. Sampai taknak berhenti main , haha ..
Sekali dengan cikgu pun main , tunjuk skill masing-masing .. 
Selain daripada melawat checkpoint ,cikgu-cikgu dan murid-murid dari Sekolah X juga turut melawat bilik-bilik khas di sekitar sekolah nie seperti bilik guru , pusat sumber , bilik pemulihan , bilik tayangan dan lain-lain .. Di samping itu , kiteorang juga turut bertukar-tukar pendapat tentang sistem persekolahan di sana dan kaedah pembelajaran yang dijalankan .. Mana lah tahu , boleh digunakan untuk penambahbaikan di sekolah nie ..

Selesai aktiviti dan melawat kawasan-kawasan sekolah , akhirnya guru-guru dan murid-murid Sekolah X berangkat pulang .. Banyak jugak ilmu yang abam dapat daripada perkongsian bersama diorang .. Yahh , boleh la gunakan untuk PdP bersama dengan anak-anak murid nanti .. Thankyou for coming to SK Bayan Lepas 2 .. Ada ruang dan peluang nanti kami akan melawat ke sana pula ^_^




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

10 October 2016

JOM MAIN TANAH LIAT

Paan Zainudin | 4:37 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pekabo belaka ? Eksaited pulak nak update entri hari ni , haha .. Kali nie abam jadi guru pengiring bawak anak-anak tahun 6 ke Bengkel Seramik [Jelajah Seni] di Balik Pulau .. Program nie dikira sebagai program tahun 6 lepasan UPSR ..
Kiteorang bertolak ke Pusat Kraf Seramik Balik Pulau tu dalam pukul 9 pagi .. Sebelum tu bergambar dulu dengan Guru Besar & GPK 1 .. Penuh 1 bas bawak budak-budak nihh .. Macam-macam ragam sorang-sorang , haha ..
Okayy dah sampai .. Kita dengar dulu taklimat daripada Prof .. Bengkel seramik nie terletak di Sungai Korok , Balik Pulau .. Salah satu inisiatif warga kampung nie untuk memajukan industri desa dekat sini .. Baguss la bila tengok usaha diorang nie .. Suasana dekat sini pun menarik , bersih , cantik dan ceria .. Patut la menang pertandingan kampung tercantik ..
Tengok muka sorang-sorang , semua pakat teruja bila dapat tanah liat .. Anak-anak dah mula menghasilkan model tanah liat masing-masing .. Entah apa bentuk yang akan dihasilkan oleh diorang nanti .. 
Berbakat sebenarnya anak-anak cikgu nie .. Bila tengok hasil yang dilakukan oleh diorang , wOwww pandai betul korang .. Berseni tangan masing-masing .. 
Bukan setakat student , cikgu-cikgu pun nak cuba jugak .. Entah jadi entah kan tidak .. First time buat seramik guna tanah liat ni .. Pernah dah main tanah liat macam nie , tapi kelaut hasilnya haha ..
Nie hasil tanah liat yang team cikgu buat .. Hmmm boleh tahann (sambil kipas diri sendiri) haha .. Ni belum dikira siap semuanya lagi ni .. Ada prosedur lain pulak yang perlu dibuat .. Hasil-hasil tanah liat ni akan diwarnakan lepas tu dibakar di dalam bekas special yang dah disediakan  .. Haa semua tue akan dilakukan sendiri oleh prof & pembantunya .. Bila dah siap semuanya barulah seramik tu akan diserahkan kepada kami semula ..
Bila cikgu dengan anak-anak dah masuk air , haha ..
Alhamdulillah , dah selesai bengkel seramik yang telah dianjurkan oleh Panitia Seni Visual SK Bayan Lepas 2 .. Masing-masing dah seronok dan tak sabar nak tengok hasil seramik masing-masing bila dah siap nanti .. Takpe , dah settle semuanya nanti cikgu bagi balik dekat korang semua .. Masing-masing sporting dekat sini .. Bestt cikgu suka , haha ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

08 October 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016

Paan Zainudin | 4:39 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Setiap tahun setiap tempat di seluruh Malaysia termasuk SK Bayan Lepas 2 akan mengadakan HARI SUKAN NEGARA 2.0 .. Jadi , pada tarikh 8 Oktobber 2016 ni , warga sekolah abam sendiri akan mengadakan program nie bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari d sekitar kawasan sekolah .. 

Acara dimulakan dengan perbarisan pagi dan ucapan perasmian .. Abam terlibat sebagai AJK gimik dan perasmian .. Terfikir jugak nak buat apa untuk gimik nanti .. Pastu baru ada idea ingat nak pakai obor .. Punya la gigih cari kayu batang mop dengan kain putih nak dijadikan obor .. Pada hari kejadian , kiteorang guna minyak petrol nak gantikan minyak tanah .. Pusing punya pusing pergi kedai cari tak jumpa minyak tanah  , heh hehh ..
Bersemangat budak-budak nihh !! Tak sempatt nak rakam gimik perasmian sebab sibuk nak uruskan senamrobik pulak lepas tue .. Haha senamrobik pun abam handle .. 
Poco-poco + Jomblo Happy + Goyang Dumang + Taichi done ..
Pelbagai aktiviti sukan yang dilaksanakan pada Hari Sukan Negara nie .. Antaranya permainan congkak , takraw , pingpong , bola baling , bola sepak dan lain-lain lagi .. Semua aktiviti nie melibatkan guru , murid tahap 2 dan warga sekolah .. 
Haha habiss laa kulit masing-masing .. Main tengah panas ..
Akhirnya , program sudah sampai ke penghujungnya .. Kalau nak zoom muka sorang-sorang , semua nampak happy , letih dan segala bagai , haha .. Penat tapi happy , Puasss ..
See u again HSN 2017 nanti ..



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...