31 July 2016

TEATER KANAK-KANAK : SEWANG NAGA NURI

Unknown | 5:06 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah , Akhirnya selesai juga.. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Budaya USM dan SK Bayan Lepas 2 telah mengadakan pementasan teater kanak-kanak : Sewang Naga Nuri di Auditorium Dewan Budaya USM pada 29 dan 30 Julai 2016.
"Sewang Naga Nuri" (Diangkat daripada naskhah pemenang tempat pertama sayembara menulis drama kanak-kanak DBP) mengisahkan Min dan Ayu, dua beradik yang menghabiskan masa cuti sekolah di kampung. Melalui cerita daripada atuk, kampung mereka dahulunya terkenal dengan lagenda lanun yang menyimpan harta karun di dalam sebuah gua di belakang Bukit Naga. Berpandukan sekeping peta, Min, Ayu dan sahabat-sahabat mereka, Din, Chong, Siva dan Rini nekad untuk mencari harta karun tersebut. Sewaktu berada di dalam hutan, mereka berjumpa dengan seekor naga yang jahat, labah-labah gergasi dan pelbagai lagi cabaran perjalanan. Dalam masa yang sama, Min dan Din pula diculik oleh dua orang pemburu haram yang menjalankan aktiviti pemburuan haram di sekitar hutan Bukit Naga. 

Karya asal Zainatul Shuhaida ini telah diolah dan diarah oleh Seni Bayan (Tn Hj Ahmad Bin Hashim) serta dibantu oleh pegawai-pegawai, krew dan artis budaya USM.

Sesi latihan lakonan, tarian dan nyanyian telah diadakan selama 20 hari di SK Bayan Lepas 2 dan tujuh hari di USM Pulau Pinang. Uji bakat pemilihan pelakon, penyanyi dan penari telah diadakan oleh pegawai kebudayaan USM pada pertengahan bulan Mac yang lalu. Murid-murid yang telah terpilih telah diberi skrip dan latihan awal seterusnya diberi bimbingan dan latihan intensif sehingga hari pementasan.
Antara kostum-kostum yang dipakai oleh pelakon-pelakon pada hari pementasan
Ruang legar kawasan pintu masuk dan jualan tiket di Auditorium Dewan Budaya USM

Para pelakon, penari dan penyanyi terdiri daripada 15 orang murid tahun tiga, sembilan orang murid tahun empat dan 19 orang murid tahun lima (keseluruhan murid-murid yang terlibat seramai 43 orang). Para pelakon dan pemuzik juga terdiri daripada penuntut Pusat Pengajian Seni USM dan Artis Budaya USM.
Pelakon utama : (dari kiri) watak Siva, Chong, Min, Sali, Din, Ayu dan Rini.
Rama-rama dan nuri
Labah-labah
Bunga (penari)
Haiwan-haiwan (korus dan penari)
Monyet
Pokok (penari)
Abam bersama dengan sebahagian anak-anak yang terlibat .. Muka happy jer padahal dalam perut buka setakat rama-rama , lipas pun berpusing .. haha
Pementasan dimulakan dengan persembahan oleh narator jemputan, Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang) dan Mamu Abu (Maharaja Lawak Mega)
Antara babak-babak sepanjang pementasan Teater Sewang Naga Nuri.
Sebahagian sumber gambar semasa pementasan daripada FB : Seni Bayan
Barisan krew produksi dan semua pelakon bergambar sebaik sahaja selesai pementasan

Barisan krew produksi dan pelakon :

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga pementasan Teater Sewang Naga Nuri .. Penat lelah nak urus sepanjang tempoh latihan dan pementasan nie , hanya Tuhan saja yang tahu .. Tambah-tambah nak urus murid-murid , FUHHHH .. Tapi kepuasan selepas tue memang 5 starr , haha .. Jutaan penghargan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka serta Dewan Budaya USM atas kerjasama menjayakan pementasan Teater Sewang Naga Nuri. Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa murid yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh latihan dan pada hari pementasan. Semoga usaha kita semua dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada diri dan murid-murid SK Bayan Lepas 2 pada masa akan datang.




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

13 July 2016

POTLUCK RAYA

Unknown | 4:27 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah habis raya dekat rumah sambung pulak beraya dekat sekolah .. Time-time gini laa seronok sebab murid-murid akan bawak kuih-kuih raya dari rumah .. Lepas tu cikgu-cikgu pun akan bawak makanan yang pelbagai lepas tu makan sama-sama .. Seriuss bestt !!
Haii Fakhrul , awat sampai terkepit tue .. hahaha
Antara partner guru yang havoc dalam bilik guru ahaha .. Kalau tak bising bilik guru tu memang tak sah haha ..
Makan dan makan yea anak-anak .. Cikgu pun sampai dah penuh perut makan , haha .. Time-time nie jugak la anak-anak murid yang kurang berkemampuan boleh berkongsi makanan dengan orang-orang lain .. Memberi dan berkongsi .. 
Ehh makan lagi ??? Yeaa selagi boleh makan , Hahaha .. Paling sedap sekali sate laa .. Sedapp giloO.. Lontong dengan sambal boleh tahan weiii , tambah berapa kali hehe ..
Raya-raya jugak , kelas dengan tahun 6 nie jangan dilupa .. Haha .. Kak Zue (guru bm) tahun 6 kursus sebulan (untuk kenaikan pangkat ke guru besar) ..So , dalam tempoh tu memang abam take over la bm tahun 6 .. Bab nak mengajar no problem sebab abam bidang tu .. Tapi bab nak melayan kerenah alahaii , tahun 6 dah oOii haha ..
Sepadan pulak anak murid dengan cikgu hari nie , hehehe .. oke baiiii




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

05 July 2016

#RAYAKITA [PART 2]

Unknown | 4:26 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Raya Kedua

Yahh .. Sambungan dari #RAYAKITA [PART 1] .. Masuk je raya kedua nie memang tak melekat dekat rumah dah .. Macam tahun-tahun sebelum nie .. Kita serbuuu rumah oranggg , hahaha ..
Rumah wajib setiap tahun .. Abam , Ayie dan Redha mesti pergi beraya dekat rumah Fizah Manan , haha .. Classamate kiteorang masa zaman sekolah rendah dulu .. Lontong masakan dia or mak dia entah sapa yang buat laa .. Tapi memang sedappppp hahaha ..
Biasanya pergi beraya rumah member zaman sekolah rendah masa petang hari raya pertama .. Tapi disebabkan hujan hari first raya tue , jadi kami pergi masa hari raya kedua .. Rumah Fahmir dah serbu , rumah Dalila pun sudah .. Rumah diorang ada buat makan-makan sikit hari nie , jadi kita terjahh .. Owhh ya , rumah si member IPG pun abam sapuuu .. Alang-alang diorang buat openhouse hari nie .. hehehe .. Sedara mara pun ramai jugak yang datang ke rumah .. Jadi kena bahagi masa betul-betul nak pergi beraya nie .. Alang-alang masih bujang haha ..

Raya Ketiga

Rasanya hari raya kedua tu memang sehari suntuk pergi raya .. Malam baru balik ke rumah .. Letih nyaa haii haha .. Masuk raya ketiga pulak , family buat makan-makan .. Sekali dengan menu wajib family , mee singapore .. fuhhh turun temurun , haha ..  Masa raya ketiga nie memang ramai yang datang ke rumah , tak menang tangan orang kata , haha .. Sebab tu gambar masa dekat rumah tak sempat langsung nak ambil walaupun sekeping , hahaha .. Malam macam free sikit .. baru laa sempat nak pergi beraya rumah orang .. hehehe .. 
Yess , sempat pergi beraya rumah Anisss , classmate masa belajar dekat IPG dulu .. Yahh Jazlan pun ada .. Kesian , si suami mengajar dekat Sarawak .. Bukan selalu nak jumpa .. Puass aihh menyembangg ramai-ramai .. Dulu masa belajar memang muka-muka nie je yang balik Kedah naik bas sekali (kecuali suami depa) haha .. Sekarang dah masing-masing pakat kerja , naik kereta la kot , ehehe ..

Habiss part dekat rumah diorang , pergi pulak abam beraya ke rumah Al Syamir , kawan sekolah .. Memang betul pun suka berjalan raya malam-malam nie .. Ke rumah orang pulak tue , hehehe .. 
Al , Raimy , Pidut , Irfan , Wandan , Ajim , Pakcik pun adaa .. Waaaa , bukan selalu nak jumpa oOiii .. Setahun sekali la punn .. Rasa-rasanya sampai dekat pukul 1 pagi kiteorang menyembang .. Sampai tak ingat ke waktu .. Adehh adehh .. haha ..

Raya Keempat

Masukk pulak raya keempat , haha raya sakan aihhh .. Tiba giliran beraya rumah member-member sekolah menengah pulak .. Ini wajib bagi golongan bujang untuk menghabiskan sisa-sisa hidup bujangnya dengan pergi dari rumah ke rumah tanpa terikat dengan sebarang komitmen , hahaha ..
Itulahh kami , haha .. Beraya ke rumah Mon (Salman) pulak .. Mee Udang yang dia served memang perghhh sedappp .. Menambah kiteorang haa .. Mau taknye menambah .. Dari pagi tak makan .. Kononnya nak beraya pukul 8 @ 9 pagi .. Last-last lepas Zohor baru keluar rumah , adehhh ..
Ke rumah Atirah Ahmad pulopp .. Rumah wajib tahunan .. InshaaAllah dua orang tu (Si Wandan & Atirah) bakal menamatkan zaman bujang diorang tak lama lagi .. Doakan kami pulak yaa weii .. Kira datang rumah ambik berkat nie , hahaha .. 
Syawal bersama Syima pulak wehh , hahaha .. Memang keje kiteorang pergi beraya rumah member perempuan je tahun nie .. Bihu goreng memang sodapp .. 
Tengokk ?? Rumah perempuan lagi .. HAHAHAHA .. Alang-alang dekat , kiteorang pergi la beraya rumah Iefa .. Thankyou Iefa .. Sorry ganggu datang rumah malam-malam , haha ..
Dann ..checkpoint yang terakhir .. Di rumah abang Bob .. Ada majlis kenduri sikit .. So kami laa tukang sapu makanan yang terakhir bagi licin .. Dekat rumah nie baru laa jumpa nasi , ehehehe .. Sehari tak makan nasik wehh , semacam ja perut ni haha .. Duduk sini lepak sampai mata rabak pukul 2 pagi .. hahaha sakan ..

Makan demikianlah perjalanan raya bagi tahun nie .. Alhamdulillah laa , aku cuma bekerja dekat Penang .. Jadi takde la nak rush balik ke rumah sewa nanti .. Cuma keesokan hari semua orang dah pakat berkemas nak balik tempat kerja masing-masing .. Selamat maju jaya laa kawan-kawan semua .. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

04 July 2016

#RAYAKITA [PART 1]

Unknown | 4:25 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah , syawal tiba lagi tahun nie ^__^ .. Tapi rasa sedih jugak Ramadhan dah pergi .. Tahun nie banyak luangkan masa berpuasa dekat kampung berbanding sebelum-sebelum nie .. Dah kerja kann , haha ..
Okehhh .. tiba masanya beta pula payung budak-budak , haha .. Zaman kutip duit raya dah berakhir .. Giliran kasi pulak duit raya .. Alhamdulillah , rezeki tahun nie .. Berkenan betul tengok sampul kartun nie , tu yang terus beli hahaha ..
First time wehhh .. Cari buluh sendiri , bakar lemang sendiri malam raya .. Biasanya beli dekat orang ja , hehehe .. Kalau area Sungai Petani nie , lemang yang femes LEMANG PAKTEH laa .. Sampai beratur , jem jalan orang nak beli ..  

Rasa lain betul raya tahun nie .. Termasuklah malam raya .. Berbanding sebelum nie , dekat je raya balik raya naik bas (rutin perantau) .. Pastu malam raya buat persiapan dekat rumah , iron baju apa semua .. tu ja .. Tahun nie lain sikit .. Ye lahh bila dah libatkan diri dengan pemuda masjid nie .. Malam raya ada dekat masjid takbir raya ramai-ramai guna mikrofon .. Seriusss nie first time haha !! Sebelum nie duduk rumah dengar orang takbir raya kita follow je takbir sama-sama .. Kalau ayah memang selalu dah setiap tahun pergi masjid takbir raya .. Pastu malam raya tu pulak bakar lemang sampai pukul 12 .. Lepas pukul 12 sambung pulak pergi ke dewan , standby nak goreng bihun untuk jamuan raya dekat masjid .. 
Bestt derr ramai-ramai standby sampai pukul 3 pagi goreng bihun , hahaha konpem rabak mata esok .. Bihun goreng nie untuk jamuan lepas solat sunat aidilfitri dekat masjid esoknye ..
Salam Aidilfitri .. Salam 1 Syawal dari sebahagian team pemuda masjid haha
Selamat hari raya dari kami sekeluargaa .. Tahun nie pilih baju tema pink belacan .. Tapi rasanya kami semua macam pink campur ja , hahaha takpa .. Asalkan lebih kurang dan dapat beraya bersama-sama ..
Geng sepupu sepapat dari kecik sampai sekarang .. Background sawah memang wajib setiap tahun haha
Dari pagi sampai ke malam pergi beraya .. Sebelah pagi sekitar kawasan kampung , rumah kawan-kawan sedara mara apa semua .. Sebelah petang rumah mak sedara pulak sampai laa ke malam .. Memang ketat laa seluar lepas nie , haha ..

Okeh sambung pulak #RayaKita [Part 2]



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...