31 July 2016

TEATER KANAK-KANAK : SEWANG NAGA NURI

Paan Zainudin | 5:06 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah , Akhirnya selesai juga.. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Budaya USM dan SK Bayan Lepas 2 telah mengadakan pementasan teater kanak-kanak : Sewang Naga Nuri di Auditorium Dewan Budaya USM pada 29 dan 30 Julai 2016.
"Sewang Naga Nuri" (Diangkat daripada naskhah pemenang tempat pertama sayembara menulis drama kanak-kanak DBP) mengisahkan Min dan Ayu, dua beradik yang menghabiskan masa cuti sekolah di kampung. Melalui cerita daripada atuk, kampung mereka dahulunya terkenal dengan lagenda lanun yang menyimpan harta karun di dalam sebuah gua di belakang Bukit Naga. Berpandukan sekeping peta, Min, Ayu dan sahabat-sahabat mereka, Din, Chong, Siva dan Rini nekad untuk mencari harta karun tersebut. Sewaktu berada di dalam hutan, mereka berjumpa dengan seekor naga yang jahat, labah-labah gergasi dan pelbagai lagi cabaran perjalanan. Dalam masa yang sama, Min dan Din pula diculik oleh dua orang pemburu haram yang menjalankan aktiviti pemburuan haram di sekitar hutan Bukit Naga. 

Karya asal Zainatul Shuhaida ini telah diolah dan diarah oleh Seni Bayan (Tn Hj Ahmad Bin Hashim) serta dibantu oleh pegawai-pegawai, krew dan artis budaya USM.

Sesi latihan lakonan, tarian dan nyanyian telah diadakan selama 20 hari di SK Bayan Lepas 2 dan tujuh hari di USM Pulau Pinang. Uji bakat pemilihan pelakon, penyanyi dan penari telah diadakan oleh pegawai kebudayaan USM pada pertengahan bulan Mac yang lalu. Murid-murid yang telah terpilih telah diberi skrip dan latihan awal seterusnya diberi bimbingan dan latihan intensif sehingga hari pementasan.
Antara kostum-kostum yang dipakai oleh pelakon-pelakon pada hari pementasan
Ruang legar kawasan pintu masuk dan jualan tiket di Auditorium Dewan Budaya USM

Para pelakon, penari dan penyanyi terdiri daripada 15 orang murid tahun tiga, sembilan orang murid tahun empat dan 19 orang murid tahun lima (keseluruhan murid-murid yang terlibat seramai 43 orang). Para pelakon dan pemuzik juga terdiri daripada penuntut Pusat Pengajian Seni USM dan Artis Budaya USM.
Pelakon utama : (dari kiri) watak Siva, Chong, Min, Sali, Din, Ayu dan Rini.
Rama-rama dan nuri
Labah-labah
Bunga (penari)
Haiwan-haiwan (korus dan penari)
Monyet
Pokok (penari)
Abam bersama dengan sebahagian anak-anak yang terlibat .. Muka happy jer padahal dalam perut buka setakat rama-rama , lipas pun berpusing .. haha
Pementasan dimulakan dengan persembahan oleh narator jemputan, Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang) dan Mamu Abu (Maharaja Lawak Mega)
Antara babak-babak sepanjang pementasan Teater Sewang Naga Nuri.
Sebahagian sumber gambar semasa pementasan daripada FB : Seni Bayan
Barisan krew produksi dan semua pelakon bergambar sebaik sahaja selesai pementasan

Barisan krew produksi dan pelakon :

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga pementasan Teater Sewang Naga Nuri .. Penat lelah nak urus sepanjang tempoh latihan dan pementasan nie , hanya Tuhan saja yang tahu .. Tambah-tambah nak urus murid-murid , FUHHHH .. Tapi kepuasan selepas tue memang 5 starr , haha .. Jutaan penghargan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka serta Dewan Budaya USM atas kerjasama menjayakan pementasan Teater Sewang Naga Nuri. Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa murid yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh latihan dan pada hari pementasan. Semoga usaha kita semua dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada diri dan murid-murid SK Bayan Lepas 2 pada masa akan datang.




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...