30 July 2013

KAD RAYA BY PAAN ZAINUDIN

Paan Zainudin | 11:51 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Tinggal beberapa hari saja lagi , gua akan pulang ke kampung halamannnn !! hahahahhh .. Macam tak percaya je kann .. pastu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga , ya Allah tak sabar nyerrrr ~~~ seriuss tak sabar ..  Siap buat checklist persiapan raya gi .. Baju raya [done] , kuih raya [done] , zakat fitrah [soon] , bla bla bla .. hehehe

Hmmm , nak beraya-raya nie , amalan di bulan Ramadhan korang macam mana pulak ?? Jap tanya dekat diri sendiri jugak , " haa paan , ramadhan hang kali nie macam mana ?? daging unta ka teloq ayam ?? "Hehehe ..  InsyaAllah , will do my bestt ..

Raya kali nie tiba-tiba jadi rajin , taknak beli kad raya siap-siap .. Nak buat sendiri , baru special sikit .. hehe .. Tapi macam tak best la kali nie , selalunya tiap-tiap tahun hantar kad raya dekat Sultan Kedah akan dapat balek kad raya yang super duper  cantik dari istana .. Macam dalam gambar kat bawah nie ..

abaikan selipar jamban tue .. Tapi kali nie rasa macam tak dapat jer .. Semenjak Sultan Abdul Halim dah ditabalkan sebagai agong , aku hantar kad raya tahun lepas pun tak dapat reply .. Mungkin pegawai yang urus pasal reply-reply kad nie pun ikut tuanku pergi istana agong  jugak kot .. hehehehe

So tahun nie aku decide nak buat kad raya sendiri .. yupp , Design pun sendiri by PaanZainudin .. hehe tapi yang simple jerr .. Kita mana la mampu nak buat yang hebakk hebakk .. Cukup setakat nama " kad raya" pun dah kira okeyy ..

Hehe okey dopp ?? Buat yang simple-simple jerr .. Yang penting muka sendiri wajib ada .. Official muka lebar .. haha .. Rasanya kad aku nie lebih sesuai dibuat bookmark kot .. haha sebab buat satu muka jer ..

Sudah siap diprint dan digunting .. Special untuk kawan dan sewaktu dengannya .. Tapi tak dapat kot nak kasi dekat semua orang .. Buat ala-ala kadar jerr .. hehe Hope u'all like it !! 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Tunggu update persiapan raya dekat rumah nanti la pulak .. hehe








- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

29 July 2013

DUBU DUBU SEOUL FOOD

Paan Zainudin | 5:55 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Kalau dah hati tue feeling-feeling kepak kepik kpop Korea , semua benda pasal diorang nak try .. Kali nie siri jelajah Jalan-jalan Cari Makan meneruskan sesi mencekik di bulan puasa ni , I mean sesi iftar memandangkan manusia-manusia yang terlibat nie semuanya berpuasa ngehehe di ~~~~ 

Dubu Dubu Seoul Food cawangan One Utama

Perasaan membuak-buak nak makan Korean Food seperti Dubu-dubu selepas Seoul Garden nie pun selepas dipengaruhi dan ditaksubi oleh sahabat aku .. Kalau tak memang tak try makan dekat sini ..

Ni antara main dishes yang ada dekat situ .. hmmmm sekali tengok memang kecur air liur kan .. Tambah-tambah pulak bulan puasa macam nie .. Blurrppp blurrpp ..
This time aku pilih set Beef Bulgogi .. Nampak mengancam pulak tengok kepingan-kepingan daging dia yang banyak tue .. Lagipun set nie ada nasi .. Member-member aku yang lain decide set Soondubu Jigae untuk menu berbuka puasa diorang .. 

Seharian berjalan shopping baju raya , mau tak laparnya bila dah hadapp makanan nie ..

Sedapp.. memang sedapp .. Tapi aku rasa perut aku memang perut melayu laahh .. Tak boleh nak hadam makanan Korea nie , tapi licin jugakk masuk perut .. hehehehe .. Ermmmm waitress , nak request sambal belcan boleh .. ngee ~~

Kalau korang nak try makan makanan Korea dekat Dubu Dubu nie , ataupun korang nak review pasal makanan and harga per set dekat sini , korang boleh go through dekat main website Dubu Dubu .. belum cuba belum tahu .. hehe

Mood beraya bersama Aweera !! hehehe .. Opah Ganyang Kauu .. opp opp , Opah Ganyang Kauu .. hahaha .. Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama kita tingkatkan amalan pada akhir-akhir bulan yang mulia ini ^___^








- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

24 July 2013

MALAM APRESIASI SENI

Paan Zainudin | 11:57 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Alhamdulillah , selesai jugak  persembahan pada Malam Apresiasi Seni pada 8 Julai hari tue .. Persembahan non-stop oleh semua item siswa budaya pada malam tue mendapat sambutan yang postitif oleh para penonton .. Persembahan yang bertemakan "transformasi pendidikan" nie bermula dari pukul 9 sampai la pukul 12 .. memang pakat enjoy habis la malam tue .. hehehe .. Teater , tarian , gamelan , band , nasyid , perkusi dan banyak lagi persembahan yang dipersembahkan pada malam tue .. Aisehh dah dekat dua minggu event nie diadakan , baru hari nie dapat update haha  .. Sori la weyyy , tak sempat ..
Gabungan Insan Teater Afzan [GITA] yang membuat persembahan pembukaan pada malam tue .. Bertemakan muzikal , kiteorang membawa suatu cerita mengenai "pendidikan khas" di mana sekarang nie masyarakat jarang memandang isu pendidikan khas di sekolah-sekolah .. Bukan hanya murid / pelajar biasa & normal sahaja yang layak bergelar pelajar .. Mereka yang di dalam golongan ini juga mempunyai hak untuk belajar dan berjaya ..
Ayah Dzul , penasihat kiteorang pun beri komen yang postitif pada malam tue .. "Tahniah kepada anak-anak GITA atas persembahan yang berani - bereksperimen dalam permainan ruang dengan keadaan serba mencabar. Membawa tema pendidikan khas untuk renungan khalayak juga merupakan satu ungkapan dan terjemahan berani pengarah, penulis, pelakon dan semua krew yang terlibat. Bangga dengan sajian anak-anak sekalian - - 

Alamak , gambar waktu malam tue sikit jer .. Tak sempat nak ambil banyak-banyak .. Sibuk dekat belakang pentas .. Sepanjang 2 hari sebelum pementasan kiteorang hanya berlatih dekat dewan dari pagi sampai la ke malam .. Letihh , tapi puasss .. 
hehe , menyibuk time orang berlatih .. 
Guys .. Congrats - well done .. We did it well .. Sebagai bakal guru , kita dah tunjuk kebolehan dan bakat kita dalam semua bidang .. Bila dah pergi ke sekolah nanti , jangan simpan dan pendamkan "bakat" kita yang sedia ada .. Kita layak untuk membawa warisan nie ke generasi yang seterusnya .. Benda-benda macam nie boleh dibawa ke sekolah , di situ tempat yang mudah untuk kita mengalirkan nilai seni dan warisan dalam diri murid-murid .. hehehe







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

23 July 2013

PERIHAL SEBENAR PELAJAR MAKAN DALAM TANDAS

Paan Zainudin | 6:44 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Sekarang nie tengah kecoh gambar dan cerita pelajar sekolah yang disuruh makan di dalam tandas ketika di bulan Ramadhan dan kemudian gambar berkenaan telah tersebar meluas di laman-laman sosial.
A group of non muslim students of Sekolah Rendah Kebangsaan Pristana been told to eat their food in bathroom at their school, in order to respect ramadhan, what do you think?

Mungkin ramai yang tidak berpuas hati , siap ada yang cakap isu perkauman lagi .. Kemudian ada seorang warga sekolah tersebut, tak pasti student ke guru ke atau staf mengupdate status  dekat facebook mengenai kes tue ..

Selain itu, Mazidul Sidek di blog peribadi beliau telah tampil memperbetulkan dakwaan terbabit agar tidak berterusan menjadi fitnah selepas beliau dimaklumkan daripada pihak bertanggungjawab mengenai perihal sebenar.
“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.

Apabila ditanya kenapa tidak dibenarkan makan di kantin;

“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,”
_______________________________________________________

Selepas itu .. Timbalan Menteri KPM turut memberi respon berkaitan isu nie :

  • SK Seri Pristina; have requested the school to immediately remove the temporary eating place from the changing room (it has been done now).
  • SK Seri Prestina; have also requested BPSH Department 2 investigate why such a decision was made n why action should not b taken.
  • SK Seri Prestina; it is not d right thing 2 do; d school could have appointed a temp. canteen operator 2 run the operations during Ramadhan.
  • SK Seri Prestina: if the canteen is under renovation, a proper place should have been identified, surely not the 'changing room'.
  • SK Seri Prestina; in the first place the entire episode should not have happened.
  • SK Seri Prestina; The Ministry views such issues with gravity and will surely take stern action to ensure its not repeated.
  • V welcome feedback from d public 2 aid us in d process of eliminating callous action.. that might occur n ensuring d well being of our students r our top priority.     

Jadi , tepuk lah dada .. Tanya selera masing-masing .. Dengan tindakan yang diambil oleh pihak kementerian , kita harap kes nie dapat diselesaikan .. Saya ada terbaca artikel mengenai kes nie .. Artikel ini ditulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. 

http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. 
Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah SK Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat: 

  1. Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi. 
  2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
  3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin. 
  4. Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
  5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin" 
  6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut, yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
  7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan. 
  8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
  9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini. 
  10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini . 
  11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
  12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak. Rasanya sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. 
_______________________________________________________

#Suka dengan status yang baru diupdate oleh #rusydeeartz .. hehe

Sebelum kita nak jadi racist, islamist, kantinist, sekolahist, bilikpersalinanist, toileterist...

Marilah kita beristighfar dulu.

"Astaghfirullahaladazim..."

*call pengetua*

kring kring kring..

Pengetua: "Hello ni sape?

Pentanya: "Hello ni pengetua ke?"

Pengetua: "Ya saya pengetua tapi muda lagi wlpn ada word tua situ. Ni tipon ni hajat ape ni?"

Pentanya: "Ni begini...betul ke budak2 sekolah pengetua yang tak pose dan tak boleh pose sama ada muslim atau tidak muslim makan di dalam bilik persalinan merangkap bilik air merangkap tandas merangkap jamban dalam bahasa kasarnya?"

Pengetua: "Ehh?"

Pentanya: "Apa ni pengetua ni. Racist betul la. Mana boleh buat macam tu. Management macam mana ni! Kalau iya pun kantin tengah renovate, takkan tak boleh suruh budak makan kat dalam kelas?"

Pengetua: "Ehhhh?"

Pentanya: "Budak2 bukan Islam disuruh makan dalam bilik persalinan yang bentuk dia ala-ala ada perhiasan jamban bagai. Ni penghinaan bagi kaum bukan Islam! Orang Islam dapat pahala berpuasa, orang bukan Islam ditindas begitu sahaja?! Pengetua apa macam ni!"

Pengetua: "Tapi tapi tapi!!"

Pentanya: "Tak payahlah nak deny lagi. Benda dah terang lagi bersuluh. Cuba kalau pengetua yang duduk makan situ mengadap lubang jamban. Berselera tak makan Char Kuey Tiau dan Aiskrim Cokelat?"

Pengetua: "Char Kuey Tiauu sedapnya...tapi!!"

Pentanya: "Ni kalau tuan pengetua tak ambil tindakan segera, kami nak lapor kepada media massa, suratkhabar, serta belog-belog gosip serta sebarkan di FB biar semua racist terhadap pengetua! Takut tak? Takut?!!"

Pengetua: "Tak takut. Sebab sekolah saya mana ada bilik persalinan bagai ni. Saya pengetua sekolah memandu."

Pentanya: "Eh, ye ke? Silap nombor la ni. Cilakak yang bagi nombor ni. Troll aku ya!"

Pengetua: "Cubalah apa-apa berita tu sila kaji selidik dulu betul-betul sebelum mengulas. Jangan sebab berita tu datang dari seorang orang perseorangan, terus percaya bulat-bulat dan buat spekulasi bukan-bukan. Cuba hang pergi sendiri ke sekolah tu dan cium bau bilik yang dikatakan tempat budak makan tu. Ada bau jamban ke tak. Kalau tak ada, bau harum. Selesa, ada perabot, ada suasana yang bagus kat dalam sampai boleh berguling-guling ke tak? Cuba pergi sendiri. Stoplah bergosip main isu agama."

Pentanya: "Ahh pengetua sekolah memandu ni nak nasihat kite plak dah."

Pengetua: "Islam suruh siasat. Bukan suruh memulakan dengan mengumpat dan marah-marah."

Pentanya: "Emm.."

Pengetua: "Baik. Cau dulu nak pergi beli Lai Ci Kang dan Char Kuey Tiauuuuuu.."

Pentanya: "Saya nak gak!"

Pengetua: "Kau diam boleh tak..diam..diam..boleh tak diam?"
  






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

IFTAR SI KENARI

Paan Zainudin | 9:16 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Amacam korang ? Hari-hari puasa anda ? haha Alhamdulillah , sekarang dah masuk Ramadhan yang ke-15 dah .. Kejap je kan ? Hmm .. macam mana la amalan bulan puasa aku kali nie .. Makin bertambah ke berkurang ~~ insyaAllah ..

Thanks to Encik Saharom atas kesudian mengadakan majlis berbuka puasa untuk warga Kolej Kediaman Kenari hari tue .. Even yang datang takde ramai sangat , sebab ramai yang menjalani praktikum dekat luar tapi event pada petang tue berjalan dengan lancar .. Alhamdulillah .. Pensyarah-pensyarah pun ramai yang datang , termasuklah pengarah kiteorang .. weeee ...
Hmm .. menu berbuka untuk petang tue nasi minyak , ayam masak merah , gulai terung , tembikai , kurma , koktail dan lain-lain .. Pergghhh , sodappp
antara pensyarah-pensyarah , warden dan staf asrama yang hadir ..
Muka-muka yang dah kenyang teramat .. Dah habis makan pun pulun sumbat side dish dalam mulut .. haha .. Yang tak tahan pakat ramai yang bungkus makanan , katanya nak buat sahur .. Jimat la sikit kiteorang .. ngehehehe
Sawan dah mari .. Over kekenyangan .. haha
ini semua poyo !!

Haaa .. alhamdulillah .. Harap next time boleh buat lagi majlis-majlis iftar macam nie .. hehe .. Actually akan datang memang banyak pun event iftar yang akan dibuat baik under maktab or dekat luar .. Dan yang pastinya makanan memang sodaapppp .. haha






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

14 July 2013

RESEPI : PEKNGA NYIOQ RAMADHAN

Paan Zainudin | 3:17 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Sekarang muka aku ni boleh dikategorikan sebagai budak homesick dekat hostel sekarang nie .. Bulan Ramadhan nie hujung minggu jer semua pakai balek kampung .. Aku ?? huwaaaa ~~ berkampung je la dekat sini .. 

Makanan yang paling aku ketagih nak makan sekali bila dekat rumah ialah sambal petai dengan peknga .. memang yang tu jerr aku nak sentap dulu hehe .. Dekat area utara orang panggil peknga , kalau sebelah tengah , selatan nie rasanya orang panggil lempeng kelapa .. Macam mana boleh terlekat nama peknga tue ?? haha entahlah tapi orang tua-tua cakap peknga tue singkatan daripada tempek dalam belanga .. yahhh haha memang choii~~

Sekarang nie bulan Ramadhan dekat hostel , aku akan berbuka dekat surau - ramai-ramai makan dalam talam / dulang .. Seriuss ohsem !! haha .. Setiap hari akan ada 1 group yang akan memasak untuk kiteorang semua .. Dan hari Isnin nie group aku pulak akan memasak .. So aku decide nak buat peknga nie untuk juadah berbuka .. Rasanya ahli group aku dah beli bahan-bahan nak buat peknga nie ..

photo credit to : violetredbubbles

RESEPI PEKNGA / LEMPENG :

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu besar gula
  • Garam sedikit
  • 1 3/4 Cawan air atau air secukupnya  (Control supaya adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)


Cara Memasak :
  1. Masukkan tepung, garam dan gula. 
  2. Masukkan air dan sukatan air mengikut tepung lah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  3. Panaskan kuali dan letakkan minyak dalam 2-4 sudu besar minyak. 
  4. Kemudiam ambil senduk dan tuangkan andunan tadi ke dalam kuali dan ratakan bentuk seperti lempeng / pancake. 
  5. Gunakan api sederhana.

*Kalau nak peknga/lempeng lagi sedap gunakan segenggam kelapa parut campur kedalam andunan tadi sebelum memasak.
Resepi ini untuk 4-5 keping peknga / lempeng (mengikut saiz peknga juga , ni saiz peknga besar , kalau buat peknga yang kecil lagi banyak keping boleh dapat)

Feveret aku kalau makan peknga nie suka cicah dengan gula merah .. hehe manis + sedapp !!
SELAMAT MENCUBA !!







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

07 July 2013

TEASER : KERANA DIA ~~

Paan Zainudin | 6:44 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Actually sambutan hari guru dah lepas lama dahh , 16 Mei hari tue gi .. Tapi disebabkan kekangan masa kiteorang yang cuti sem , final exam , konvo dan lain-lain , terpaksa ler kiteorang postpone ke minggu nie , 8 Julai 2013 .. hehe

Untuk pembukaan Malam Simfoni / Okestra Hari Guru nanti .. GITA akan "memanaskan" majlis dengan pementasan teater pendek dari kiteorang semua berjudul "Kerana Dia" .. Siapa dia tue ?? Haaa , kalau nak tahu kena la tengok .. hehehehe ..

Sebenarnya pementasan kali nie lebih kepada abstrak / absurb .. Kalau sebelum nie  berbentuk realism , pakai props apa semua .. sekarang nie tak .. lebih banyak kepada muzikal .. hehe .. Macam biasa , ambil part time jadi koreografer .. Hahaha , dah lama tak menari .. Tambah-tambah masa cuti sem hari tue ..

Sesi latihan kiteorang ..
Cacat ?? Orang kelainan upaya ?? pendidikan khas ?? pemulihan ?? apa yea ~~
Pelajar nie bukan semacam jer .. Ada macam-macam karakter , perangai , sikap  dan lain-lain .. Kalau yang bergelar guru nie dah sah-sah tahu .. Ye takk ?? Haha

Selain daripada teater , ada macam-macam lagi persembahan pada malam tue .. Mehh paan senaraikan satu persatu :
  • Drumline
  • Koir
  • Dikir Barat
  • Nasyid
  • Speech Choir
  • Kompang Formasi
  • Tarian India
  • Tarian Melayu
  • Tarian Cina
  • Tarian Sewang
  • Muzik Rakyat
  • Ensembel Kibod
  • Gamelan
  • Perkusi
  • Band    
haaa amik kauu .. berapa semua ?? Bermalam laa kita dekat dewan nanti .. haha

Tapi korang , majlis sambutan kiteorang bukan malam tue je tau .. Dari pagi sampai la ke malam .. Macam dah raya wei .. Siap ada sesi masing-masing .. haha .. Harap-harap sambutan kali nie berjalan dengan lancar .. Ameenn .. hehe

Kepada warga IPGKTAA , Jom memeriahkan Sambutan Hari Guru Peringkat IPGKTAA ..
GURU MALAYSIA - 1 AGENDA 1 INSPIRASI







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

06 July 2013

"DOSA" YANG MORSI BUAT SEHINGGA BELIAU DIGULINGKAN OLEH RAKYATNYA SENDIRI

Paan Zainudin | 3:19 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Kan ?? Banyak sangat kann dosa Morsi terhadap rakyat Mesir.. Sampaikan beliau digulingkan oleh rakyatnya sendiri.. Berat sangat ke dosanya tue ?? Katanya ada 12 .. apakah .. apakah .. Tersentuh hati jugak bila tengok dosa-dosanya tue.. Astaghfirullah ..


Inilah ‘Dosa’ Mursi Terhadap Rakyat Mesir :

  1. Dosa’ Presiden Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.
  2. Dosa’ Presiden Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
  3. Dosa’ Presiden Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
  4. Dosa’ Presiden Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
  5. Dosa’ Presiden Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.
  6. Dosa’ Presiden Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.
  7. Dosa’ Presiden Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.
  8. Dosa’ Presiden Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.
  9. Dosa’ Presiden Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
  10. Dosa’ Presiden Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.
  11. Dosa’ Presiden Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.
  12. Dosa’ Presiden Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan


Kerana ‘dosa-dosa’ itulah maka Presiden Mursi digulingkan oleh sisa-sisa kroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran
Subhanallah ~~






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

01 July 2013

SALAM PERPISAHAN UMI

Paan Zainudin | 7:45 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Alhamdulillah .. Baru jer selesai Majlis Perpisahan Puan Hajah Ramlah , Pensyarah Kanan dan juga Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu di IPGKTAA nie .. Senang citernyer majlis persaraan pensyarah kiteorang .. Puan Hajah Ramlah nie lebih mesra dengan panggilan umi dalam kalangan kiteorang - anak-anak atau student di Jabatan Pengajian Melayu nie.. Dari dulu lagi ..

2 semester kiteorang belajar dengan umi.. Rasanya banyak ilmu yang kiteorang dapat .. Tambah-tambah bab RPH .. hehehe .. Kalau tanya semua student Pengajian Melayu , tak kira la senior ke junior,  mesti diorang akan kaitkan RPH dengan umi .. Haha dah memang kepakarannya dalam hal nie .. 

Kalau campur tolak darab bahagi nie .. Ishh , memang lama .. Lama benar umi dalam bidang perguruan nie .. Kalau tak silap dalam dunia IPG nie pun dah dekat-dekat 20 tahun lebih .. Dah nak sama dengan sambutan Jubli Perak sebelum nie .. No wonder la kan bila tanya apa pun pasal dunia Bahasa Melayu dan perguruan , tup tup petik jari jer .. haha

"A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.. "
Brad Henry 
Petang sehari sebelum majlis persaraan tue Paan ada dapat task , kena perform sketsa bersama dengan kawan-kawan .. Petang tue jugak lah baru nak faham flow , hafal pantun + sajak , berlatih , rehersal dan lain-lain .. Penat .. Tapi alhamdulillah lahh , boleh buat dengan baik walaupun banyak sangat merapu atas pentas tadi .. hehe 

InsyaAllah umi , Paan akan ingat segala tunjuk ajar umi untuk masa akan datang .. Cuba perbaiki diri sendiri dan lain-lain .. Selamat berehat umi hehe .. Jom pergi melancong !! haha









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...