بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Sekarang nie tengah kecoh gambar dan cerita pelajar sekolah yang disuruh makan di dalam tandas ketika di bulan Ramadhan dan kemudian gambar berkenaan telah tersebar meluas di laman-laman sosial.
A group of non muslim students of Sekolah Rendah Kebangsaan Pristana been told to eat their food in bathroom at their school, in order to respect ramadhan, what do you think?
Mungkin ramai yang tidak berpuas hati , siap ada yang cakap isu perkauman lagi .. Kemudian ada seorang warga sekolah tersebut, tak pasti student ke guru ke atau staf mengupdate status dekat facebook mengenai kes tue ..
Selain itu, Mazidul Sidek di blog peribadi beliau telah tampil memperbetulkan dakwaan terbabit agar tidak berterusan menjadi fitnah selepas beliau dimaklumkan daripada pihak bertanggungjawab mengenai perihal sebenar.
“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.
Apabila ditanya kenapa tidak dibenarkan makan di kantin;
“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,”
_______________________________________________________
Selepas itu .. Timbalan Menteri KPM turut memberi respon berkaitan isu nie :
- SK Seri Pristina; have requested the school to immediately remove the temporary eating place from the changing room (it has been done now).
- SK Seri Prestina; have also requested BPSH Department 2 investigate why such a decision was made n why action should not b taken.
- SK Seri Prestina; it is not d right thing 2 do; d school could have appointed a temp. canteen operator 2 run the operations during Ramadhan.
- SK Seri Prestina: if the canteen is under renovation, a proper place should have been identified, surely not the 'changing room'.
- SK Seri Prestina; in the first place the entire episode should not have happened.
- SK Seri Prestina; The Ministry views such issues with gravity and will surely take stern action to ensure its not repeated.
- V welcome feedback from d public 2 aid us in d process of eliminating callous action.. that might occur n ensuring d well being of our students r our top priority.
Jadi , tepuk lah dada .. Tanya selera masing-masing .. Dengan tindakan yang diambil oleh pihak kementerian , kita harap kes nie dapat diselesaikan .. Saya ada terbaca artikel mengenai kes nie .. Artikel ini ditulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.
http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html
"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah SK Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.
Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:
- Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
- Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
- Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
- Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
- Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"
- Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut, yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
- Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
- Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
- Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
- Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
- Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
- Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
#Suka dengan status yang baru diupdate oleh #rusydeeartz .. hehe
Sebelum kita nak jadi racist, islamist, kantinist, sekolahist, bilikpersalinanist, toileterist...
Marilah kita beristighfar dulu.
"Astaghfirullahaladazim..."
*call pengetua*
kring kring kring..
Pengetua: "Hello ni sape?
Pentanya: "Hello ni pengetua ke?"
Pengetua: "Ya saya pengetua tapi muda lagi wlpn ada word tua situ. Ni tipon ni hajat ape ni?"
Pentanya: "Ni begini...betul ke budak2 sekolah pengetua yang tak pose dan tak boleh pose sama ada muslim atau tidak muslim makan di dalam bilik persalinan merangkap bilik air merangkap tandas merangkap jamban dalam bahasa kasarnya?"
Pengetua: "Ehh?"
Pentanya: "Apa ni pengetua ni. Racist betul la. Mana boleh buat macam tu. Management macam mana ni! Kalau iya pun kantin tengah renovate, takkan tak boleh suruh budak makan kat dalam kelas?"
Pengetua: "Ehhhh?"
Pentanya: "Budak2 bukan Islam disuruh makan dalam bilik persalinan yang bentuk dia ala-ala ada perhiasan jamban bagai. Ni penghinaan bagi kaum bukan Islam! Orang Islam dapat pahala berpuasa, orang bukan Islam ditindas begitu sahaja?! Pengetua apa macam ni!"
Pengetua: "Tapi tapi tapi!!"
Pentanya: "Tak payahlah nak deny lagi. Benda dah terang lagi bersuluh. Cuba kalau pengetua yang duduk makan situ mengadap lubang jamban. Berselera tak makan Char Kuey Tiau dan Aiskrim Cokelat?"
Pengetua: "Char Kuey Tiauu sedapnya...tapi!!"
Pentanya: "Ni kalau tuan pengetua tak ambil tindakan segera, kami nak lapor kepada media massa, suratkhabar, serta belog-belog gosip serta sebarkan di FB biar semua racist terhadap pengetua! Takut tak? Takut?!!"
Pengetua: "Tak takut. Sebab sekolah saya mana ada bilik persalinan bagai ni. Saya pengetua sekolah memandu."
Pentanya: "Eh, ye ke? Silap nombor la ni. Cilakak yang bagi nombor ni. Troll aku ya!"
Pengetua: "Cubalah apa-apa berita tu sila kaji selidik dulu betul-betul sebelum mengulas. Jangan sebab berita tu datang dari seorang orang perseorangan, terus percaya bulat-bulat dan buat spekulasi bukan-bukan. Cuba hang pergi sendiri ke sekolah tu dan cium bau bilik yang dikatakan tempat budak makan tu. Ada bau jamban ke tak. Kalau tak ada, bau harum. Selesa, ada perabot, ada suasana yang bagus kat dalam sampai boleh berguling-guling ke tak? Cuba pergi sendiri. Stoplah bergosip main isu agama."
Pentanya: "Ahh pengetua sekolah memandu ni nak nasihat kite plak dah."
Pengetua: "Islam suruh siasat. Bukan suruh memulakan dengan mengumpat dan marah-marah."
Pentanya: "Emm.."
Pengetua: "Baik. Cau dulu nak pergi beli Lai Ci Kang dan Char Kuey Tiauuuuuu.."
Pentanya: "Saya nak gak!"
Pengetua: "Kau diam boleh tak..diam..diam..boleh tak diam?"

No comments:
Post a Comment