24 March 2015

IZZAT ROSLI .. ALLAHUMMAGHFIRLAHU

Unknown | 11:05 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Terkejut .. tergamam .. 
Itu sahaja perasaan yang mampu diungkapkan bila dapat berita melalui whatsapp pagi semalam (23 Mac) :

 " Pokjat PAI meninggal dunia eksiden dekat Pagar Sasak .. Tolong sedekahkan al fatihah kepada beliau ..

Waktu tu tengah perhimpunan rasmi dekat sekolah .. Masa baca mesej tue , memang kami semua (kawan) yang ada dekat situ terkejut .. Tak boleh nak cakap apa-apa .. Kami dimaklumkan yang jenazah akan dibawa ke Hospital Lipis .. Tak fikir panjang dah , aku dengan member praktikum yang lain terus pergi jumpa dengan guru besar mintak kebenaran nak pulang ke Lipis .. Hampir semua rakan-rakan yang tengah berpraktikum sekitar Pahang nie pulang ke Lipis .. 
Allahyarham Izzat (berbaju hitam belang hijau)

Masa dalam kereta terus call mesej kawan-kawan yang lain tanya pasal nie .. Allahyarham kemalangan bersama dengan isteri, Hazirah sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke sekolah praktikum masing-masing dekat Pagar Sasak , Kuala Lipis .. Waktu eksiden tu, almarhum sempat call pensyarah , Ustaz Alimin bagitau yang dia dan isteri kemalangan .. Dalam pukul 6.30 am macam tue almarhum hembuskan nafas yang terakhir .. Isteri , Hazirah cuma cedera ringan .. Kematian yang tak diduga .. Semua orang masih lagi dalam keadaan terkejut .. 
Allahyarham PokJat baru jer melangsungkan perkahwinan sebelah pihak lelaki Sabtu hari tu (21 Mac) dekat Kelantan bersama dengan isteri , Hazirah .. Kedua-duanya dari unit Pendidikan Islam , satu batch dengan aku ..  Tak sangka pulak secepat nie beliau pergi meninggalkan kami ..

Allahyarham Pokjat dekat IPG menginap bilik asrama dekat dengan bilik aku .. Senang ceritanya duduk satu hostel , satu aras .. Selalu bertegur dekat asrama , surau .. Kami semua dah macam family bila duduk dekat-dekat - FAMILY MEMBERS ARAS II ..
Akhbar Sinar Harian hari nie (24 Mac 2015)

Utusan Malaysia : 

Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu­nya terbabas Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Bukit Petola, kira-kira lima kilometer dari kawasan kejadian pertama.

Katanya, kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Izzat Rosli, 24, bersama isterinya dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Kuala Lipis.

Semasa tiba di tempat kejadian kereta jenis Kancil yang dipandu mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam parit menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


BERNAMA : 

Kemalangan di Kilometer 46, jalan Merapoh - Lipis seorang pelajar Maktab Perguruan Lipis, Ahmad Izzat Rosli, 24, maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas masuk ke dalam parit.
   
Abdul Razak berkata, nahas pukul 6 pagi itu berlaku semasa mangsa bersama isterinya, Hazirah Hassan, 22, dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Maktab Perguruan Lipis.
   
"Mangsa maut ditempat kejadian manakala isterinya hanya cedera ringan," katanya.
   
Beliau berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  - Bernama


Semoga Allah tempatkan Allahyarham Ahmad Izzat Bin Rosli dalam kalangan orang yang beriman .. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'a fini wa'fu 'anhu .. Semoga Zira dan keluarga terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini InsyaAllah ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

22 March 2015

FARHAN PERGI KENDURI KAHWIN FARHAN ♥ FARHANA

Unknown | 11:15 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Sudah di Terengganu [klik sini] , ke Pahang pulak kita .. hahaha .. Kali nie Walimatul Urus di Felda Tersang Raub , Pahang .. Majlis Perkahwinan Farhan ♥ Farhana [ Hans & Ana ] , senior aku masa dekat IPG dulu ..

" Farhan pergi kenduri kahwin Farhan & Farhana " , haha takleh belah tajuk entry nie .. Main taip je apa yang terlintas dekat kepala .. Sebelum story lebih lanjut kita flashback balek 5 hari sebelum tu .. Hehehe ya 5 hari sebelum .. Actually majlis sebelah perempuan diadakan di Lanchang -- kira-kira 5 hari sebelum majlis sebelah lelaki , 14 Mac 2015 .. Kalau diikutkan aku nak pergi majlis sebelah perempuan , tapi disebabkan ada kenduri dekat kampung , so aku decide nak pergi kenduri sebelah Hans .. 
[Photo by Khalil GP] Majlis sebelah perempuan .. Amik kauu , keluar dari kereta dah terpacak photographer nak snap gambo kau Han .. Ke kau memang ready nak pose siap-siap masa keluar kete tu , hehe .. 
Actually sang pengantin , aku nie macam konpius sikit pasal warna .. Ni kaler silver ke silver + coklat ke ape ?? hehehe .. Tapi seriuss cantikk , bagai pinang digergaji empat xoxoxo .. lawak jerr .. Kak Ana cantik , Hans kau nampak putih haha ..
Diorang nie antara yang terawal rasmi majlis Hans & Ana .. takpe takpe , tunggu turn aku pulop ..
Yahhh , turn aku dah sampai , hahaha .. Siap rasmi pelamin gi .. Majlis sebelah lelaki 21 Mac 2015 dekat Raub , Pahang .. Seriuss pelamin dia memang cantik .. Aku suka decoration berasaskan kayu .. Simple classic + modern ~~ Japp , yang tutup dengan bantal tu dah kenapa ?? hehh hehh kbaii ..
Wuuuu .. wekkk .. wooo ~~ hahaha , habis tak ada gaya dah .. Main rembat je apa yang lintas dekat kepala .. Kang kebas pulak tangan photographer depan nie pegang kamera , heh hehh ..

Alhamdulillah , sampai jugak aku dekat majlis kau Hans .. Nanti majlis aku jangan lupa .. Cewahh lambat lagi .. Apa pun aku ucap tahniah dekat kau & kak Ana .. Jaga hubungan suami isteri baik-baik .. All the bestt dengan title baru tu , haha .. 





- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

20 March 2015

PROJEK KAHWIN ALAN ♥ FINA

Unknown | 11:17 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Na na na na ganu kiterrr ~~~ haha , cuti sekolah kali nie sempat ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku , Alan .. Sempat cuti sekejap di rumah , habiskan masa bersama family pastu gerak ke Dungun dengan member dari Kedah , Amir & Muiz ..

Fuhhh , boleh tahan kebas satu badan -- hampir seharian dalam kereta .. Agak "laju" jugak la drive masa dalam perjalanan tu tapi takde la sampai tak ingat keselamatan jalan raya , hehehe .. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak dekat rumah pengantin perempuan , tak berapa jauh sangat dengan rumah member lelaki aku .. Sampai jer dekat sana , diorang baru jer habis akad nikah - dah tengah baca doa .. Huwaa kelewatan sihhh .. tapi takpe bersyukur majlis berjalan dengan lancar ..
Photo by Khalil GP .. Dengan sekali lafaz , Alan dan Fina sah bergelar suami isteri .. Alhamdulillah , tahniah bro .. Tak sempat pulak nak kacau kau sebelum akad , haha ..
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.
وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكِ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمَتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي
I'm next !! bhahaha puihhh
Gambo sepam dengan pengantin .. Haishhh , yang lain semua baju merah , aku sorang je lain .. hehehh
Antara member lain yang hadir .. Sep-sep Ganu Kelate hok mari .. Lepas je habis sesi bergambar terus pergi makangg , lapor giller bohh .. Ada pulak nasi dagang , pergghhh kecur air liur ~~ Memang kenyangg ..

Dah selesai semua , kiteorang gerak ke rumah pengantin lelaki .. Rehat-rehat , minum-minum , borak , makan-makan (lagi?? hehe) , solat apa semua .. Pastu baru la gi check-in homestay yang kiteorang sewa , berhadapan pulak dengan pantai -- perghhhh !! haha .. Makasih Ayie , strategik tempat kau .. Akibat keletihan yang over melampau , kiteorang pun terbongkang tido ..  
Keesokan harinya , pantai !! haha cenggitu eksaitednya .. Dengan tak mandi pagi apa semua , terus jalan kaki pergi pantai .. Air laut dekat Terengganu sangat cantikk ..
Konon dalam , padahal semua tengah melutut .. Takut air ombak tolak kiteorang .. hehehe
Fushhhhh !! Feeling model cover majalah nok mampusss haha
Actually sesi nak mengkuburkan diri dalam pasir ni bukan idea aku .. Tetiba jer diorang timbuskan aku dengan pasir nie .. Tapi seriously aku cakap , rasa sejukk .. Macam nak duduk lama jer dalam tu , padahal matahari dah tengah terpacak face to face dengan aku , hahaha ..

Dah habiss puas mandi terus balek rumah .. Mandi-mandi ingatkan nak bersiap dah ke apa , rupanya sambung tidur balek .. Caitttt !! katanya awal lagi nak berarak kenduri -- tidur dulu , haha .. 
Dalam pukul 2 macam tu kiteorang gerak ke rumah pengantin lelaki .. Member perempuan pun dah sampai dekat sana , siap dapat pakej pegang hantaran lagi .. So , kiteorang bersama-sama dengan family Alan akan berkonvoi sama-sama pergi ke rumah pengantin perempuan .. 

Sampai jer dekat sana , kiteorang berbaris dekat tepi jalan raya nak berarak ke rumah pengantin .. Rasanye dah lama aku tak berarak , last tahun 2005 .. Siap dengan paluan kompang lagi , adehhh tetiba malu pulak aku hahahaha ..
Oleh sebab semalam dah sakan bergambo dengan pengantin , hari nie kurang sikit .. Cuma bersesi dengan budak perempuan pulak .. Kasi chance dekat tetamu lain .. heh hehh hehhh .. Kiteorang stay dekat rumah kenduri sampai petang , lepas tu masing-masing gerak balek kampung sendiri .. Aku dengan member pulak terus gerak ke Pahang .. Ada kenduri lain nak attend lagi , hehe ..

Buat Iskandar Alan Bin Norhanudin , jadilah suami yang soleh dan baik kepada isteri mung , Atfina .. Jaga nafkah dia dengan baik .. Taat pada Allah , ibu bapa dan peliharalah hubungan dengan isterimu .. Barakallahulakum fih .. Congratess !!




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...