بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Terkejut .. tergamam ..
Itu sahaja perasaan yang mampu diungkapkan bila dapat berita melalui whatsapp pagi semalam (23 Mac) :
" Pokjat PAI meninggal dunia eksiden dekat Pagar Sasak .. Tolong sedekahkan al fatihah kepada beliau .. "
Waktu tu tengah perhimpunan rasmi dekat sekolah .. Masa baca mesej tue , memang kami semua (kawan) yang ada dekat situ terkejut .. Tak boleh nak cakap apa-apa .. Kami dimaklumkan yang jenazah akan dibawa ke Hospital Lipis .. Tak fikir panjang dah , aku dengan member praktikum yang lain terus pergi jumpa dengan guru besar mintak kebenaran nak pulang ke Lipis .. Hampir semua rakan-rakan yang tengah berpraktikum sekitar Pahang nie pulang ke Lipis ..
Allahyarham Izzat (berbaju hitam belang hijau)
Masa dalam kereta terus call mesej kawan-kawan yang lain tanya pasal nie .. Allahyarham kemalangan bersama dengan isteri, Hazirah sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke sekolah praktikum masing-masing dekat Pagar Sasak , Kuala Lipis .. Waktu eksiden tu, almarhum sempat call pensyarah , Ustaz Alimin bagitau yang dia dan isteri kemalangan .. Dalam pukul 6.30 am macam tue almarhum hembuskan nafas yang terakhir .. Isteri , Hazirah cuma cedera ringan .. Kematian yang tak diduga .. Semua orang masih lagi dalam keadaan terkejut ..
Allahyarham PokJat baru jer melangsungkan perkahwinan sebelah pihak lelaki Sabtu hari tu (21 Mac) dekat Kelantan bersama dengan isteri , Hazirah .. Kedua-duanya dari unit Pendidikan Islam , satu batch dengan aku .. Tak sangka pulak secepat nie beliau pergi meninggalkan kami ..
Allahyarham Pokjat dekat IPG menginap bilik asrama dekat dengan bilik aku .. Senang ceritanya duduk satu hostel , satu aras .. Selalu bertegur dekat asrama , surau .. Kami semua dah macam family bila duduk dekat-dekat - FAMILY MEMBERS ARAS II ..
Akhbar Sinar Harian hari nie (24 Mac 2015)
Utusan Malaysia :
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Bukit Petola, kira-kira lima kilometer dari kawasan kejadian pertama.
Katanya, kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Izzat Rosli, 24, bersama isterinya dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Kuala Lipis.
“Semasa tiba di tempat kejadian kereta jenis Kancil yang dipandu mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam parit menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
BERNAMA :
Kemalangan di Kilometer 46, jalan Merapoh - Lipis seorang pelajar Maktab Perguruan Lipis, Ahmad Izzat Rosli, 24, maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas masuk ke dalam parit.
Abdul Razak berkata, nahas pukul 6 pagi itu berlaku semasa mangsa bersama isterinya, Hazirah Hassan, 22, dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Maktab Perguruan Lipis.
"Mangsa maut ditempat kejadian manakala isterinya hanya cedera ringan," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Semoga Allah tempatkan Allahyarham Ahmad Izzat Bin Rosli dalam kalangan orang yang beriman .. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'a fini wa'fu 'anhu .. Semoga Zira dan keluarga terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini InsyaAllah ..
No comments:
Post a Comment