31 March 2016

SI JEPUN DAH KAWEN

Unknown | 9:36 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

平和すべて .. Haha entah tiba-tiba pergi taip Bahasa Jepun .. Nie haaa , member aku sorang nie Sobirin dah pun melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan hidup Suhada .. Woww S+S , HAHA ..
Yang boleh aku panggil si Jepun nie bukan apa .. Dia study dekat Jepun .. Pastu mata pun sepet acah-acah orang sana dah , haha .. 
私はあなたが結婚している信じることができません hehe ..
Lama dah tak jumpa nie .. Last jumpa pun 2O12 .. Memang lama betul, dekat 3 tahun lebih dah ..Sebab dia balek Malaysia nak nikoh ja boleh jumpa .. Tahniahh weii Sobirin .. おめでとうございます!! Semoga perkahwinan hang diberkati & bahagia hingga ke akhir hayat .. Ameen .. 
あなたに神の祝福がありますように ~~






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

28 March 2016

JAMUAN GAJI 1st ^___^

Unknown | 9:34 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah .. Macam tak percaya , dah ada kerja sendiri , gaji sendiri .. Dulu zaman-zaman lepas sekolah kerja part time ja , cari duit saku .. Now bukan sekarang part time , memang full time .. Kerja untuk kelangsungan hidup , yahh .. 

Sekali sekala buat makan-makan nie , kecil-kecilan ja .. Saja nak sambut first gaji , hehe .. 
Ikan bakar in da house !! Dah lama tak bakar-bakar nie .. Last bakar ikan pun lupa dah bila , haha .. Sebab busy kerja tak sempat nak balik rumah , so pass dekat ayah beli barang-barang mentah .. Hujung minggu baru dapat balik .. 
Bakar .. bakar .. Thanks sedara mara datang tolong jamuan malam nie .. Jasamu dikenang , hehe
Yammm , berselera aihh tengok hangpa makan .. Bagus baguss !! Tambah lagi , haha .. Thankyou sedara mara , geng pemuda masjid , kawan-kawan yang hadir ke jamuan nie .. InshaaAllah ada rezeki kita buat lagi .. Kalau nak tunggu majlis besar kena tunggu majlis kawen , hahaha .. 

Okee sangat letihhh .. kena kemas-kemas semua .. yang tu oke .. yang tak oke nya esoknya kena pergi sekolahh , ada programm T_T .. Dapat tahu last minit .. #abam #redha




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

18 March 2016

KEM KEPIMPINAN BELIA MASJID

Unknown | 9:33 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah .. Akhirnya selesai juga Kem Kepimpinan Belia Masjid Nurul Hidayah , Kampung Berapit .. Kem anjuran Pemuda Masjid Nurul Hidayah nie diadakan selama 3 hari di Kem Kenari , Yan .. Tujuan kem diadakan secara ringkasnya nak membentuk sifat kepimpinan dalam diri peserta dan membentuk jati diri masing-masing .. Kalau nak cakap bab persiapan kem nie , fuhhhh .. Taktau nak cakap apa , hahaha .. Dah pegang ajk modul & aktiviti nie paham-paham je laa .. Tapi yang penting kerjasamaaa , haha .. Dah jom tengok apa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 3 hari nie ..

HARI PERTAMA 
Para peserta dah tiba di Kem Kenari .. Kebanyakan average umur peserta nie dalam kalangan 13 hingga 20 tahun dan semuanya lelaki .. 
Bos besar dah tunggu .. hehh hehh 
Sesi taklimat kepada para peserta tentang perjalanan program nanti .. Kang takde la yang tertanya-tanya nanti benda apa yang nak dibuat .. Lepas ja taklimat dibuat , program diteruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu Ice Breaking dan Taaruf .. Even ada sebahagian peserta ada yang dah kenal peserta-peserta lain , tapi still nak buat jugak untuk kenal dengan lebih rapat lagi .. Lagipun setiap peserta ada yang berbeza umur ..
Yeahhh .. Aktiviti pada sebelah petang kem , Sukan Air .. Yang nie part paling ditunggu-tunggu .. dan untuk aktiviti nie jugaklah aku kena handle , hehehe .. Bab nak main-main nie memang serah kat aku ja ..
Antara aktiviti yang dijalankan ialah bawa belon yang berisi air secara berpasangan , isi air dalam botol dan bola beracun .. Bab bola beracun nie yang paling bestt .. Hahaha tambah-tambah time nak tuju bola dekat orang lain .. Tapi yang penting setiap aktiviti yang dibuat nie ada tujuan dan matlamatnya ..
Slot aktiviti selepas maghrib untuk hari yang pertama nie ialah ceramah motivasi daripasa Ustaz Sheikh Fisol berkenaan jati diri seorang pemuda .. Alhamdulillah pengisian yang baik ..
Lepas je solat isyak , aktiviti dalam kumpulan (LDK) yang seterusnya ialah Matlamat Hidup dan Menghasilkan Logo Kumpulan .. Haa bab matlamat hidup nie fasilitator bagi setiap kumpulan akan menjelaskan tentang matlamat hidup masing-masing .. Pada masa yang sama setiap ahli kumpulan akan berbincang tentang perjalanan hidup mereka semua ..
Pembentangan logo kumpulan masing-masing .. Setiap logo yang dihasilkan ada maksud tersurat dan tersirat masing-masing .. Alhamdulillah , penyampaian dari setiap peserta ada yang positif dan beberapa perkara boleh diperbaiki lagi .. Gud job .. Noww kita gerak pulak ke aktiviti hari yang kedua ..

HARI KEDUA
LDK untuk hari yang kedua nie berkaitan dengan Nikmat Hidup .. Yea nikmat hidup .. Setiap orang ada nikmat masing-masing , tetapi adakah nikmat itu digunakan dengan sebaiknya .. Owh yaa , sebelum solat subuh tadi diadakan qiamullail yang diimamkan oleh Ghazali khas dari Kemboja dan selepas Subuh dilaksanakan sesi tazkirah dan senaman pagi .. Untuk slot tue , urusetia dan peserta akan memberi peluang kepada para peserta handle sendiri slot tazkirah tue .. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar .. 
Selepas selesai slot Nikmat Hidup , aktiviti diteruskan lagi dengan LDK berkaitan Kepimpinan dalam Diri .. Juga diadakan dalam bentuk game .. Tetapi sebaik sahaja game tu habis , akan diadakan sesi refleksi bersama dengan peserta berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan ..

Selepas solat Zohor , tentatif program berjalan lagi dengan Pertandingan Membaca Khutbah Jumaat .. Wakil dari setiap kumpulan akan tampil ke hadapan kemudian baca khutbah Jumaat mengikut topik yang telah diberikan kepada mereka .. Nampak senang tapi bila baca , fuhh gugup sorang-sorang haha ..
Antara slot yang menarik , Aku dan Sunnah .. Semasa slot nie , semua peserta akan diajar tentang cara memakai serban dengan betul .. Selepas selesai pakai serban , para peserta akan ke lapangan pulak untuk aktiviti memanah .. Hehehehe .. Tak pernah lagi memanah pakai busur yang real ..
Urusetia dengan fasi memang betul-betul letih dah nie .. ahhahah

Okei takpa , petang tue kita kasi relaks sikit .. Ada pertandingan memancing dan aktiviti bebas peserta .. Apa yang bebas tue ?? haa nie haa yang bawah nie .. tunggu lagii .. hehehe 
Sekali dengan Tok Imam pun berenang .. hahaha

Pada waktu malam selepas solat Maghrib diadakan sesi kuliah bersama dengan wakil fasilitator .. Kemudian jamuan makan bersama-sama dengan semua peserta ..

HARI KETIGA

Yupp hari yang terakhir ..Sekejap sangat masa , haha .. Lepas senaman pagi, semua peserta dan fasilitator terlibat dengan Jungle Trekking dan Solat Dhuha .. Semua peserta akan follow tour guide masuk ke dalam hutan .. Kemudian sampai saja di kawasan air terjun , peserta akan mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat dhuha di situ jugak ..
Sempat lagi bergambauu masa jungle trekking ..

Yeahhh , aktiviti yang terakhir , abselling .. Entah betul ke tak aku eja .. hahaa .. Semua peserta wajib buat .. termasuk fasililator tak kira gayat ke takut ka semua wajib .. hehehe ..
Alhamdulillah program Kem Kepimpinan Belia Masjid selama 3 hari nie berakhir dengan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta, fasilitator dan urusetia .. Tahniah kepada semua urusetia , fasilitator dan peserta yang terlibat kerana sudi memberi kerjasama sepanjang program nie berlangsung .. Semoga program seperti nie dapat dilaksanakan lagi lepas nie ..
Barisan Pemuda Masjid Nurul Hidayah







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

13 March 2016

FIFI ZUL DAH TOGETHER-GETHERR

Unknown | 9:30 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Okeyy .. kawan baik aku kawen dan aku tak boleh hadir ke majlis diaa .. Adeiii rasa bersalah gilaaa .. Sorry Fifi , haaaa .. Jadual padat weii T_T  Disebabkan kau kawan gila bangang aku , so aku buat entri untuk kau .. Haa special untuk kau weii ..  Harap kau maapkan aku , Haaha .. dan untuk makluman semua gambar-gambar dalam entri nie aku rampas dari member-member lain , hehe .. 
Oke kau kahwin awal dari aku , hahaha padahal umur sama .. Takpa jodoh kau lagi awal dari aku .. Tahniah FIFI & ZUL .. Dah sah bergelar suami isteri , aku tumpang gembira wehh ikhlas dari usus & pankreas aku .. Oke aku mengaku kau cantik sikit laa time majlis kau , bolehh laa hahahaha .. 
Oke baik .. Time resepsi kau cantik banyakk , ahahahaha .. 
Untunglaa ramai orang datang majlis kauu wehh .. Untungg .. Alangkah aku ada di situ .. Bayangkan jaa laa .. Tapi takpe , dapat siapkan wedding guestbook untuk kau pun aku dah rasa lega wehh .. Sebab special handmade aku siapkan untuk kau haa ..  Kau pejam mata ke tu ?? Takkan .. takpe aku paham sebab kau tak cukup tidur ehehehe ..
Ehhh ?? Kenapa aku ada dekat majlis kau ??? Kenapa ???? hahahaha .. Itulah kuasa pengeditan .. Awal-awal aku pesan dekat si Muqhram , nak gi majlis nanti ambil gambar tinggalkan space untuk aku .. Yahhh tenkiuu Chuyammm .. Akhirnya dapat tempek muka aku dengan Lelek dekat majlis si Fifi nie .. 

Oke Fifi Fairuz FuyyOo , aku doakan kau bahagia bersama Zul .. Belajau memasak dan kemas rumah .. Aku tau kau kuat makan , masak pun kena pandai k , hahaha .. dan yang nie penting , sangat penting .. Aku harap lepas nie korang tak gaduh-gaduh nak balek kampung time raya .. Sebab rumah mak ayah korang satu taman jaa!! hahahaha .. Kalau gaduh jugak memang tak tahu nak cakap apa , hehe .. 

Congratss Fifi & Zul 





- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

12 March 2016

DIVA KELAS DAH KAHWIN .. HAHA

Unknown | 9:30 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Diva ?? hahaha Nard , kawan sekelas aku masa sekolah menengah .. Kira kami nie antara geng merapu dalam kelas laa .. Kalau bising ke apa ke memang kerja kami , hahaha .. Nakal gila dulu .. Now Farhatun Nadia @ Nard dah kerja MA dah .. and aku pulak cikgu .. Perghh tak sangka kita dah pakat-pakat besau dah , hahaha .. Susah jugak nak jumpa sebab masing-masing dah bawak diri .. Sekrang hang dah kawen Nard .. Tahniahh aku ucapkan .. 
Katanya husband hang kerja sekali ?? Betul ka ?? hahaha aku pun takdan nak selongkar apa lagi .. Tahniah Nard dan Hafiz .. 
Payung sikitt gambarr , haha .. Depa pesan hang jangan tukar perangai wehh .. Kasi maintain hehehe .. cuma upgrade sikit ja la ke level "wife" .. 
Alhamdulillah dapat jumpa member-member sekolah walaupun tak semua .. Masing-masing ada komitmen sendiri .. Nasib baik masa jumpa semua orang tak krik krik macam 5 tahun tak jumpa , hahaha .. 
Yahhh dapat jumpa anak Syimahh (ex-classmate + member masa sekolah) .. Comel gila derr .. Hensem macam uncle Paan , hahaha .. Aduhh terkilan jugak tak boleh nak kumpul lama-lama , ada kenduri lain pulak kena pergi .. Kalau tak memang lepak lama jer dekat rumah kenduri , buat macam tempat sendiri haa ..

Tapi takpelah , ada rezeki jumpa lagi nanti .. Btw Tahniahh sekali lagi Nard dan Hafiz .. Aku dah sedut dahh berkat majlis hangpa nie , haha .. 






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

EHH , SOLEH & SYAZANA DAH NIKOH !!

Unknown | 9:30 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nextt majlisss .. hahaha , dah macam pergi rombongan kenduri dahh .. Member IPG seorang lagi .. Syazana & Solehh .. Berpinar mata tengok pengantin hari nie .. Serba cerahh hehehe .. Japp , Soleh ore Ganu ke Kelate ehh ?? Lupa dah aku , main taip je dalam nie haha ..
Banyak gila menu juadah dekat rumah kenduri nie .. Even perut dah full tapi still nak makan lagi .. Ikan keli goreng , bihun sup , air asam bOi , moist cake .. Aduhh sedapp terr , haha .. 
Macam berat sebelah , ehh ehh .. hahaha ...
Kalau ambik gambar dengan abam memang wajib cia cia cia .. HAHAHA .. Lepas nie hang kena ikut Soleh balik Sarawak laa gayanya Syazana oOi .. Masak untuk abe Soleh terr , haha .. 

Tahniahhh SYAZANA & SOLEH




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

ANIS JAZLAN DAH KAWEN !!

Unknown | 9:29 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Anis dah kawen terrr .. hahahaha .. Tahniah Anis & Jazlan .. Dua orang kawan baik abam dari zaman IPG dulu .. Anis kawan kelas abam and Jazlan member teater merangkap senior .. Masa akad nikah diorang abam tak dapat datang .. Gila sibuk dengan kerja , tu pun berkejar-kejar .. Tapi alhamdulillah still dapat attend majlis diorang .. Tu pun dah petang lepas diorang akad nikah dah , hehehe .. 
Tahniahh oOii ..

Disebabkan tarikh 12 Mac tue abam dapat banyak undangan kenduri , so abam kena pandai-pandai bahagikan masa and tempat hari tu .. hehehe .. So berkejar dulu ke rumah diorang nie .. 
Kawan-kawan classmate yang lain pun datang .. Haii rindu laa dekat member-member nie , hehe .. Nak borak lama-lama pun tak boleh jugak , sebab nak berkejar ke majlis lain pulak hehe .. Anis Jazlan meme sepadan , abam payung puji free nie haa , haha ..
Disebabkan siang super duper padat .. So kiteorang berkumpul sebelah malam .. Keluar shopping barang dan makan-makan sekitar Tanjung Dawai .. Seriuss bila semua dah bekerja nie memang takde masa dah nak berkumpul macam nie .. Jumpa 3, 4 orang member IPG pun bersyukur sangatt dahh ..

Btw , tahniahhh Anis & Jazlan .. Selamat melayari bahtera perkahwinan .. Abam doakan hangpa hangpa , deme deme bahagia hingga ke akhir hayat .. 




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...