Alhamdulillah .. Akhirnya selesai juga Kem Kepimpinan Belia Masjid Nurul Hidayah , Kampung Berapit .. Kem anjuran Pemuda Masjid Nurul Hidayah nie diadakan selama 3 hari di Kem Kenari , Yan .. Tujuan kem diadakan secara ringkasnya nak membentuk sifat kepimpinan dalam diri peserta dan membentuk jati diri masing-masing .. Kalau nak cakap bab persiapan kem nie , fuhhhh .. Taktau nak cakap apa , hahaha .. Dah pegang ajk modul & aktiviti nie paham-paham je laa .. Tapi yang penting kerjasamaaa , haha .. Dah jom tengok apa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 3 hari nie ..
HARI PERTAMA
Para peserta dah tiba di Kem Kenari .. Kebanyakan average umur peserta nie dalam kalangan 13 hingga 20 tahun dan semuanya lelaki ..
Bos besar dah tunggu .. hehh hehh
Sesi taklimat kepada para peserta tentang perjalanan program nanti .. Kang takde la yang tertanya-tanya nanti benda apa yang nak dibuat .. Lepas ja taklimat dibuat , program diteruskan dengan aktiviti yang pertama iaitu Ice Breaking dan Taaruf .. Even ada sebahagian peserta ada yang dah kenal peserta-peserta lain , tapi still nak buat jugak untuk kenal dengan lebih rapat lagi .. Lagipun setiap peserta ada yang berbeza umur ..
Yeahhh .. Aktiviti pada sebelah petang kem , Sukan Air .. Yang nie part paling ditunggu-tunggu .. dan untuk aktiviti nie jugaklah aku kena handle , hehehe .. Bab nak main-main nie memang serah kat aku ja ..
Antara aktiviti yang dijalankan ialah bawa belon yang berisi air secara berpasangan , isi air dalam botol dan bola beracun .. Bab bola beracun nie yang paling bestt .. Hahaha tambah-tambah time nak tuju bola dekat orang lain .. Tapi yang penting setiap aktiviti yang dibuat nie ada tujuan dan matlamatnya ..
Slot aktiviti selepas maghrib untuk hari yang pertama nie ialah ceramah motivasi daripasa Ustaz Sheikh Fisol berkenaan jati diri seorang pemuda .. Alhamdulillah pengisian yang baik ..
Lepas je solat isyak , aktiviti dalam kumpulan (LDK) yang seterusnya ialah Matlamat Hidup dan Menghasilkan Logo Kumpulan .. Haa bab matlamat hidup nie fasilitator bagi setiap kumpulan akan menjelaskan tentang matlamat hidup masing-masing .. Pada masa yang sama setiap ahli kumpulan akan berbincang tentang perjalanan hidup mereka semua ..
Pembentangan logo kumpulan masing-masing .. Setiap logo yang dihasilkan ada maksud tersurat dan tersirat masing-masing .. Alhamdulillah , penyampaian dari setiap peserta ada yang positif dan beberapa perkara boleh diperbaiki lagi .. Gud job .. Noww kita gerak pulak ke aktiviti hari yang kedua ..
LDK untuk hari yang kedua nie berkaitan dengan Nikmat Hidup .. Yea nikmat hidup .. Setiap orang ada nikmat masing-masing , tetapi adakah nikmat itu digunakan dengan sebaiknya .. Owh yaa , sebelum solat subuh tadi diadakan qiamullail yang diimamkan oleh Ghazali khas dari Kemboja dan selepas Subuh dilaksanakan sesi tazkirah dan senaman pagi .. Untuk slot tue , urusetia dan peserta akan memberi peluang kepada para peserta handle sendiri slot tazkirah tue .. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar ..
Selepas selesai slot Nikmat Hidup , aktiviti diteruskan lagi dengan LDK berkaitan Kepimpinan dalam Diri .. Juga diadakan dalam bentuk game .. Tetapi sebaik sahaja game tu habis , akan diadakan sesi refleksi bersama dengan peserta berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan ..
Selepas solat Zohor , tentatif program berjalan lagi dengan Pertandingan Membaca Khutbah Jumaat .. Wakil dari setiap kumpulan akan tampil ke hadapan kemudian baca khutbah Jumaat mengikut topik yang telah diberikan kepada mereka .. Nampak senang tapi bila baca , fuhh gugup sorang-sorang haha ..
Antara slot yang menarik , Aku dan Sunnah .. Semasa slot nie , semua peserta akan diajar tentang cara memakai serban dengan betul .. Selepas selesai pakai serban , para peserta akan ke lapangan pulak untuk aktiviti memanah .. Hehehehe .. Tak pernah lagi memanah pakai busur yang real ..
Urusetia dengan fasi memang betul-betul letih dah nie .. ahhahah
Okei takpa , petang tue kita kasi relaks sikit .. Ada pertandingan memancing dan aktiviti bebas peserta .. Apa yang bebas tue ?? haa nie haa yang bawah nie .. tunggu lagii .. hehehe
Sekali dengan Tok Imam pun berenang .. hahaha
Pada waktu malam selepas solat Maghrib diadakan sesi kuliah bersama dengan wakil fasilitator .. Kemudian jamuan makan bersama-sama dengan semua peserta ..
HARI KETIGA
Yupp hari yang terakhir ..Sekejap sangat masa , haha .. Lepas senaman pagi, semua peserta dan fasilitator terlibat dengan Jungle Trekking dan Solat Dhuha .. Semua peserta akan follow tour guide masuk ke dalam hutan .. Kemudian sampai saja di kawasan air terjun , peserta akan mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat dhuha di situ jugak ..
Sempat lagi bergambauu masa jungle trekking ..
Yeahhh , aktiviti yang terakhir , abselling .. Entah betul ke tak aku eja .. hahaa .. Semua peserta wajib buat .. termasuk fasililator tak kira gayat ke takut ka semua wajib .. hehehe ..
Alhamdulillah program Kem Kepimpinan Belia Masjid selama 3 hari nie berakhir dengan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta, fasilitator dan urusetia .. Tahniah kepada semua urusetia , fasilitator dan peserta yang terlibat kerana sudi memberi kerjasama sepanjang program nie berlangsung .. Semoga program seperti nie dapat dilaksanakan lagi lepas nie ..
Barisan Pemuda Masjid Nurul Hidayah
No comments:
Post a Comment