29 January 2015

FAMILIA ARAS II

Paan Zainudin | 12:19 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


" Oh, you're the best friends anybody ever had. And it's funny, but I feel as if I'd known you all the time, but I couldn't have, could I ?? "

" Hmmmmmmm .. " hahaha 

Rasanya dah hampir 2 tahun lebih kiteorang (intake Jan '12) tinggal satu aras (aras 2) dekat Blok Kenari tue [IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan] .. Jadi masing-masing dah pakat tahu perangai dengan pe'el setiap sorang tu , termasuklah aku .. haha macam-macam ragam ..
Zack [my beloved roomate] , aku , Fir , Azam , Muiz , Yus , Kasah , Zamy , Naim , Syahir , Amir , Wakas , Syafiq , Khalil , Akmal , Haikal , Lai , Am & Aidil ..

Agak sedikit kuciwa , masih tak cukup korum .. Pokjat , Kuwe , Pojan , Nazeh , Acap , Jenal & Hafiz takde ~~ Diorang ada komitmen lain .. Time nie je lah yang ada sebab esoknye dah pakat berkemas nak pergi praktikum dah .. Takpe-takpe , masih ada lagi baki 1 sem .. time tu nanti kita langgar ramai-ramai ..
Tetiba je dapat idea nak buat photoshoot dengan member aras II nie sebelum pergi praktikum .. Alang-alang dah ada group whatssap aras nie , terus kabo .. Tema wajib merah , tak tahu sebab apa .. hahaha
Haha masing-masing dah pakat tunjuk bangang dah bila aku suruh pose .. Pantang nampak kamera , hahaha
" the 2 " .. EHH ~~
Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."
" Lots of people want to ride with you in the limo , but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down .." Oprah Winfrey


*Thank you so much Alan sudi jadi photografer kiteorang ^__^




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

21 January 2015

MISI PASCA BANJIR

Paan Zainudin | 10:57 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Innalillahiwainnailaihirajiun .. Negara kita baru saja dilanda musibah iaitu banjir besar di sekitar negeri Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak dan Johor .. Kesan daripada banjir tersebut , banyak kawasan-kawasan yang musnah , hancur dan rosak disebabkan oleh arus air yang terlalu kuat dan sebagainya .. 

Atas inisiatif dan keprihatinan warga IPGKTAA , Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Guai , Temerloh baru-baru ini ..
Sekitar jam 6.30 pagi , kiteorang dah berkumpul sebelum bertolak ke SK Guai .. Perghhh sejuk bhaii cuaca pagi tue .. Dalam 80 orang jugak yang join misi nie ..
Disebabkan kiteorang tak breakfast pagi nie , perut ni memang kemain lapar ya amat adoyyaiii .. Sampai jer dekat Petronas Temerloh terus terjah kedai diorang .. Eksaited sangat dapat makan sampai terlompat-lompat .. ngehehehe ..
Kiteorang sampai dekat SK Gua dalam pukul 11.30 am .. Bila tengok keadaan sekolah , MasyaAllah .. Macam padang jarak padang terkukur .. Tiba-tiba rasa makin semangat nak tolong pihak sekolah baik pulih apa yang patut .. Sebelum tue kami semua dengar dulu taklimat dari guru besar sekolah tue dan sesi menopupp perut sebelum mula kerja .. hahaha
Keadaan padang sekolah .. dah takde rumput .. hmmm 
Ambik barang apa yang patut .. Aku kena bahagian mengecat .. Readyyyy starttt !!
Budak perempuan kena bahagian kemas-kemas , basuh membasuh apa yang patut .. Kawasan area nie memang penuh dengan lumpur .. Sental jangan tak sental ..
Bab mengecat memang fail .. Kalau tak tumpah cat memang tak sahhh , ngehehehe .. Naseb baik laa pakai baju warna purple , sama dengan cat jadi takde la kontra sangat kalau kena dekat baju ..Kebanyakan bangunan papan dekat kawasan sini memang rosak lepas banjir tue ..
Kerusi-kerusi semua kena cuci balek .. penuh dengan selut lumpur ..
Amik kauuuu .. kerusi sampai melayang atas pokok .. Kerja kiteorang kutip kerusi-kerusi sekeliling sekolah .. Atas dahan la , pagar la , bumbung pun ada ^__^
Bab nak mencantas , menebang memang serah dekat diorang ..
Buku-buku dalam perpustakaan terpaksa dijemur lepas tu kena susun balek 

kering kontang ~~~
Terima kasih warga SK Gua sebab sudi menerima kehadiran kami .. Ini sahaja yang dapat kami sumbangkan bagi meringankan beban kalian di sini .. Harap pihak sekolah berpuas hati dan sama-sama membina semangat untuk meneruskan sesi persekolahan ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

02 January 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Paan Zainudin | 4:10 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim .. Kini bermulalah perjuanganku yang terakhir di bumi Afzan nie .. Nervous , takut , risau semua ada .. Ya lahh , dah hampir 5 tahun setengah berada dekat sini .. Lepas dah hadapi macam-macam benda , sekarang dah sampai ke peringkat yang terakhir .. 
Untuk semester 7 nie aku akan menjalani praktikum fasa yang terakhir selama 3 bulan .. So sekolah pun dah dapat -- akan berpraktikum di SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BADAK , KUANTAN .. hehh hehh .. Dalam semester nie jugak la aku akan siapkan proposal untuk tesis / kajian tindakan aku nanti ..

Next sem pulak , semester yang terakhir nie aku akan menjalani internship di sekolah yang sama selama sebulan .. Pastu tibalah sesi pecah kepala otak tangan jari apa semua nak siapkan kajian tindakan / action research dalam tempoh masa yang ditetapkan .. Kemudian kalau ada rezeki aku and the gang akan menjalani sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan [ SPP ] .. 

Harap semuanya berjalan dengan lancar ..
May Allah ease everything ~~




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...