بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Innalillahiwainnailaihirajiun .. Negara kita baru saja dilanda musibah iaitu banjir besar di sekitar negeri Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak dan Johor .. Kesan daripada banjir tersebut , banyak kawasan-kawasan yang musnah , hancur dan rosak disebabkan oleh arus air yang terlalu kuat dan sebagainya ..
Atas inisiatif dan keprihatinan warga IPGKTAA , Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Guai , Temerloh baru-baru ini ..
Sekitar jam 6.30 pagi , kiteorang dah berkumpul sebelum bertolak ke SK Guai .. Perghhh sejuk bhaii cuaca pagi tue .. Dalam 80 orang jugak yang join misi nie ..
Disebabkan kiteorang tak breakfast pagi nie , perut ni memang kemain lapar ya amat adoyyaiii .. Sampai jer dekat Petronas Temerloh terus terjah kedai diorang .. Eksaited sangat dapat makan sampai terlompat-lompat .. ngehehehe ..
Kiteorang sampai dekat SK Gua dalam pukul 11.30 am .. Bila tengok keadaan sekolah , MasyaAllah .. Macam padang jarak padang terkukur .. Tiba-tiba rasa makin semangat nak tolong pihak sekolah baik pulih apa yang patut .. Sebelum tue kami semua dengar dulu taklimat dari guru besar sekolah tue dan sesi menopupp perut sebelum mula kerja .. hahaha
Keadaan padang sekolah .. dah takde rumput .. hmmm
Ambik barang apa yang patut .. Aku kena bahagian mengecat .. Readyyyy starttt !!
Budak perempuan kena bahagian kemas-kemas , basuh membasuh apa yang patut .. Kawasan area nie memang penuh dengan lumpur .. Sental jangan tak sental ..
Bab mengecat memang fail .. Kalau tak tumpah cat memang tak sahhh , ngehehehe .. Naseb baik laa pakai baju warna purple , sama dengan cat jadi takde la kontra sangat kalau kena dekat baju ..Kebanyakan bangunan papan dekat kawasan sini memang rosak lepas banjir tue ..
Kerusi-kerusi semua kena cuci balek .. penuh dengan selut lumpur ..
Amik kauuuu .. kerusi sampai melayang atas pokok .. Kerja kiteorang kutip kerusi-kerusi sekeliling sekolah .. Atas dahan la , pagar la , bumbung pun ada ^__^
Bab nak mencantas , menebang memang serah dekat diorang ..
Buku-buku dalam perpustakaan terpaksa dijemur lepas tu kena susun balek
kering kontang ~~~
Terima kasih warga SK Gua sebab sudi menerima kehadiran kami .. Ini sahaja yang dapat kami sumbangkan bagi meringankan beban kalian di sini .. Harap pihak sekolah berpuas hati dan sama-sama membina semangat untuk meneruskan sesi persekolahan ..
No comments:
Post a Comment