25 November 2013

ZOOM IN SUNGAI PETANI , KEDAH

Unknown | 1:52 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Memandangkan sekarang musim cuti sekolah , mesti ramai yang nak pergi melancong kan ?? Hirup-hirup udara segar , cuci-cuci mata , makan makanan yang sedap-sedap .. Hmmm dekat setiap negeri mesti ada tempat menarik ,  macam tue la jugak dekat negeri Kedah .. Kali nie Paan bukan setakat nak view tempat-tempat menarik dekat negeri Kedah saja tetapi nak zOom in kawasan yang bestt di  Sungai Petani Kedah , merangkap tempat tinggal Paan sendiri .. hihi


 ◕‿◕ TAMAN TEMA AIR "THE CARNIVALL" ◕‿◕

 
Terletak di dalam Cinta Sayang Golf & Country Resort di Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman tema air di negeri Kedah yang dikenali sebagai "The Carnivall ". Korang boleh bayangkan keseronokan badan korang "disapu" ombak pasang surut dan terapung di dalam "sungai" sepanjang 300 meter. Siap boleh bersantai atas pelampung tiub yang korang boleh dapatkan secara percuma jer ..
 
Banyak lagi tempat dan aktiviti  menarik di situ seperti cabaran gelongsor turun dari menara 15 meter tinggi , melalui gelongsor air terbuka sepanjang 140 meter -berpusing dan beralih cerun sebelum sampai ke kolam bawah dan lain-lain lagi. haa pening hehehe. 


◕‿◕ PANTAI MERDEKA ◕‿◕

Pantai Merdeka (Pantai Kemerdekaan) adalah salah satu pantai yang paling popular di Kedah. Terletak kira-kira 26 km dari Bandar Sungai Petani. Pelbagai aktiviti sukan air boleh didapati di sini seperti menunggang belayar, ski air , melayari, berkanu dan lain-lain.
Salah satu permandangan di sini .. Haaa , di belakang kiteorang tu la Gunung Jerai .. Kalau korang perasan la kan , tempat-tempat yang dinyatakan dalam lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka" tue semuanya kita boleh nampak dari sini . Contohnya Gunung Jerai , Tanjung Dawai dan lain-lain. 

Di pantai nie, terdapat sisa sejarah Perang Dunia ke-2 , kubu yang dibina pada tahun 1941 oleh British untuk melindungi penduduk daripada bom atau serangan lain daripada Jepun.
Bagi pengunjung yang hendak bermalam di sini, Merdeka Beach Resort adalah tempat yang terbaik untuk tinggal dengan selesa dengan kemudahan yang lengkap untuk dipilih seperti chalet , rumah rehat , tapak perkhemahan , kolam renang dan kedai makanan.
Pernah makan ABC Gunung Jerai ?? ABC yang tinggi-tinggi macam dalam gambar dekat atas tue .. Haaa kalau korang nak rasa boleh la datang dekat Pantai Merdeka nie .. Murah ja di samping terdapat makanan-makanan laut dekat sini .. psttt , kalau makan sorang memang tak habis weyyy ..


◕‿◕ TANJUNG DAWAI ◕‿◕

Tanjong Dawai
Tanjong Dawai adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Terletak kira-kira pada 30 km dari bandar Sungai Petani. 
Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa. 
Selain daripada hidangan makanan laut, korang juga boleh menaiki bot dari jeti lembaga untuk ke tempat tempat perkelahan yang popular, Pantai Merdeka dalam masa 5 minit.


◕‿◕ JETI PAYA BAKAU ◕‿◕

Kalau la korang nie seorang pencinta alam semula jadi , mesti korang berminat nak meneroka kawasan paya bakau di Sungai Petani di sepanjang tebing sungai di Sungai Merbok.
Sungai Merbok nie memang kaya dengan sejarah dan pernah menjadi laluan pedagang pada zaman dahulu. Istimewanya kawasan di sini adalah kawasan paya bakau yang dikelilingi oleh 30 spesies bakau , 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang-kerangan. Wowww , macam menarik kan ??
Pelancong boleh menaiki bot yang terdapat di situ untuk melihat kawasan sekeliling paya bakau. Selain daripada tarikan ini , terdapat dua pulau legenda di Sungai Semeling , iaitu Pulau Tiga dan Pulau Tok Kunyit yang dipercayai menjadi sarang legenda " Raja Bersiong " dan " buaya putih". serraammm ~~


◕‿◕ MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG ◕‿◕

Lembah Bujang
Okeyy , kalau sesiapa yang minat tempat-tempat bersejarah boleh datang ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang .. Sebuah tempat (kerajaan Hindu-Buddha) yang dikatakan tamadun yang tertua di semenanjung Malaysia .. Terletak di Merbok , 18km dari Bandar Sungai Petani .. 
Banyak artifak dan sisa-sisa dari kuil-kuil yang dibina telah ditemui , dikumpul, didokumenkan dan dibina semula oleh pihak berkuasa di sini . Nak senang ceqitanya oqang kat sini panggey Candi Lembah Bujang. No tel muzium : +604-4572005


◕‿◕ JAMBATAN MERDEKA ◕‿◕

Jambatan Merdeka
Jambatan Merdeka adalah jambatan yang merentasi Sungai Muda, sungai terpanjang di Kedah , kiranya jambatan yang menghubungkan sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Actually jambatan nie dekat sangat dengan rumah Paan di Tikam Batu , naik moto tak sampai 3 minit ..
Kalau korang nak tahu , jambatan nie adalah penggantian jambatan sejarah ( 1940) , yang telah dibom oleh pesawat Jepun pada tahun 1942 semasa Perang Dunia ke-2. Dekat dengan hujung jambatan nie ,  di Bumbung Lima, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, ada sisa sejarah Perang Dunia ke-2 iaitu kubu yang dibina oleh Tentera British.


◕‿◕ KOTA KUALA MUDA ◕‿◕

Kota Kuala Muda ni sebuah perkampungan nelayan kecil  terletak di muara Sungai Muda, kira-kira 25 km dari Sungai Petani / 9 km dari rumah Paan. Pada zaman dulu Kuala Muda ni merupakan sebuah pelabuhan penting di Kedah. Sebab dekat dengan Penang kan, jadi banyak dapat pengaruh British. Korang pun tahu kan yang Thailand pernah menduduki Kedah selama 21 tahun. Alahaii , waktu nie ekonomi Kedah memang tersangatlah menderita di bawah pemerintahan diorang.
Lagi satu , mesti korang teringat kan peristiwa Tsunami yang pernah melanda beberapa negeri termasuk Kedah ?? Haaa dekat sini la berlakunya peristiwa Tsunami tue .. Semasa bencana 26 Disember 2004 ni berlaku , kesan gegaran ombak tue pun boleh sampai dekat rumah Paan tauu dan di Kuala Muda juga terdapat Monumen Tsunami dan beberapa kawasan yang terjejas .. Penduduk dekat sini biarkan keadaan-keadaan rumah dan kawasan dekat situ seperti keadaan selepas tsunami untuk dijadikan tempat bersejarah ..

Perahu-perahu yang pernah "terbang" naik ke atas darat disusun dan dicat semula sebagai Monumen Tsunami di sini ..


◕‿◕ TAMAN JUBLI PERAK ◕‿◕

Taman Jubli Perak ni terletak di pinggir pusat bandar di Jalan Sungai Layar. Secara officiallnya dirasmikan oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 1983.
Taman Jubli Perak
Taman ni merupakan tempat yang sesuai untuk berehat, berkelah dan melakukan aktiviti bersama keluarga serta rakan-rakan. Dekat taman nie juga terdapat beberapa kandang haiwan dan pelbagai spesies burung. 
Bersebelahan dengan taman nie juga terdapat Perpustakaan Awam.


◕‿◕ CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT ◕‿◕

Cinta Sayang Golf & Country Resort
Cinta Sayang Golf & Country Resort adalah Golf Resort 4 bintang yang terletak 4 km ke timur laut bandar Sungai Petani . Kini CSGC telah berkembang menjadi salah satu destinasi golf yang paling popular di utara Malaysia dan di antara 18 resort golf kelas pertama peringkat antarabangsa. 
Kawasan kat sini pergghhh , memang menyenangkan .. Korang boleh jadikan resort nie tempat bermain golf , riadah , bercuti , mesyuarat, konvensyen , sukan dan banyak lagi.  Memang banyak kemudahan yang terdapat dekat sini ..
swimming .. swimming dan swimming ~~


◕‿◕ MENARA JAM BESAR SUNGAI PETANI ◕‿◕

SP Clock Tower

Mercu tanda yang paling menonjol di Sungai Petani adalah menara jam yang terletak betul-betul di tengah-tengah Jalan Ibrahim , jalan utama bandar Sungai Petani

Menara ini mempunyai ketinggian 12.1 meter dengan kubah yang berwarna emas. Sejarahnya, ia dibina pada  Mac 1936 semasa pendudukan British, di mana batu asasnya telah diletakkan oleh mendiang Puan Koid Cheng Heok.
Sungei Patani Clock Tower
dulu , Sungei Patani sebelum pendudukan Jepun
Sungai Petani Clock Tower
Sungai Petani sekarang 

Mengikut pemerhatian Paan , sekarang nie pun kawasan di sekitar jam besar semakin membangun. Banyak dah pembangunan dekat kawasan nie. Siap ada jalan Zero Kilometer lagi dekat sini.
Clock Tower Wall Plaques

Setahu Paan , kalau nak cari tempat makan yang sedap-sedap pulak , korang boleh zoom in dekat restoran D'King berdekatan dengan Giant Sungai Petani .. mee udang dia , perrgghh kecur air liur bebb .. dan jugak beberapa restoran yang menawarkan makanan-makanan yang superbb .. 

Hehehe , harap entri nie boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang ingin melancong ke Sungai Petani dan kawasan sekitar Negeri Kedah. Sumber tempat-tempat menarik ini diperoleh dari Sungai Petani Homepage dan melalui pengalaman Paan sendiri .. Jangan lupa melawat tempat-tempat lain di sekitar Negeri Kedah jugakk .. Selamat Bercuti !!






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

23 November 2013

HANGPA & DEME DI JINJANG PELAMIN

Unknown | 4:58 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Pak pong pak pong .. Dulu kalau zaman budak-budak hingusan , bulan 11 & 12 tue dah target sebagai bulan main gila-gila havok ahh .. Pagi petang siang malam main , makan pun main sampai tercekik tulang lembu ..  Tapi bila dah besau nie , dah besau , 2 bulan tue jadi sasaran nasik minyak - marathon makan nasik kenduri .. haaa .. lain kan? kan? 

Tahun nie meriah sikit haa .. sebab ramai kawan tarik rambut aku bakal bina masjid , naik jinjang pelamin .. sumpah best , sumpah jeles .. Banyak jemputan / kad kawen yang aku dapat .. Tapi ermmm tapi tak semua undangan dapat dipenuhi .. Huuuu sorii .. Haaaa , cuma yang sorang nie jer takleh nak elak , sebab awal lagi dia dah booking kita .. hihihi kembang sekejapp ..      
Macam banyak sangat kan pendahuluan aku .. Okeyy , senang ceritanya Walimatul Urus Anuar & Mafuzah .. Anuar tue member IPG aku dari Kelate .. Ermm nak guna "bakal" ke "telah" ehh dalam entri ni ?? Past tense dah kann ?? Okey telah mengikat tali perkahwinan dengan pasangannya Mafuzah dari Kedah ..

Haha akibat gelabah dan nebes ya amat , si pengantin nie terlupa nak pakai songkok , pakai la kopiah aku .. haha lawak la kauu .. Tapi yang specialnya majlis kali nie , bukan sepasang jer yang akad nikah , tapi 4 pasang terusss .. amekk kauuu .. Alhamdulillah , dengan sekali lafaz jer secara officiallnya sah bergelar suami dan isteri .. 
Haaa , pakai songkok balek dah .. kih kih kihh .. Tahniahh
Antara kawan-kawan se-IPG yang hadir Mat , WanKhan & ayahnya .. 
Tahniah Anuar & Mafuzah
hehe .. memperkenalkan penaja penginapan dan makan minum sepanjang 2 hari nie , heh hehhh .. Amerul (ex-schoolmate) guru pelatih jugak , tapi IPG dekat Kedah jerr .. gua jer ni ha yang kena campak jauh-jauh .. pergghh , main rembat spekmata pengantin ..
Haha macam tak percaya jer .. Tampar pipi kiri kanann .. Upgrade jadi pengapit derr , kui kui kui .. si pengantin dah booking gua awal-awal .. 
Okeyy kalau kita datang tengok pengantin dengan pengapit makan dekat meja pengantin mesti jeles kann ?? diorang makan sedapp .. okey itu aku akui sedapp .. Tapi yang tak bestnya makan bapakk laahh sopan , takleh terima aku .. slow giller haa suap nasi ke mulut .. Tup tup dah kena gerak dah .. Standard kita kalau makan memang pong pang dekat meja makan tue .. Hahaha agak-agak kau lepas habis majlis nie aku mencekik sekali lagi tak dekat meja makan ?? hehehehe
Acara memotong kek tiga tingkaatt .. Sedap wehh cupcake kecik tue .. 
Hehehehe .. okey sekian .. 

Tahniah ye Anuar dan pasangan .. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu .. Kiteorang yang single mingle nie doakan kebahagiaan dan kesejahteraan korang .. Sori yea Nuar , sampai petang jer aku stay kat sini .. Nak gerak balek dah , cuaca tak berapa nak elok sekarang nie .. Tumpang tak hujan .. hehehehehe .. Tenkiu untuk semuanya ^__^

Sampai je rumah , tak sempat nak letak beg , best friend ayah dari Melakauu pun sampai - 2 bijik kereta ..  Rumah kawan ayah yang aku stay time raya haji ritu .. Actually diorang on the way nak hantar Ika (anak) dekat UiTM Permatang Pauh .. Mau holiday sini yaa ?? Okeyyy esok pagi kita terjun sawah ramai-ramaiii !!
Hehe , pagi-pagi pukul 7.00 budak-budak ni dah keluar pergi dekat sawah .. Padahal tengah hujan kot , katanya semangat nak main sawah .. hahaha .. Kelakar pulak tengok gelagat budak-budak nie .. Kanak-kanak pun tahu kehidupan di desa lebih menyeronokkan daripada hidup di bandar ..








- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

19 November 2013

KONVO IPGM NOVEMBER '13

Unknown | 8:46 AM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


MOOD KONVOKESYEN BERMULA !! hahaha
Dari Sepang [entri nie] terus gerak pergi ke Terminal Bersepadu Selatan .. hmmm dekat 2 jam jugak tunggu group-group dari Afzan nie .. diorang gerak naik bas pagi tu dan sampai dekat KL dalam pukul 12 .. Alhamdulillah , ingatkan aku dah gila dah duduk sorang-sorang .. boleh sakit jiwa kot .. Dah nampak muka diorang baru la mulut boleh terbukak nak merapu meraban atas bas .. haaa ~~

Sampai jer dekat MAEPS terus punggah dan angkat barang-barang gamelan masuk ke dalam dewan .. lepas tue terus rehearsal , alahai letihnyerr .. aku dah nampak katil jer dekat hotel tue .. Dalam pukul 6 baru la gerak gi Hotel Plaza KL nak check in apa semua .. memang terlentangg gua dekat atas katil !!
Day 1 : 
Gamelan start perform dari sidang pertama pagi tue .. begitu jugak laa dengan sewang .. dah lama tak perform jadi makin nervous la pulak .. tambah-tambah ramai penerima sijil pagi tue kebanyakannya foreigner .. yang lagi tak tahan masa kiteorang menari , pergghh peristiwa memahitkan kott .. tengah-tengah menari tiba-tiba aksesori dekat pinggang terlondeh , tak perasan pulak tue .. tengok-tengok dah jatuh .. alahai maluuu ~~~
hehe member dari IPG Ipoh , Ameera Nabila yang akan perform keroncong setiap sidang sebelah petang .. merangkap orang Kedah tempat cheq , juga merangkap ehmm-ehmm kepada member gua .. okey sekian heh hehh
Tolongg .. jangann, jangann kacau akuu .. jangan kacau akuu .. pergi hantu liff , pergiii .. sini bukan Highland Tower, bukan Villa Nabila .. pergii ... hahahahahah perut dah kenyang macam tu lahhh , takde keje dalam lif .. 
Actually kiteorang dah dinner dah malam tue .. tapi entah kenapa tetiba nak keluar jugak beramai-ramai pekena burger bakar .. kempunan lama dah kot .. burrkkkk , okey burkk lagiii .. burkkkkkkkkkk ~~~
DAY 2 a.k.a hari last
Alahai , masa bangun pagi tadi pukul 5 rasa liat jerrr .. macam taknak lepas katil tue .. dah nak kena packing , sekejap jer dekat sini .. huuu , next time la pulak boleh datang sini lagi .. Pagi-pagi sebelum start event baik kita bergambar dulu dekat stage ea .. alang-alang dah sampai awal ..
Okeyyy , yang nie memang takde keje .. Joyah Next Top Model .. Errkk yang sorang tue , baba .. hahahahaha
Ohoii hoiii .. Thanks ea encik Syahariman snapkan gambar kiteorang .. dah macam-macam aksi dah kat depan tue ..
Pojan , ada rezeki jumpa lagi bro .. Aku dah nak balek hari nie .. ko kena bertugas lagi untuk 2 hari .. haha gud luck dehh .. #IPGKTAA #IPIK
Alaa encik , qenyih la sikitt .. Kih kih kihh , dok pedo habih dahh .. The best gerko lect 

Ke hulu ke hiliaq - hulu hiliaq .. Letih - tapi satu kepuasan .. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu dan beri kerjasama .. Next time pergi lagi , krikk krikkk ..

Dah selesai satu tugasan .. Tahniah buat semua graduasi .. Semua orang dah bertolak balek rumah .. Sampai jer kat rumah nanti siapkan tugasan lain pulak .. kad-kad jemputan kahwin dah menebal atas meja tue .. siap sedia untuk memenuhi undangan .. Kawan-kawan , selamat bercuti ea .. manfaatkan cuti korang semua .. 


wassalam ..








- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...