بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Alhamdulillah , selesai jugak persembahan pada Malam Apresiasi Seni pada 8 Julai hari tue .. Persembahan non-stop oleh semua item siswa budaya pada malam tue mendapat sambutan yang postitif oleh para penonton .. Persembahan yang bertemakan "transformasi pendidikan" nie bermula dari pukul 9 sampai la pukul 12 .. memang pakat enjoy habis la malam tue .. hehehe .. Teater , tarian , gamelan , band , nasyid , perkusi dan banyak lagi persembahan yang dipersembahkan pada malam tue .. Aisehh dah dekat dua minggu event nie diadakan , baru hari nie dapat update haha .. Sori la weyyy , tak sempat ..
Gabungan Insan Teater Afzan [GITA] yang membuat persembahan pembukaan pada malam tue .. Bertemakan muzikal , kiteorang membawa suatu cerita mengenai "pendidikan khas" di mana sekarang nie masyarakat jarang memandang isu pendidikan khas di sekolah-sekolah .. Bukan hanya murid / pelajar biasa & normal sahaja yang layak bergelar pelajar .. Mereka yang di dalam golongan ini juga mempunyai hak untuk belajar dan berjaya ..
Ayah Dzul , penasihat kiteorang pun beri komen yang postitif pada malam tue .. "Tahniah kepada anak-anak GITA atas persembahan yang berani - bereksperimen dalam permainan ruang dengan keadaan serba mencabar. Membawa tema pendidikan khas untuk renungan khalayak juga merupakan satu ungkapan dan terjemahan berani pengarah, penulis, pelakon dan semua krew yang terlibat. Bangga dengan sajian anak-anak sekalian " - -
Alamak , gambar waktu malam tue sikit jer .. Tak sempat nak ambil banyak-banyak .. Sibuk dekat belakang pentas .. Sepanjang 2 hari sebelum pementasan kiteorang hanya berlatih dekat dewan dari pagi sampai la ke malam .. Letihh , tapi puasss ..
hehe , menyibuk time orang berlatih ..
Guys .. Congrats - well done .. We did it well .. Sebagai bakal guru , kita dah tunjuk kebolehan dan bakat kita dalam semua bidang .. Bila dah pergi ke sekolah nanti , jangan simpan dan pendamkan "bakat" kita yang sedia ada .. Kita layak untuk membawa warisan nie ke generasi yang seterusnya .. Benda-benda macam nie boleh dibawa ke sekolah , di situ tempat yang mudah untuk kita mengalirkan nilai seni dan warisan dalam diri murid-murid .. hehehe
No comments:
Post a Comment