10 October 2016

JOM MAIN TANAH LIAT

Unknown | 4:37 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pekabo belaka ? Eksaited pulak nak update entri hari ni , haha .. Kali nie abam jadi guru pengiring bawak anak-anak tahun 6 ke Bengkel Seramik [Jelajah Seni] di Balik Pulau .. Program nie dikira sebagai program tahun 6 lepasan UPSR ..
Kiteorang bertolak ke Pusat Kraf Seramik Balik Pulau tu dalam pukul 9 pagi .. Sebelum tu bergambar dulu dengan Guru Besar & GPK 1 .. Penuh 1 bas bawak budak-budak nihh .. Macam-macam ragam sorang-sorang , haha ..
Okayy dah sampai .. Kita dengar dulu taklimat daripada Prof .. Bengkel seramik nie terletak di Sungai Korok , Balik Pulau .. Salah satu inisiatif warga kampung nie untuk memajukan industri desa dekat sini .. Baguss la bila tengok usaha diorang nie .. Suasana dekat sini pun menarik , bersih , cantik dan ceria .. Patut la menang pertandingan kampung tercantik ..
Tengok muka sorang-sorang , semua pakat teruja bila dapat tanah liat .. Anak-anak dah mula menghasilkan model tanah liat masing-masing .. Entah apa bentuk yang akan dihasilkan oleh diorang nanti .. 
Berbakat sebenarnya anak-anak cikgu nie .. Bila tengok hasil yang dilakukan oleh diorang , wOwww pandai betul korang .. Berseni tangan masing-masing .. 
Bukan setakat student , cikgu-cikgu pun nak cuba jugak .. Entah jadi entah kan tidak .. First time buat seramik guna tanah liat ni .. Pernah dah main tanah liat macam nie , tapi kelaut hasilnya haha ..
Nie hasil tanah liat yang team cikgu buat .. Hmmm boleh tahann (sambil kipas diri sendiri) haha .. Ni belum dikira siap semuanya lagi ni .. Ada prosedur lain pulak yang perlu dibuat .. Hasil-hasil tanah liat ni akan diwarnakan lepas tu dibakar di dalam bekas special yang dah disediakan  .. Haa semua tue akan dilakukan sendiri oleh prof & pembantunya .. Bila dah siap semuanya barulah seramik tu akan diserahkan kepada kami semula ..
Bila cikgu dengan anak-anak dah masuk air , haha ..
Alhamdulillah , dah selesai bengkel seramik yang telah dianjurkan oleh Panitia Seni Visual SK Bayan Lepas 2 .. Masing-masing dah seronok dan tak sabar nak tengok hasil seramik masing-masing bila dah siap nanti .. Takpe , dah settle semuanya nanti cikgu bagi balik dekat korang semua .. Masing-masing sporting dekat sini .. Bestt cikgu suka , haha ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...