14 October 2016

THAILAND - SKBL2 CULTURAL EXCHANGE

Unknown | 4:39 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari tu lawatan guru-guru besar dari Acheh ke SK Bayan Lepas 2 .. Kali nie lawatan Sekolah X dari Thailand pulak menyusul ke SKBL2 .. Sebab apa abam letak Sekolah X ?? Sebab abam lupa nama sekolah tue , hahaha adeii .. Nama sekolah tu panjang , susah sikit nak sebut .. Pastu selongkar pulak rak cari buku program yang ada nama sekolah diorang , pun tak jumpa .. Last-last letak nama Sekolah X .. Tu lahh , lambat sangat update blog , haha .. 

Murid-murid dan guru dari Sekolah X datang ke SK Bayan Lepas 2 untuk membuat penandaarasan tentang pengajaran bahasa Inggeris di sekolah nie dengan pertukaran budaya di sini .. 
Barisan guru-guru dari Sekolah X .. Sambutan kehadiran diorang ke sekolah kami dibuat secara bersederhana bagi menghormati tempoh perkabungan rakyat Thailand ke atas pemergian mendiang Raja Thailand .. Apa pun masa diorang ke sekolah nie , masing-masing nampak seronok dan teruja je ..  
Selesai persembahan kebudayaan ( tarian Melayu + Cina + India + Peribumi ) oleh murid-murid tahun 3 & 4 .. Guru Besar Sekolah X macam seronok giller masa persembahan diorang nie .. Habis je perform terus pergi dekat diorang & serahkan sampul $$ dekat anak murid .. Wowww untunglaaaa ..
Sesi penyampaian / pertukaran cenderahati oleh Guru Besar SKBL2 kepada pengetua Sekolah X 
Sesi bergambar bersama-sama .. Habis je program dekat dewan , semua tetamu pergi ke kantin sekolah untuk menikmati minum pagi bersama dengan warga sekolah .. Rasanya makanan Thai dengan makanan kita nie tak jauh beza .. Sedangkan abam sendiri pun memang feberett sangat dengan makanan Thai nihh .. Lepas selesai minum pagi , diorang dibawa ke setiap checkpoint di dalam sekolah ni mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan .. Apa yang dimaksudkan dengan checkpoint nie ??
Gini haaa , di setiap checkpoint ada permainan-permainan tradisional masyarakat Malaysia .. Antaranya congkak , ketinting , batu seremban dan lain-lain .. Jadi setiap kumpulan yang sampai ke checkpoint tu , diorang akan bermain permainan yang telah disediakan .. Kalau tengok dekat gambar di atas tu , diorang memang eksaited giller main congkak .. Sampai taknak berhenti main , haha ..
Sekali dengan cikgu pun main , tunjuk skill masing-masing .. 
Selain daripada melawat checkpoint ,cikgu-cikgu dan murid-murid dari Sekolah X juga turut melawat bilik-bilik khas di sekitar sekolah nie seperti bilik guru , pusat sumber , bilik pemulihan , bilik tayangan dan lain-lain .. Di samping itu , kiteorang juga turut bertukar-tukar pendapat tentang sistem persekolahan di sana dan kaedah pembelajaran yang dijalankan .. Mana lah tahu , boleh digunakan untuk penambahbaikan di sekolah nie ..

Selesai aktiviti dan melawat kawasan-kawasan sekolah , akhirnya guru-guru dan murid-murid Sekolah X berangkat pulang .. Banyak jugak ilmu yang abam dapat daripada perkongsian bersama diorang .. Yahh , boleh la gunakan untuk PdP bersama dengan anak-anak murid nanti .. Thankyou for coming to SK Bayan Lepas 2 .. Ada ruang dan peluang nanti kami akan melawat ke sana pula ^_^




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...