08 September 2010

Takziah Wandan

Unknown | 11:10 AM | 00 orang doakan aku slim |

Hmm...selalunya bila dekat2 dgn raya ni mesti semua orang pakat membeli belah,sibuk dengan persiapan raya. Mungkin tidak bagi kawan aku ni,Syazwan Hamdan atau lebih gemar dipanggil dengan panggilan wandan. Mula dapat tau berita pasal kemalangan wandan pada 2 Sept ari tue,aku ingat mybe kecederaan biasa2 kot.Aku pun amik taw biasa2 je la..tak pikir2 sgt..juz doakan agar dia cepat sembuh..

        Kemudian si kawan aku,fakhriy sms aku bagitau wandan dalam keadaan kritikal..msuk icu..aku pun jadi tak sedap badan..kmudian bla aku tanya balik kawan2 aku..time tue aku dekat ipg Afzan gi..dah on the way nak balik kedah..diorang bgitau wandan excident sbb nak mngelak dari lori waktu on the way nak balik amik adik dia (arwah) dari SMKA Sik..aku terus telefon tanya kawan2 aku pasal dia...Diorang bagitau adik dia dah meninggal..Innalillah..

        Memang tersentap hati aku nie..btambah sedih aku..Ya Allah,macam mna la keadaan kawan aku nie nanti..sebelum kejadian wandan selalu chatting facebook ngn aku..tnya bila nk blek raya,nak ajak p raya rumah rahmad..gerak aku sahur..Tu yang aku betul2 terasa sangat..

        Aku memang tak sedap badan..Sampai ja dekat rumah aku telefon kawan2 aku..diorang bagitau adik dia dikebumikan ari nie (sabtu,4 sept), wandan masih lagi tak sedar dekat icu..hmm...aku nak pi tgok..tp xda transport.. =(


(petikan keratan akhbar sinar harian,ahad,5 sept)

Anak Exco Kedah meninggal dunia kerana kemalangan


Allahyarham syazmin hamdan


SUNGAI PETANI - Anak kedua Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Kedah Dr Hamdan Mohamed Khalib meninggal dunia malam tadi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Selambau dekat sini, Khamis lalu.

Syazmin Hamdan, 16, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim di sini kira-kira pukul 10.45 malam setelah tidak sedarkan diri lebih 24 jam.

"Dua orang anak saya terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau kira-kira pukul 3 petang Khamis lepas," kata Dr Hamdan ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa tiba di tempat kejadian, kereta Produa Kelisa yang dipandu anak sulungnya, Syazwan, 18, bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Syazwan cuba mengelak lori tersebut, tetapi mereka terbabas masuk ke dalam parit," katanya dengan linangan air mata.

Dr Hamdan berkata kejadian itu berlaku selepas Syazwan dan dua lagi rakannya pergi mengambil Syazmin yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik.

Bagaimanapun, dua lagi rakan anaknya itu mengalami cedera ringan dan telah dibenarkan keluar hospital.

"Jika dilihat daripada keadaan anak-anak saya, anak sulung saya lagi kritikal kerana selepas kejadian dia tidak sedarkan diri sehingga hari ini.

"Selepas kejadian, Syazmin masih sedar dan boleh menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku kepada saya. Tidak sangka pula dia (Syazmin) yang akan pergi dahulu," katanya.

Katanya selepas kejadian, keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi...tak tahulah nasib anak sulung saya macam mana lagi kerana dia masih dirawat di ICU. Saya harap agar Syazwan akan sembuh," katanya dengan nada sebak.

Jenazah Syazmin dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Merbok dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Turut melawat jenazah ialah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, exco-exco kerajaan negeri dan juga Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md Zain.
arwah syazmin hamdan (kanan sekali)

Aku pi melawat wandan ari nie dekat Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.Dekat wad icu,tingkat 4 blok kenanga..Ya Allah,memang takleh nak gambarkan keadaan wandan. Wayar,tiub sana sini..wandan dah sedar tapi doktor bagi bius sbab bila dia sedar dia jd trauma.memang sedih aku tengok. Kalau diikutkan aku nak menangis dekat situ, tapi sebab da orang ramai ja aku cuba tahan..
Wandan,tabahkan hati ya..aku doakan hang cepat sembuh,boleh meneruskan kehidupan seperti biasa..InsyaAllah..
aku,wandan ngn adik bongsu wandan







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...