28 December 2011

HuKuM MeMaKai ToPi SaNTa CLauS

Paan Zainudin | 11:50 AM | 20 orang doakan aku slim |


 Hmmmm...
Krismas baru sja lepas kan..
25hb Disember..msti rmai yg mnymbut perayaan tu..
x kira la bgsa apa pun...
Melayu pn x tkcuali
siap pkai "cap" santa lagi...
tp tawu ke apa hukumnya kita memakai topi tu..
nmpak cm bnda ringan je kan..
tp sbnarnya tidak...

cer baca artikel berita yg paan baru amik nie..

*** 
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam 
supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang 
pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta 
meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. 
Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. 
Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan 
akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang 
ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " 
katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah 
terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai 
sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain 
dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian 
terbabit, " katanya.

***
 jadi kita sbg manusia yg beragama Islam...
kita perlulah mnjaga akidah masing2..
jgn smpai terpengaruh dgn budaya luar..
hbis hncur pegangan kita..
sekadar utk mengingatkan diri dan rakan2..
^^
 

- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...