30 December 2011

LeLaKi LeBiH KaCaK ?? MaCaM MaNa tue??

Paan Zainudin | 9:45 PM | 00 orang doakan aku slim |


السلام عليكم
pe kabor smua??
hehe

Hmmm...
entry kali nie paan nk berbincang dgn rakan2 blogger mngenai "lelaki kacak"..
apa yg dmaksudkan dgn lelaki kacak nie??
kacak pada rupa ka?
pada tubuh badan ka?
pada sikap dan perlakuan ka?
atau kacak pada aspek2 yg lain....
hmmm....


Definisi kacak nie agak subjektif sket..
smuanya bergantung kpd persepsi individu itu sendiri. 
Tetapi, bagaimana pula dgn lelaki lebih kacak?


klu nk tahu..jom...
zasSsSSSS...






Seorang lelaki itu menjadi lebih kacak apabila :

1. Lelaki solat 5 waktu sehari semalam.

2. Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

3. Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.

4. Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara.

5. Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat.

6. Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.

7. Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di 
tempat-tempat awam.

8. Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.

9. Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.

10. Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.

11. Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri 
(bagi yang telah berumahtangga).

12. Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.

13. Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.

14. Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan 
ibadah sunat.

15. Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.

16. Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang di inginkan.


***

Kalau dari sudut agama pula bagaimana???


Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. 
Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud 
(maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). 
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan 
dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan 
kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh. (Ali Imran 133-134). 


Jd marilah kita smua pakat2 menjadi lelaki 
yg lebih kacak...meh2..
insyaAllah...



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...