بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Masih lagi dalam keadaan terkejut , sebak , sedih .. Baru sahaja kehilangan seorang guru agama semasa di sekolah menengah dahulu , Allahyarham Ustaz Alauddin Abdul Hak , kini dikejutkan pula dengan pemergian seorang insan , pemimpin , guru agama yang sangat disanjungi dan dikasihi , TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT.
12 Februari 2015 bersamaan 14 Rabiulakhir 1436h , tepat jam 9.40 malam .. Dengan izin Tuhannya , para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh Tuan Guru Nik Aziz menuju Penciptanya ..
Allahyarham Tuan Guru disembahyangkan di Masjid Tok Guru Pulau Melaka , Kota Bharu , Kelantan. Jenazah almarhum juga akan dikebumikan di sebelah pusara ayahandanya ..
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia hati
Kesepianlah teman nan sejati
Anak :
Ayah , kenapa kebanyakan orang yang bagus-bagus banyak meninggal dunia lebih awal ??
Ayah :
Anak , kalau anak berada di taman bunga. Bunga apa yang akan anak petik ??
Anak :
Bunga paling cantik !!
Walaupun sayu hati dengan pemergianmu ..
Namun kami redha ..
Berehatlah wahai murabbi ..
Lepaskanlah lelah perjuanganmu ..
Damailah engkau di sana di sisi sang Pencipta
Namun kami redha ..
Berehatlah wahai murabbi ..
Lepaskanlah lelah perjuanganmu ..
Damailah engkau di sana di sisi sang Pencipta
TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT , damailah dikau di sana ..
No comments:
Post a Comment