بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Kejohanan Merentas Desa dan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis merupakan kejohanan olahraga yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan Larian Merentas desa diadakan selama sehari Dan Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan di Astaka Khalid al-Walid selama tiga hari berturut-turut.
Penganjuran Kejohanan Olahraga ini adalah untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pada masa yang sama, guru pelatih keluaran IPGKTAA diharapkan dapat menjadi pendidik yang cemerlang bukan sahaja dalam arena akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga.
DAY 1
Sebelum bermulanya KOT pada sebelah petang , kiteorang semua nie memang bertungkus lumus nak siapkan semua kerja-kerja .. Kiranya last touch-up la sebelum event petang nie .. Macam group aku , kiteorang practice siap-siap dekat ruang persembahan pagi tue .. Nak setting - test audio , PA system semua siap-siap ..
Kiteorang rasa cukup bertuah sangat sebab syarikat Nestle Sdn. Bhd. sudi menderma 1000 cawan Milo untuk kiteorang semua .. Alhamdulillah ~~ “ Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuatt !! “ hehehe ..
Kegarisan .. sedia .. pOmmm !!!
Antara maskot kejohanan olahraga kiteorang , blue cat ..
Tahniah kepada pemenang .. kita jumpa lagi pada hari kedua .. hehe ..
DAY 2
Hari kedua nie memang penuh dengan macam-macam acara .. Acara lari pecut , lontar peluru , lempar cakera , rejam lembing, lompat tinggi dan lain-lain ..
Dato’ pengarah dan para pesyarah turut hadir pada petang tersebut ..
Sepanjang acara dalam kejohanan pada petang tue acara lompat tinggi la yang menjadi tumpuan semua orang .. Persaingan sengit antara peserta Hariz Zahid dari rumah hijau dan Yang Rey Zern dari rumah merah akhirnya berpihak kepada Rey Zern yang menjuarai acara tue sekaligus memecah rekod yang pernah dicapai pada tahun lepas dalam acara lompat tinggi .. gila bak hanggg .. hahahaha
DAY 3
Hari yang ditunggu-tunggu .. Hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 IPGKTAA ..
Jom abadikan kenangan kita bersama dengan Instagram .. kui kui kui .. Usunglah frame tue ke merata tempat .. Nak kasi orang ambik gambar .. Ramai wei yang bergambar , tapi aku upload sikit jer dalam entri nie ..
Dari pagi sampai ke petang aku dengan geng-geng rumah kuning memang sibuk menghias khemah rumah kuning .. Cuba hasilkan yang terbaik dengan semangat yang jitu .. ni diaaaaaa hahahaha
Kiteorang sempat buat photobooth untuk semua orang , khas di khemah rumah kuning hehehe
Hasil karya kiteorang , dah macam istana .. penuh dengan kuning .. Berkonsepkan urban village .. heh heh hehh .. Pakai letak je nama tue ..
Pensyarah-pensyarah penasihat rumah kuning a.k.a Tok Gajah .. Diorang la yang banyak bagi nasihat dan semangat dekat kiteorang .. Terima kasihh ..
Letihh , sampai terlentang tido .. hahaha
HIDUP TOK GAJAHHH !!!
Malam penutupan laaa event yang paling dinanti-nantikan .. Penentu bagi keseluruhan event .. IPG kiteorang dikatakan unik kerana satu-satunya IPG yang menganjurkan majlis penutupan pada waktu malam .. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Mustapa bin Long, ADUN Padang Tengku, Kuala Lipis dan beberapa tetamu kehormat.
Aturcara pada malam tue dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada Maskot Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014, Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Pasukan Rumah Sukan Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah dan Tok Lela serta pasukan unit beruniform yang terdiri daripada Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengakap. Perbarisan masuk kontinjen ini diiringi oleh pasukan drumline IPGKTAA.
Kiteorang bersama dengan kanak-kanak pra sekolah yang akan membuat persembahan pada malam tersebut ..
Akhirnya , persembahan flash mob dari AJK persembahan semester 5 !! Rasa bestt sangatttt !! havoc havoc .. haha
Event pada malam tue dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api yang membawa seribu makna sepanjang kejohanan ini dianjurkan .. Waaa terharu dan enjoy giller malam tue .. Penat lelah kiteorang akhirnya berakhir pada malam 13 Mac 2014 .. Penganjuran selama beberapa tempoh ini mendapat pujian dan ucapan terima kasih dari pelbagai pihak atas pengurusan program yang licin dan sistematik .. Alhamdulillah ~~
* entri - [ PRA KOT MMXIV ]
* entri - [ KOT MMXIV – CROSS COUNTRY ]
No comments:
Post a Comment