بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Actually bulan Oktober ialah bulan yang sangat super duper busy dan sangat meletihkan .. Semua benda nak organize pada bulan nie .. Kali nie pulak FESTIVAL LAGU RAKYAT IPG KAMPUS ZON TIMUR .. Semua IPG zon timur iaitu IPG Sultan Mizan , IPG Dato' Razali Ismail , IPG Kota Bharu dan IPG Tengku Ampuan Afzan join pertandingan nie ..
Masa aku tahu pasal pertandingan nie waktu tue lepas habis pertandingan tarian dekat UMT .. Time tu lah baru nak pikir skrip , nak cari pemuzik , penyanyi , pelakon dan penari .. Mak aii memang stress tambah pulak masa tu jugak laa kena organize event untuk penilaian akademik dan aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka .. Hanya Tuhan saja yang tahu .. Ting tong ting tong ada masa 2 minggu jer lagi sebelum event tu .. Masa minggu last tue jugak laa ramai yang takde , ramai yang keluar dari kampus ada pertandingan , aktiviti itu ini segala bagai .. Lagi la bertambah stress aku weii .. Nak tak nak , berlatih dengan yang mana ada jer dekat IPG ni ..
Sampai laa hari festival bermula , semua peserta dari setiap IPG pun datang .. InsyaAllah we can do it .. Padahal dalam hati dah berdebor semacam dah ..
Persembahan dari IPG Kota Bharu , perghh memang havouc .. Sehari sebelum pertandingan , kiteorang semua ada bengkel bersama dengan Roslan Madun , penyanyi lagu rakyat Negeri Pahang ..
Sampai la turn kiteorang .. Semuanya berjalan dengan lancar .. Penonton pun terhibur dengan persembahan kiteorang semua .. Memang dua hari sebelum pertandingan kiteorang berlatih sampai pukul satu dua pagi .. Letih tu jangan cakap la wei .. Sama-sama pakat letih ..
dan hasilnya .. Kami JOHAN FESTIVAL LAGU RAKYAT IPG KAMPUS ZON TIMUR !!!! Alhamdulillah .. Alhamdulillahhhhh ~~~ Memang tak sangka weyy .. Menang itu rezeki kalah itu mesti .. Alhamdulillah rasa macam nak menangis jer weii .. Terima kasih semua .. Akhirnya hasil penat lelah kita dibayar jugak ..
Alhamdulillah .. JOHAN FESTIVAL LAGU RAKYAT IPG KAMPUS ZON TIMUR .. Tahniah pemuzik , penyanyi , pelakon , penari dan krew .. Terima kasih semua sebab beri kepercayaan kepada aku untuk jadi pengarah korang semua .. Mohon maaf kalau ada kekurang atau khilaf sepanjang kita berlatih bersama .. Thanks sekali lagi ..
No comments:
Post a Comment