بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Haha alkisah habis jer event Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan [klik] tue .. Esoknyer pukul 5 pagi dah kena bangun bersiap-siap nak join lawatan subjek minor pulak , Reka Bentuk dan Teknologi ke Negeri Sembilan & Johor .. Nak kata penat ke tidak pasal hari semalam , naik jer bas terus aku tertido .. Alahai ~~~ haha ..
Kali nie kiteorang akan pergi ke Pusat Ikan Hiasan , Port Dickson dan Pusat Pertanian di Ayer Hitam , Johor ..
Kalau pergi ke Pusat Ikan Hiasan ni , memang kena masuk ke dalam kampung sikit sebab pusat nie terletak di tepi laut .. Besar jugak kawasannya .. Sampai jer kiteorang dekat sini , perkara wajib yang kiteorang buat dulu iaitu makan tengahari !! hahaha .. Lapar giller weii .. Lepas jer makan , kiteorang semua ada sesi taklimat bersama dengan pegawai dekat sini .. Dah habis taklimat baru kiteorang round-round dekat kawasan ini ..
Kuda laut , bapakkk comel !! Dekat pusat nie , diorang jalankan penyelidikan dengan pembiakan kuda laut , ikan badut a.k.a Nemo dan batu karang hidup .. Alahai comelnyer kuda laut nie berenang , terkedek-kedekkk ..
Yang nie lagi comel !!! Ikan Nemo !!! hahahaha .. Banyak giller wei dekat sini .. Rasa macam nak ambil bawak balek sekor dua .. Teringat pulak dulu pernah bela ikan hiasan air laut nie , termasuklah si nemo nie .. Tapi sampai tempoh dua tahun jer , pastu banyak yang dah mati , sekor demi sekor ..
Unit Bahasa Melayu 1 [Pengajian Melayu] .. Tak cukup orang , pakat obses tengok ikan-ikan , haha .. Tinggal sorang je bunga dekat situ ..
Unit Bahasa Melayu 2 [Pengajian Melayu]
Unit Pengajian Tamil
Kiteorang berada dekat pusat nie sampai pukul 3 jer , pastu terus gerak ke Johor .. Penginapan kiteorang di IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat .. Ingat nak berjumpa dengan member-member dekat sana , tapi rezeki takde pulak .. Diorang semua berada di luar IPG , ada program dengan pertandingan .. Malam tue kiteorang semua keluar bersiar-siar di BP Mall ..
Aktiviti kiteorang malam tue .. makan + makan + makan .. tak habis-habis makan .. haha
Keesokan harinya kiteorang pun gerak ke Pusat Pertanian di Ayer Hitam .. Sampai jer dekat sini kami semua diberikan taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan .. Kumpulan nie adalah untuk aktiviti-aktiviti yang diorang sediakan dekat situ , antaranya aktiviti penanaman lada hitam , penanaman sayur dan proses menghasilkan soya .. Aku join group penghasilan soya ..
Di sini , kiteorang diajar bagaimana cara menghasilkan bahan makanan daripada kacang soya .. Sebenarnya banyak makanan yang boleh kita hasilkan melalui kacang soya antaranya taufufa , air soya , tauhu , kicap , sos dan lain-lain .. Tapi yang kiteorang belajar dekat situ cara nak menghasilkan taufufa dan air soya ..
Diorang ada gunakan mesin-mesin khas jadi mudah sikit proses kerja tue .. Nampak agak rumit sikit sebab proses nie memang perlu diberi perhatian .. Kalau silap buat memang tak jadi ..
Okeyy , ni pulak proses memasukkan air kacang soya yang telah dimasak ke dalam bekas khas untuk dibuat taufufa .. Setiap bahan makan yang dibuat akan dimasukkan beberapa bahan khas yang berbeza .. Kalau macam taufufa kena masuk tepung jagung , pastu bahan GDL dan lain-lain .. Begitu juga dengan air kacang soya ..
Dan aktiviti terakhir kiteorang , makann !! hahaha .. Taufufa dan air kacang soya yang kiteorang hasilkan tue akan dihidangkan bersama dengan makanan tengahari yang lain .. Jadi semua orang boleh cuba dan rasa sedap ke tak "hasil kerja" kami .. yahhh memang sedap !!
Petang tu jugak la kami bertolak pulang ke IPG .. Bestt !! Banyak perkara yang kiteorang belajar .. Pengalaman baharuu ..
No comments:
Post a Comment