17 December 2014

WALIMATUL URUS RIHAZ ♥ QHAI

Paan Zainudin | 12:01 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Tunang sudah , akad nikah pun sudah [ godek sini ] .. Sekarang sampai masanya untuk berwalimah pula .. Rasa malas nak berpantun walaupun aku nie major BM , heee .. Memandangkan si pengantin baru Rihaz ni member rapat aku & Qhailani nie pulak kenalan IPG , maka wajiblah aku untuk menghadiri majlis diorang nie .. Buat tak pergi tak pasal-pasal balek rumah bukak FB dah kena unfriend .. kbai ~~

Majlis sebelah perempuan [Qhai]diadakan di D'Vista Hotel dekat bandar Sungai Petani .. Aku takde la tanya tema diorang tu apa tapi nampak macam ala-ala Bollywood .. Kemainn ehh , hahaha ..
Pengantin bersama dengan bridemaids nyaa .. Owh yaa , salah sorang member Qhai nie also member IPG aku dulu , si Faustine 2 dari kiri .. Dia bertukar dari IPG aku ke IPG Batu Lintang , Sarawak masa 1st year degree , lepas habis foundation ..
Paan , Rihaz , Qhai & Faustine .. Nak kata aku jadi pengapit nie memang jauh belacan dari batu lesung .. Saja ambik gambar berempat , bagi balance sikit .. Kalau tak berat sebelah nanti , oke puji diri sendiri .. hehh hehh 

Selang dua hari , terjah pulak majlis sebelah lelaki .. Dekat sangat dengan rumah .. Member dari zaman sekolah rendah pastu masuk sekolah menengah sekali [SMKAB]  , U pun sekali [USIM] pastu keluar masuk IPG lain-lain .. 
Yahh .. ada peluang kasi ketemu sama teman-teman lama .. pantang berjumpa -- topik yang sembang : perubahan bentuk muka dengan saiz badan .. AdOoi hampehh ..
Alhamdulillah , sejuk ulu hati usus besar aku tengok penampilan pengantin hari nie .. hahaha .. Tambah pulak ada persembahan Qasidah dari adik-adik pusat tahfiz , memang bestt .. Rasa selesa je majlis ..
Lahh .. ramai rupanya yang bercuti .. Masing-masing pakat tak contact nak datang ke tak kenduri .. Tau-tau dah bertembung dekat sini .. Apa pun hati sangat happy boleh jumpa member lama .. 

Rihaz & Qhai , selamat menjalani bahtera rumahtangga 





- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...