29 October 2015

MEJA BERSELERAK ??

Unknown | 7:57 AM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bila dah masuk alam kerja nie mula la dah ada meja sendiri atau tempat kita buat kerja sendiri .. Semuanya letak setempat kan .. Biasanya kalau atas meja nie benda yang wajib ada buku-buku , fail , alat tulis , komputer , printer bagi kerja-kerja office , gajet dan sebagainya .. Tambah laa kalau seseorang tu kerja office , lagi laa penuh meja dia dengan kertas mertas (erkk mana ada) dan sebagainya , haha ..
Macam aku sekarang nie kerja sebagai guru , lagi laa penuh meja dengan barang-barang sekolah .. Tu belum termasuk buku budak-budak , hehe .. Dekat sekolah ada sebuah meja kerja , dekat rumah pun ada .. Baik , kalau tengok gambar dekat atas tu , masalah yang berlaku sekarang ialah wayar banyak dan berselirat .. Wayar laptop , printer , charger , usb segala bagai .. Haishh yang tengok pun naik serabut .. Guane laa nak bagi nampak kemas sikit .. Hurmmm ..

*Yang kipas kecikk tu aku beli dekat DIY .. RM19.00++ ja .. Kalau dekat tempat lain sampai RM30.00 .. So far oke lagi kipas tue , sampai sekarang aku guna .. Kalau laci kecik tu RM2.12 x 2 , haha .. Beli dekat kedai ECO (RM2) ..
So idea dah sampaii .. Kita akan hasilkan satu "benda" yang boleh buat meja kerja kita kelihatan kemas , Hehehe .. Bajet pun tak mahal , katanya mesra alam , hehehe .. 

Kotak kasut (ambil adik punya , hehe)
Kertas pembalut hadiah (RM1.00)
Kertas Warna (RM0.30 x 2)
Gam , Gunting
Pita Pelekat 
  1. Pastikan kotak yang digunakan tu berpenutup . Tak kira la penutup boleh tanggal atau berlipat .. yang penting berpenutup ..
  2. Buat lubang pada kotak tersebut .. 3 , 4 lubang pada bahagian hadapan (terpulang pada anda nak berapa lubang) dan satu lubang sebelah tepi ..
  3. Kemudian balut bagi kemas bahagian luar kotak tue .. Macam yang aku punya nie kerja ekspress .. Jadi tak berapa kemas nak balut .. Hahaha padahal tak reti balut ..
  4. Lepas tu nak bagi cantik bahagian lubang tue , buang satu border lubang tu menggunakan kertas warna purple tadi .. Yahh , dan gam ..
So , kalau tengok dalam gambar nie , aku dah masukkan extension wire dalam kotak tue melalui sebelah tepi kotak .. Lepas tu aku masukkan kan pula wayar-wayar yang lain melalui lubang tue .. Kalau boleh lubang kotak tu kasi besar sikit sebab kadang-kadang ada plug yang tak muat nak masuk .. Lagi satu untuk pengudaraan yang baik .. Kang kalau tertutup semua boleh overheating nanti .. 
Dahh siapp !! hahaha .. Haaa nampak la kemas sikit kalau berbanding yang sebelum nie .. Baru rasa semangat sikit nak kerja .. Boleh pakat-pakat cuba ..     DIY ..



- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...