07 May 2016

PERTANDINGAN DRAMA SEBABAK (IPGM) PERINGKAT KEBANGSA

Paan Zainudin | 9:35 AM | 00 orang doakan aku slim |


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pertandingan Drama Sebabak Adaptasi Naskhah Melayu Klasik (Peringkat Kebangsaan DBP-IPGM 2016) telah diadakan di Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dari 2 hingga 4 Mei 2016. Pertandingan drama nie memaparkan adegan dari kesusasteraan Melayu klasik bertujuan untuk menggalakkan penyertaan, kerjasama dan perkongsian idea dalam kalangan institusi pendidikan (ipgm) seluruh Malaysia. Perghhh skema ayat abam , haha .. Lagi-lagi .. Antara objektif pertandingan drama ini adalah untuk :
  1. meningkatkan minat guru pelatih dalam kesusasteraan Melayu / drama klasik;
  2. mengeluarkan beberapa inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan drama; 
  3. mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan; 
  4. menghasilkan skrip baru; dan 
  5. membangunkan penghargaan dan standard kritikal untuk drama. 
haa amek kauuu .. dahhh !! Jom direct terus apa yang berlaku masa pertandingan tu .. 

Pada 2 Mei , hari Isnin .. Semua peserta dari setiap IPG dah mula lapor diri di IPGKTAA .. Bila tengok team lain ni abam dah mula berdebor .. Tak tahu sebab apa .. psiko semua tu .. hahaha .. 

So , nie senarai kumpulan yang bertanding mengikut giliran berserta dengan tajuk drama diorang :
  • IPGK Bahasa Melayu (Lembah Lagenda) : Impian Badang adaptasi karya Sulalatus Salatin
  • IPGK Darul Aman (WIRASA) : Puteri Suci adaptasi karya Hikayat Raja-Raja Pasai
  • IPGK Kota Bharu (Genta Timur) : Waad Sang Raja adaptasi karya Sejarah Melayu
  • IPGK Sultan Abdul Halim (ASTAKA) : Jika Beta Bertanam Tanaman adaptasi karya Hikayat Raja-Raja Pasai
  • IPGK Dato’ Razali Ismail (ASRI) : Menuba Ikan Dapat Ayam Sabungan adaptasi karya Keris Laksamana Bentan
  • IPGK Pendidikan Islam (Segara Gunung) : Burung Terbang Dipipiskan Lada adaptasi karya Sejarah Melayu
  • IPGK Perlis (KRIS) : Dendam Membara adaptasi karya Sejarah Melayu
  • IPGK Tengku Ampuan Afzan (GITA) : Sedetik Lebih adaptasi karya Hikayat Merong Mahawangsa
  • IPGK Perempuan Melayu Melaka (Serikandi Melaka) : Kalau Hati Sudah Suka adaptasi karya Sulalatus Salatin
  • IPGK Ipoh (ASOH) : Bahasa oh Bahasa adaptasi karya Sejarah Melayu

Pada waktu malam , semua peserta menghadiri sesi taklimat di dewan utama .. Lepas dah dengar taklimat pasal peraturan pertandingan apa semua , setiap kumpulan diberi masa untuk test stage sekali dengan audio , lighting apa semua ..

Dannn .. pada hari kejadian , 3 Mei 2016 .. hahaha nebess nebess .. 
Semua kumpulan dah mula buat persiapan dari segi mekap , kostum , props apa semua .. Termasuklah kumpulan kiteorang , GITA .. Giliran no. 8 , tapi bila lepas turn kumpulan kedua terus bersiap .. Nervous taktau nak habaq bak hang hahahah .. 
 Tokey make up , Ira tengah touch up si Nelson a.k.a garuda a.k.a papa dragon .. Asal muka innocent ja .. hahaha
 Hahaha buat part time bikin rambut si Nelson .. kawan punya laa neves sebab rambut nak kena cat .. hahahaha .. dan hasilnya ..
Hahahaha ambikk !! hancur bakal guru nie , hahaha .. Bha .. walaupun kamu dah macam lanun pencen , tapi dalam hati still ada taman .. hahahahaha
 Yeaa touch up lagi ..
 Okay , make up & kostum done .. Bersemangat eh ! Padahal dalamnya nervouss ..
 Wish us good luck !! Debor nih !! Bermula dari pagi sampai ke petang akan diadakan sesi saringan .. Kemudian enam kumpulan yang terpilih layak ke pusingan akhir akan bertanding pulak malam tue .. 
Pertandingan bermula .. 
Fuhhh .. setakat ni kumpulan yang telah membuat persembahan semuanya hebat-hebat belaka .. Memang risauu nervous semua adaaa .. Okeyy , pertandingan berhenti rehat dan akan bersambung semula pada sebelah petang untuk giliran yang seterusnya .. 
Semua alumni GITA termasuk penasihat GITA, Hj Dzulkarnain berkesempatan menjamu hidangan tengahari bersama-sama dengan pengarah IPGKTAA dan barisan hakim Pertandingan Drama Sebabak .. 
Pertandingan sambung lagi oOii .. 
Our team !! Jiayou !!
Alhamdulillah , semua kumpulan telah selesai membuat persembahan .. Sekarang hanya menanti para hakim membuat keputusan kumpulan manakah yang layak ke peringkat akhir .. Ya Allah bergetar gila hempedu perut pancrease dan sebagainya .. Hanya Tuhan saja yang tahu ..

dan ...
kumpulan yang layak ke pusingan akhir ialah ..

IPGK Bahasa Melayu
IPGK Kota Bharu
IPGK Darul Aman
IPGK Pendidikan Islam
IPGK Sultan Abdul Halim

dan ... 


IPGK Kampus Tengku Ampuan Afzan (GITA) !! Alhamdulillah ke final !!

So , kena kerja keras lagi untuk malam nanti .. Team yang ke final akan membuat latihan dan persediaan pentas manakala team yang tidak terpilih akan pergi melawat ke Bandar Bersejarah Kuala Lipis pada petang itu .. 
Malam final telah tiba .. Penonton pun dah mula mengambil tempat .. Kumpulan yang bertanding dah mula buat persiapan .. 
Setelah tetamu VIP tiba , majlis dimulakan dengan persembahan tarian joget oleh guru pelatih kaum Cina .. Seterusnya diikuti dengan pertandingan drama sebabak oleh finalis yang bertanding pada malam tersebut .. Kesemua finalis tidak boleh mengubah skrip asal mereka .. Mereka hanya boleh membuat penambahbaikan dari segi pergerakan dan elemen minor sahaja  ..
Now .. persembahan selingan .. Monodrama oleh Putta Fazita Mohammad .. Hahaha goodluck mokcik .. "Surat untuk Mama"
Terbaikkk Kak Ita !!
Sementara menunggu keputusan daripada juri , majlis diteruskan dengan persembahan selingan , muzik rakyat .. Lama nauu tak dengar budak-budak nie buat persembahan ..  
Kami tengah berdebar nie !!!

dan keputusan penuh pertandingan ...

Sagu hati

IPGK Ipoh
IPGK Perempuan Melayu Melaka
IPGK Dato Razali Ismail
IPGK Perlis

Keenam : IPGK Kota Bharu (GENTA TIMUR)
Kelima : IPGK Sultan Abdul Halim (ASTAKA)
Keempat : IPGK Darul Aman (WIRASA)

Ketiga : 
IPGK Bahasa Melayu (LEMBAH LEGENDA)

Naib Johan : 
IPGK Pendidikan Islam (SEGARA GUNUNG)

dan JOHAN Pertandingan Drama Sebabak Peringkat Kebangsaan : 

IPGK Kampus Tengku Ampuan Afzan (GITA) !!!! 
Alhamdulillah !!! Tahniah semuanya !!
 Anugerah Pengarah Terbaik : 
Sharifah Balqis Syed Fairus (IPGK Tengku Ampuan Afzan)
Anugerah pelakon lelaki terbaik : 
(Watak Merong Mahawangsa)-IPGK Tengku Ampuan Afzan
Anugerah pelakon perempuan terbaik : 
(Watak Puteri Gunung Ledang)- IPGK Pendidikan Islam.

TAHNIAHH !! Tahniah juga buat kumpulan yang telah menyertai Pertandingan Drama Sebabak .. 
Penggiat teater terkenal , Shamsudin Osman turut hadir untuk memberi sokongan pada malam tersebut .. Terima kasih Pak Din ..
Tahniahhh family GITA .. Sangga bangga dengan kalian !! Tak sia-sia datang dari jauh .. Keep it up guyss !! Kekalkan hubungan kita sampai bila-bila .. 

Gambar dan maklumat kredit to blog Ms Tai Soo Shong , lecturer Afzan sendiri .. Haha nerves masa bertanding dengan eksaited masa menang sampai tak ingat sapa dapat yang tu yang ni hehe .. Lepas tu terus copy dari orang .. Oke seronok , Hahaha ..




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...