13 May 2016

TEATER ASY SYURA

Unknown | 4:20 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Masa abam dapat posting Penang , abam ada terfikir jugak .. Perjalanan seni teater abam stop sampai sini je ke ?? Ye laa , dulu dekat Lipis aktif ya amat .. Bila dah posting takde geng , member yang minat teater .. 

Rupanya tak .. Rezeki tu ada di mana-mana ja .. And yes , abam dah jumpa apa yang abang nak .. Thankyou Cikgu Mat , Pegawai Pembangunan Teater , Pusat Pengajian Seni USM .. Antara orang penting dalam bidang teater yang diperkenalkan oleh ayah Dzul (penasihat teater GITA / pensyarah Afzan) .. Baru-baru nie abam pergi Bengkel Penulisan Skrip Teater di USM ..
Bengkel ni dikelolakan sendiri oleh Cikgu Mat atau lebih dikenali sebagai Seni Bayan .. Orang yang sangat sangat sangat berpengalaman dalam bidang teater .. Ya Allah , rasa kurangnya ilmu bab nie .. Aahahaha , seriuss sebelum nie aktif bahagian lakonan ja .. Belum lagi try bahagian penulisan , terutama skrip teater nie .. Hahaha korek-korek sikit ilmu dari Cikgu Mat nie .. 
Abam jugak berkesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan baru (junior) dari IPG Sultan Abdul Halim (IPSAH) .. Diorang pun aktif dalam teater jugak .. Mantopppp .. Terus teringat dekat GITA adeii ..
Kalau bab bengkel petang tu , serius cakap banyak giller ilmu yang dapat .. Nak try belajar menulis pulak .. Tapi minat tue kena ada laa .. dan betul-betul ready nak berkarya haha ..

Berbalik kepada tajuk utama post entri nie .. TEATER ASY SYURA .. yupp .. Sebuah pementasan yang mana telah banyak kali dipentaskan di setiap pelusuk negeri di Malaysia nie .. Senang ceritanya teater nie dah banyak jelajah satu Malaysia ..  Kali nie teater nie dipentaskan di Auditorium Dewan Budaya , USM ..  Giller kalau tak pergi tengok , hahaha .. Teater nie dipentaskan sebelah malam selepas bengkel penulisan skrip tue .. 

Naskhah Asy Syura ni diambil berdasarkan surah Asy Syura , yang berkisar mengenai perbalahan adik beradik iaitu Mid, Nin, Odah, Agok dan Ajis yang sering bercanggah pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Ada yang benar - benar mahukan tanah pusaka tersebut untuk dijual, ada yang mahu tanah pusaka itu dibahagi - bahagikan agar masing - masing mendapat bahagiannya dan ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut. Agok yang mempunyai masalah mental menjadi bahan kekejaman dan keganasan abangnya Mid, apabila tidak dituruti. Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka, Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang gemar berjudi, tamak, dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang disekelilingnya. 'Kebisuan' Jarah, isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Hal ini berlanjutan sehinggahlah Inah, anak kepada Nin dan Siah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku dihadapannya, Mid mula sedar atas semua yang berlaku dek angkaranya sendiri.

Baca sinopsis teater nie pun macam dahh fuhhh , mantoppp .. Seriuss memang mantopp .. Kalau nak buat review nie just kata bestt 4.7 bintang haa , haha .. Teater ni boleh dinilai dari sudut kemanusiaan yang berlaku dalam norma kehidupan kita nie .. Teater nie dibarisi oleh barisan-barisan pelakon teater yang terkenal seperti Rosli Mansor , Rina dan ramai lagi .. Pelakon drama tv Shaharudin Thamby jugak turut bersama sebagai pelakon jemputan .. So far memang bestt weii ..
Actually , Kak Rina (berselendang pink) tue bekas mentor @ guru teater abam masa dekat Lipis dulu .. Dia yang banyak ajar bab teater nie .. Dapat jugak jumpa dia malam pementasan tue .. Hebatt aa kak .. 

Semua besttt !! Tahniahhh produksi !!




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...