20 May 2016

SELAMAT HARI GURU !! [SKBL2]

Paan Zainudin | 4:37 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah sambutan Hari Guru Peringkat SK Bayan Lepas 2 telah disambut dengan begitu meriah sekali pada 20 Mei 2016 yang lalu. Dengan bertemakan "TWINS", secara berpasangan sama ada dua, tiga, empat atau lima , kiteorang semua dikehendaki memakai pakaian yang sama dari segi tema, warna, hiasan dan sebagainya. Haha tapi last minit jugak pikir nak pakai baju apa dengan team twin nie ..  

Masa hari kejadian tu , awal-awal pagi telah diadakan bacaan Yaasin bersama-sama dengan guru dan murid di dewan sekolah. Lepas tu diikuti pulak acara memotong kek oleh barisan pentadbir sekolah dengan guru-guru. 
GB, Encik Nazri sedang memotong kek khas sempena sambutan hari guru. Lepas tue, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video khas hari guru yang memaparkan tentang suasana dan barisan-barisan ahli keluarga SKBL2 .. Video tue disediakan oleh abam sendiri .. Sapa-sapa yang nak tengok boleh search Youtube [Terima Kasih Cikgu SKBL2] ..
Geng cikgu laki acah-acah fashionist hari nie , haha .. 

Selepas waktu rehat, acara diteruskan lagi dengan perarakan masuk "TWINS" ke ruang legar dewan utama .. Setiap pasangan kembar akan berarak mengikut giliran masing-masing ..
Perghhh , time nie murid-murid macam teruja giller dengan kostum dan pakaian cikgu-cikgu hari tu .. Mau taknye setahun sekali je nak melaram macam nie hahaha .. Dah macam red carpet dah kami nie .. 
Oke GB abam bersemangatt , haha 
Barisan kembar-kembar SKBL2 .. Macam-macam tema, rupa, warna, dan gaya ..

Habis je acara perarakan masuk dengan nyanyian lagu hari guru ,  acara diteruskan lagi dengan pertandingan "CLEVER TEACHER" yang terdiri daripada tiga kumpulan peserta guru iaitu PONGG , PINGG dan PENGG .. Abam dengan Kak Niza & Kak Aifaa bertindak selaku juru acara bagi pertandingan tue ..
Terdapat dua slot dalam pertandingan ni .. Yang pertama Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat dan Lihat, buat dan teka .. Macam-macam gelagat laa cikgu-cikgu nie semata-mata nak jawab soalan-soalan yang kami bagi , hahah adeii geli perutt ..
Lepas ja selesai pertandingan Clever Teacher, majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan hadiah kepada Mosquito dan Monito .. Apa tu Mosquito dan Monito ?? Macam nie , seminggu sebelum sambutan hari guru, setiap orang cikgu dikehendaki mencabut nama-nama cikgu tertentu untuk dijadikan sebagai Mosquito .. Setiap hari, cikgu tu (Monito) akan bagi hadiah secara rahsia kepada Mosquito diorang sehingga hari guru diadakan .. Pada sambutan hari guru ni la, diorang akan dedahkan Mosquito dan Monito masing-masing dan saling bertukar hadiah ..
Acara pertukaran hadiah Mosquito dan Monito

Seterusnya, acara yang dinanti-nanti iaitu penyampaian hadiah kepada pasangan kembar paling meletop .. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Brother Bear .. yahhh kumpulann guaa haha .. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Wild West dan johan dimenangi oleh pasangan Men in Black .. Tahniahh belaka ..
Sambutan Hari Guru Peringkat SKBL2 2016 diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar .. 

TWINS OF SKBL2

- SEHATI SEJIWA -
- CARCA MARBA - 
- BROTHER BEAR - acececeee hahahah
- MAROON 5 -
- WILD WEST -

SELAMAT HARI GURU !!





- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...