31 August 2016

#FT6B : FESTIVAL TEATER 6 BAHASA

Paan Zainudin | 5:27 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Boleh kita mula ?? Penat abam taip nie haa hahaha ..
Okehh ..
Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu (PKBM) Zon Timur dan Gabungan Insan Teater Afzan (GITA), IPGK Tengku Ampuan Afzan telah berjaya melaksanakan Festival Teater 6 Bahasa (FT6B) Peringkat IPGKTAA bagi tahun 2016 .. Festival yang dianjurkan pada 30 Ogos 2016 , Selasa  telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Abd. Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis dan turut dihadiri En. Mohd. Yusoff Majid (wakil Ketua Pengarah DBP) dan Puan Nani Hayati Razikin (wakil Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar IPGM).

Bila hendak anjurkan festival nie bukan sekadar suka-suka saja , tapi ada objektifnya iaitu :
  1. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa lisan, bahasa tubuh dan penulisan dalam kalangan peserta.
  2. Meningkatkan dan mengemaskini perkongsian penyampaian teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa sempadan bahasa.
  3. Menerbitkan kompilasi skrip drama dalam enam bahasa beserta dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
  4. Mengesan bakat dalam kalangan pelajar dalam bidang teater dan penulisan skrip.
  5. Memberi pengalaman kepada kumpulan sasar sebagai satu persediaan menghadapi situasi sebenar alam pendidikan di sekolah.
  6. Meningkatkan kesedaran perpaduan antara kaum selaras dengan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan tanah air kali ke-59.
  7. Menyambut ulang tahun ke-10 Gabungan Insan Teater Afzan (GITA) yang menjadi nadi aktiviti di IPGKTAA.

Sekejap je rasa .. GITA dah pun berusia 10 tahun .. Abam antara generasi yang ke-5 dalam GITA ..
Bermula dari hari raptai untuk festival nie , masing-masing pakat jalankan tugas yang telah diberi .. Ada yang setting tempat , pasang banner , urus teknikal dan sebagainya .. Amboihh yang pasang banner pun semuanya perempuan , hahaha .. Abam pulak offer diri nak buat photobooth untuk festival nie .. Alumni GITA Kak Anner, kak Jessie dan junior PSV turut membantu abam .. Thankyouu …
Sempat jumpa dengan bos di Jabatan Pengajian Melayu nie .. hahah Encik Amin .. 3 generasi anak Jabatan Pengajian Melayu berkumpul petang tue .. Rehearsal bermula dari pagi 29 Ogos sampai laa ke lewat malam masuk 30 Ogos , haha .. Nampak tak kegigihan persiapan supaya program pada keesokan hari berjalan dengan lancar , hehe ..
Tiba hari FESTIVAL TEATER 6 BAHASA Peringkat IPGKTAA .. Perasaan debar , eksaited , lapar (ehh??) , gembira semua ada , haha .. Ayah Dzul sebagai penyelaras #FT6B bersama dengan En. Syahariman , pensyarah muzik .. Turut kelihatan pensyarah-pensyarah dan para guru pelatih turut hadir memenuhi dewan .. Owhh ya , pelajar-pelajar dari sekolah luar pun turut hadir ke #FT6B pada tahun nie .. 
Kiteorang dekat belakang dewan tengah setting make-up & kostum apa semua .. Rasanya takda apa dah yang kurang .. Semua persiapan dah dibuat sehari sebelum majlis .. Goodluck guys !! 
Team silat tengah standby untuk persembahan pembukaan .. Dah makin hebat silat sekarang .. Bagus korang .. Buat yang terbaik ..

Selepas selesai persembahan silat dan tayangan multimedia mengenai GITA , pementasan teater dimulakan dengan Teater Bahasa Cina : Pulang ..
Teater ini mengisahkan tentang Soorang ,  anak yang telah berkahwin dengan seorang lelaki Amerika yang amat kaya. Dia telah membawa balik cucu ke rumah ibu bapanya sehari sebelum Tahun Baru Cina. Ibu bapa yang sudah lama tidak berjumpa dengan anak mereka berasa amat gembira dan ingin menyediakan makanan kegemaran anaknya semasa 'reunion dinner'. Sewaktu makan bersama, anaknya sentiasa asyik dengan telefon pintarnya walaupun ibu bapa sedang bertanya kehidupannya di luar negara. Ibu bapa berasa amat kecewa dengan sikap anak mereka yang sombong dan biadab .. Semasa anak dan cucunya berada di ruang tamu, anaknya terjumpa satu laporan kesihatan mengenai ayahnya. Rupa-rupanya ayahnya menghidap penyakit kronik, namun anaknya tidak pernah mengambil tahu akan perihal ibu bapanya.
Teater yang diarah dan ditulis oleh Tap Lip Xin dilakonkan oleh Gan Kai Pin , Tay Jia Xuan , Chai Shin Mei , Rusfahzinla Emyda dan Tap Lip Xin .. Tahniahhh , persembahan yang mantapp .. 

Seterusnya pementasan Teater Bahasa Inggeris : How I Met Your Wives ditulis oleh Khairiah Rosdi dan diarahkan oleh Muqhram Mazelan .. Teater ini dilakonkan oleh Muqhram Mazelan , Khairiah Rosdi , Syarah Imani , Aliya Iryani , Amirul Shakirin dan Izzatul Umairah ..
Teater ini menceritakan mengenai seorang pemuda licik bernama Jamil. Jamil berhasrat untuk berpoligami namun cuba merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahauan isteri-isterinya. Dengan bantuan rakannya, Syah, adakah hasrat Jamil Berjaya direalisasikannya?
Seriuss kelakar teater nie .. Tak tahan gelak abam .. Dah macam cerita Madu Tiga dah , hahaha .. Okayy sambung pulak pementasan teater yang seterusnya , Teater Bahasa Arab : Ayah di Mana ?? 
Teater yang menyentuh perasaan ini berkisahkan tentang panggilan telefon dariada pihak sekolah yang telah merungkai sebuah masalah dalaman Ahmad yang sebenarnya dahagakan kasih sayang seorang ayah. Ibu yang telah membesarkannya ibarat menatang minyak yang penuh telah ditengkingnya tatkala mencari jawapan kepada 'Aina Abi?' Akhirnya, si ibu yang tidak sanggup menahan perit dan duka telah menjawab segala tanda tanya Ahmad. Mampukah Ahmad menerima hakikat sebenar berkaitan ayahnya? Mampukah luahan hati si ibu melembutkan kembali hati anak tunggalnya itu? 
Teater bahasa Arab ini dilakonkan oleh Nik Zharfan , Athirah Zakaria , Syahir Rahim , Anis Syuhadah , Wan Rifqi , Siti Aisyah , Faizul Anas , Azamuddin Adnan , Norikmal Yusop dan Nazri Salim .. Skrip dan idea telah ditulis oleh adik-adik PISMP Pai Sem 1 dan diarahkan oleh Nik Zharfan .. Actually , ini merupakan kali pertama teater bahasa Arab dipentaskan di IPGKTAA nie .. Pertama kali jugak bagi sebahagian adik-adik join pementasan ini .. Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar bahasa Arab (tahu la jugak haha) abam ambil inisiatif untuk touch up dari segi lakonan dan penghayatan watak .. Alhamdulillah diorang buat yang terbaik .. Kalau dah penonton mengalir air mata tengok teater nie , apa lagi yang mahu dikata ?? Haha tahniahh !! 

Majlis berhenti rehat selama 30 minit untuk memberi ruang rehat kepada penonton dan para tetamu .. Persembahan selingan oleh adik-adik SISBA dengan persembahan beberapa buah lagu nasyid dan lagu rakyat memeriahkan lagi suasana pada hari itu .. 
Alumni GITA dan sahabat-sahabat final year .. All the bestt wehhh .. 
Memandangkan orang lain tengah makan , berehat , berborak dan sebagainya .. Kiteorang pun ambil masa untuk rehat kiteorang .. Camni je lahh kami berehat .. Hahahaha tak reti duduk diam .. 
Macam nie laa kami selalu dekat belakang stage .. Saat-saat macam ni laa yang akan selalu tersemat di ingatan bila dah habis program nanti .. Even setiap saat , apa sahaja yang dibuat sangat bermakna .. Betul .. memang sangat bermakna bagi ahli keluarga bernama GITA .. 
Okehhh , teknikal pun dah standby untuk pementasan yang seterusnya .. Kiteorang nie pun dah standby dekat belakang stage .. Persembahan yang mantap dan meruntun jiwa oleh Teater Bahasa Tamil : Amma ..
Teater bahasa Tamil memaparkan tentang Encik Mano yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kehidupan mewah serta keluarga yang bahagia merupakan aset tidak ternilai dalam hidup Encik Mano. Namun, ketenangan yang dicari tidak dapat ditemui apabila konflik terjadi antara isterinya, Puan Barathi dan ibunya. Puan Barathi merasa amat rimas apabila terpaksa menjaga ibu mertuanya yang bersikap seakan kanak - kanak apabila sering menumpahkan makan yang diberi. Akhirnya, Encik Mano terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua kerana tidak tahan mendengar keluhan isterinya. Anak - anak Encik Mano iaitu Kayal, Thanesh dan Vani tercari - cari akan nenek mereka dan mereka mendapati bahawa ayah mereka telah menghantar nenek mereka di rumah orang tua. Kayal, anak sulung Encik Mano mendapat idea untuk medapatkan nenek mereka kembali iaitu bercerita sebuah kisah sehingga didengari oleh Encik Mano. Encik Mano berasa amat menyesal dengan tindakannya menghantar ibunya ke rumah orang tua. Apakah kisah yang diceritakan oleh Kayal itu? Sedarkah Encik Mano dan Puan Barathi akan kesilapan mereka? 
Abam sangat berbangga dengan pencapaian adik-adik walaupun kita berlainan bangsa , kita masih tetap sama .. Teater yang diarahkan oleh Thanussha dan ditulis oleh Govintharaj dan Thaneshuwary telah dilakonkan bersama dengan Manohara , Thanussha , Aisah , Yoggeshwari , Thaneshuwar dan Sriwani .. Goodjob dan tahniahhh .. 

Beralih kepada persembahan yang seterusnya , Teater bahasa Semai : Moyang Jelema merupakan teater peribumi (Semai) yang pertama dipentaskan di dunia .. Abam sangat berbangga dengan pencapaian kalian terutama kaum peribumi di IPGKTAA nie .. Para pelakon bagi teater ini terdiri daripada Aryandi , Romario , Aryzal , Azua , Darlena , Velora , Rittchel , Ain Alya , Salihin dan Mariska .. Skrip dan Idea telah ditulis oleh Aryandi , Romario dan Atikah yang berperanan sebagai pengarah teater ini ..
Teater ini mengisahkan tentang seorang tok batin perkampungan orang asli semai yang digelar Moyang Jelema yang mempunyai kuasa sakti di mana dia boleh menukarkan daun lalang menjadi sutera sakti setajam pedang . Konflik bermula apabila Gagak Hitam iaitu ketua lanun bersama dua orang anak kapalnya datang ke kampung Moyang Jelema untuk merampas kampung tersebut. Namun Moyang Jelema berkeras untuk tidak menyerahkan kampung itu kepada Gagak Hitam. Sebagai balasannya, sewaktu Moyang Jelema pulang dari hutan, dia telah diberitahu oleh orang kampung bahawa anak dan isterinya telah dibunuh oleh Gagak Hitam dan anak kapalnya. Lalu berlakulah pertempuran antara Moyang Jelema dan Gagak Hitam untuk menuntut bela kematian isteri dan anaknya. Dapatkah Moyang Jelema menewaskan Gagak Hitam? Apakah kesudahannya? 
Bila tengok team nie menari sewang terus abam teringat zaman abam dulu menari dengan batch peribumi .. Hmm rindu laa woOii nak menari lagi haha ..

Seterusnyaa , pementasan Teater bahasa Melayu : Korea itu Menantu Aku  dilakonkan oleh Qassim Zainal , Amira Nasuha , Mustakim Mustafa , Ang Jia Ying , Hayati Kasim , Ros Ilya dan Aiba Tok .. Teater lawak jenaka ini ditulis dan diarahkan oleh Qassim Zainal ..
Di sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri yang bernama Pak Dollah dan Mak Bedah. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama Leman yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Hari-hari Pak Dollah dan mak Bedah sunyi tanpa anak tunggalnya itu. Setelah sekiar 'ama menyepi, tiba - tiba Pak Dollah dan Mak Bedah dikejutkan dengan surat yang dikirim oleh Leman untuk mereka yang menyatakan hasrat beliau untuk pulang ke kampung tapi dalam suratnya juga Leman menyatakan bahawa dia akan membawa pulang menantu Korea. Adakah Pak Dollah dan Mak Bedah dapat menerima kenyataan ini? Dan bagaimanakah pula reaksi orang kampung dengan berita mengejutkan ini?
Adeii kelakar betul laaa teater nie .. HAAHAHA .. Memang pecah perut laa menonton , hahaha seriuss lawak .. Tahniahh weiii ..
Wakil alumni GITA juga turut tidak melepaskan peluang mementaskan teater monodrama bertajuk Janji .. Tahniahh Ayie ..
Penyampaian cenderamata iaitu sebuah potret karyawan Usman Awang oleh wakil alumni GITA , Fazita Mohamad kepada pengarah IPGKTAA , Tn Haji Abdullah ..
Haaaa , program bukan habis setakat nie saja .. Kita sambung lagi dengan majlis perasmian Ambang Kemerdekaan Peringkat IPGKTAA bagi tahun 2016 ..
Majlis perasmian dilaksanakan oleh YB Dato’ Haji Abd. Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis dan para tetamu kehormat ..
Seterusnya nyanyian lagu patriotik oleh barisan koir guru pelatih IPGKTAA dan nyanyian lagu tema kemerdekaan 2016, Sehati Sejiwa oleh Rosli dan Nelson ..
Nampaknya kiteorang lagi sakan menyanyi .. Ahahaha riuhhh giller dalam dewan tue ..
Semua krew dan produksi yang terlibat bergambar bersama dengan para tetamu yang hadir ..
Hahahaha .. masing-masing lahaiii ..
Unit PSV yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti kesenian di IPGKTAA .. Bersama dengan bekas pelajar , Arissa Zahra dan pensyarah , En, Shaiful Bahari ..
Team Muzik Rakyat bersama dengan pensyarah pembimbing , Papa Shamsuri dan En Syahariman ..
Memori yang akan kekal terpahat dalam ingatan ..
Barisan alumni GITA yang hadir memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat .. GITA merupakan keluarga yang terdiri daripada insan yang berbilang bangsa dan agama .. Kami mempunyai matlamat dan akan menuju impian yang sama sampai bila-bila .. Terima kasih untuk program yang cemerlang dan gemilang ini .. Teruskan berkarya untuk generasi akan datangg .. 

Tik top !! 




- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...