Alhamdulillah..
dah lama benor paan tgok si Ally nie membujang
akhirnya si pengacara popular nie bakal menamatkan zaman bujangnya..bagus2..
meh kita baca citer yg paan amik dr Sinar Harian Online nie
Pengacara popular, Ally Iskandar, 36,
bakal menamatkan zaman bujangnya
bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee,
23, pada 20 Januari ini.
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah
yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.
“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan.
Ia hanya dihadiri sanak-saudara
dan teman rapat sahaja.
Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan
sebarang majlis sebelah lelaki,”
katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka,
Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya.
Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi
masalah untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah,
namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza
dengan gadis lain yang pernah saya temui.
“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya,
kami berhubung melalui laman Facebook,
kemudian baru berjumpa.
“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala
dia pula ditemani rakannya.
Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,”
katanya.
Tidak mahu menunggu lama,
Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterikan Farah kepada keluarganya.
Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah,
Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.
“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku,
malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan
meminta izin keluarganya terlebih dahulu,”
katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang
bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
~~amin..
No comments:
Post a Comment