“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.
Apabila meneliti keadaan penampilan diri yg agak tdak
sempurna penutupan auratnya, hati tiba2 terasa malu pd Allah.
Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan
yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah.
Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang
sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian
& kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga
yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya,
diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba
berubah penampilan kelak.
Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang
oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:
- Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
- Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.
- Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak
yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya
seperti respon yang pertama,
Renungilah firman Allah;“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa
kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini.
Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya.
Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih
untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan.
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung.
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar.
Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala
tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah
maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah
input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang
baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat,
puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini
agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah
online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya.
Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat,
yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat
(untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah
untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha
(mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun,
hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana
T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan
bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu).
Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak
singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki
atau Tudung Mesir.
Contoh 1: Tudung Akel bidang 50.
..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung
(Tudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60). Tudung jenis ini kebiasaannya
labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun
sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah
sebab penggunaan pin..(klu tudung jahit terus sarung je. lagi mdah kan?) ^ ^
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih
dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah
diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh
berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan
Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh
berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya.
Bahkan lebih manis dipandang mata.
CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba…
masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali.
Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah!
Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk
mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu
mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara
sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung
yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan
kemungkaran.
Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh.
Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri
lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut
diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu.
Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah.
Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita
untuk meraih redhaNya.
Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat
serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah
berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak
kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan
kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.
Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]
Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri.
Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa
ada di sisi kita.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.
p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya.
Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini.
Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira.
Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah
mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.
Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2
serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah
kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan
sempurna. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment