18 January 2012

Haa?????.. CiKGu xDa otAk????

Paan Zainudin | 12:54 AM | 00 orang doakan aku slim |


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. 
Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. 
Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Ailan lalu dia pun mengangkat tangan…


Ailan : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Ailan : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Ailan : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Ailan : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Ailan : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.


P/S: jangan fikir kanak-kanak pon tak pandai..sebenar ya otak kanak-kanak akan lebih berkembang jika  diransang dengan sesuatu:)









- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...