بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Alhamdulillah , akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki dekat Zoo Negara nie .. Seriuss lama giller tak pergi .. Kalau tak silap dekat 10 years jugak laa .. Mau tak nye , semua orang pakat busy .. Ayah pun bukan selalu ada dekat rumah - kerja luar .. So kali nie decide nak pergi jugakk , haha .. Celebrate merdeka dekat sini hehe .. Thanks Hafiz Zainal sebab bawakkan aku .. Birthday Boy kann ~~ haha
Hmmm mana satu nak pergi dulu nie ?? kena study peta dekat sini haha .. Tiket nak masuk ke sini RM30.00 , tapi kalau nak tengok panda kena charge RM20.00 .. So total RM50.00 .. Layan je lahh .. Kalau nak tengok senarai penuh harga tiket , scroll bawah sekali entry nie .. Melalui apa yang aku baca , dekat zoo nie ada 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia , burung , reptilia , amfibia dan ikan ..
Yaribba yaribba .. B on B , dekat muzium lebah .. Bila tengok lebah-lebah dekat sini teringat masa dulu , kena sengat dengan lebah .. Perghhh sakit kot !! sampai lebam-lebam muka aku , dah jadi macam kucing haha .. Wooo bapak besar buaya sebelah nihh .. Spesies tembaga bujang senang ke apa .. Kalau baham aku memang kenyang 3 hari .. haha
Akhirnyaaaaa .. dapat jugak nak melepaskan kempunan aku dekat ular .. lama gila gian nak pegang ular , ahahahaha .. Si Hafiz muka buat relaks jer , padahal dalam hati hahaha Tuhan saja yang tahu ..
Masa untuk panda !! Xing Xing & Liang Liang !! Nak masuk tengok panda nie diorang bagi masa 20 minit je .. Tempat (rumah) diorang seriuss besauu , siap ada aircond -- ala-ala macam negara China
Time kiteorang tengok panda nie memang tido je diorang , bangunn oOiii .. hahaha first time tengok poo diorang , warna kuning .. haha dah keje makan buluh je ..
Mengancam betul harimau nie , boleh pulak duduk dekat kiteorang .. Nak mintak ambil gambar ke weii .. nah sepam dua ..
Okey soalan kuiz Sains :
Sila namakan binatang yang bertompok-tompok seperti di dalam gambar di atas ..
Part nie besttt !! Animal show !!! Perghhh memang talented giller .. Ada beberapa ekor binatang yang terlibat dengan show nie antaranya singa laut , burung kakak tua , ular sawa dan burung apa entah hehe ..
Animal show nie ada pada setiap hari jam 11.00 pagi & 3.00 petang ..
Baik , harga tiket bagi zoo nie :
Warganegara Malaysia
Dewasa dengan MyKad RM30
Kanak-kanak dengan MyKid RM10
Warga Emas RM10
Pelancong Asing
Dewasa RM50
Kanak-kanak RM25
Warga Emas RM40
Kadar Pelajar Sekolah
Pelajar RM8
Guru RM10
Tapi kalau bagi orang kelainan upaya , kadar kemasukan adalah percuma ..
Macam mana pulak cara nak pergi ke Zoo Negara ?? haaa gini ..
Dengan Tren
# Turun di Wangsa Maju. Ambil teksi ke Zoo Negara. Tambang teksi sekitar RM10.
Maklumat: Untuk perjalanan pulang anda, kebanyakan pemandu teksi yang tidak beretika di luar zoo biasanya mengenakan anda RM25 untuk ke stesen Wangsa Maju.
Bas
Terdapat 2 pilihan:
# Rapid KL nombor U34 dari Stesen LRT Putra Wangsamaju KL
# Rapid KL nombor U23 dari Stesen Titiwangsa KL
No comments:
Post a Comment