28 August 2013

TURN MEREKA DAH SAMPAI

Unknown | 10:02 PM | 00 orang doakan aku slim |

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Yuuppp .. masa mereka dah sampai .. Dah tiba masanya untuk bergelar suami dan isteri .. Tahniah Ainaa dan Hayazif .. Barakallahulakuma .. hehe jeles pulak tengok orang kawen nie .. Tambah-tambah pulak kawan masa sekolah dulu .. 
24 Ogos 2013 bertempat di Kulim , Kedah .. Maka berkumpul lah rakan dan taulan kepada si pengantin nie - di rumahnya untuk bersama-sama meraikan hari bahagia mereka .. Dah kira macam reunion raya la nie .. tapi sayang laa , ramai yang takde .. Ada yang dah balek u , keje dan sebagainya .. Kalau member lelaki , yang datang 3 orang jer termasuk aku .. Nasib baik aku cuti lagi - malam ni baru balek KL .. 

Woww , brownish-gold tema diorang .. cantik lah hang Ainaa .. haha serius hangpa berdua memang sepadan .. For your information la para pembaca , Ainaa and her husband nie student dekat Al Azhar , Mesir .. Hayazif nie kira macam senior final year kepada Ainaa nie laa , orang nogowii .. hehe  Alhamdulillah , masjid dah dibina akhirnya .. 
Yeaa , bukan senang nak berjumpa dengan geng meqoyan aku nie .. Haha my ex-classmate Pijah Zaza Zoawe .. Alhamdulillah , setakat nie masih lagi waras .. hahaha
Cik gebu Faezah Habibi .. Pe'ahh !! haha
Sorang lagi kawan laki taknak bergambar pulopp .. takpe lahh .. biar aku dengan Murshid jer .. orang kata bergambar dengan pengantin nak ambik berkat .. Haa nak try sikitt ... 

Selalunya laa , bila dah pergi kenduri kawen kawan nie secara wajib dan automatiknya juga boleh dikatakan sebagai FAQ akan mendapat soalan nie daripada orang ramai ..

" Hmmmm orang tu bila pulak ? " " Bila pulak turn hang nak kawen " " Lepas nie hang la pulak "

Apa yang boleh jawab .. InsyaAllah ~~ Apa yang baik akan dipermudahkan olehNya .. hehe dah ada skema jawapan siap dahh ..


Okey Ainaa & pasangan .. Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat .. Selamat menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri .. Jalankan tanggungjawab anda sebagai hambaNya dan isteri yang solehah kepada suami .. insyaAllah ^__^







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...