23 December 2012

DAH LANGGAR LEPAS TU LARI

Paan Zainudin | 12:25 PM | 00 orang doakan aku slim |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Hmmm .. pepatah apa aku nak bagi pun tak tahu la
Dah tahu diri tu dah salah tapi tak nak mengaku ..

Ceritanya macam nie ,
Waktu tu aku dekat rumah mak sedara aku , area Jalan Kota Kuala Muda , Kedah
Tengah sedap-sedap menghirup bubur kacang panas yang manis lagi berkrim tiba-tiba jiran datang beritahu
Kedai makan Inah quntuh kena langgaq loqi !! ”
Dalam keturunan sanak saudara aku nie tugas aku sebagai wartawan tak berbayar
Apa saja cerita hot semua aku sapu .. hehe
Siap dengan kamera apa semua aku bergegas ke tempat kejadian ..
Hmm .. tak teruk sangat
Tapi yang kesiannye ada sorang budak cedera teruk jugak la dekat bahagian kaki kena timpa dengan tong makanan tu
Dah dihantar ke hospital , katanya kena bedah ..
Yang tak tahannya pemandu lori tu larikan diri lepas langgar kedai tu
Hasil temubual bersama penduduk kampung :
loqi tu bawak laju dalam kampung nie ..
Makcik dok tengok banyak kali dah loqi pi mai pi mai dalam kampung terhuyung-hayang
Dah banyak kali dah tengok loqi nie teqjun dalam bendang
Apa pun laporan polis dah dibuat , Cuma tunggu laporan susulan jer ..
Tauke kedai pun masih trauma lagi tu .. terkejuttt

Sekian , berita utama Merapu Tapi Benar .. hehe







- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...