14 September 2012

KEHILANGANNYA MASIH DIRASAI

Paan Zainudin | 3:13 PM | 30 orang doakan aku slim |


" Paan , wehh .. Farrah dah takdak dah .. "
" Apa ??!! .. Biaq betoi weh , innalillahiwainna ilaihirajiun .. "
jantung nie bagaikan nak luruh bila dengar berita tue ..
air mata yang mengalir bercucuran memang tak dapat nak ditahan , hanya mampu dikesat ..
betul ke apa yang aku dengar nie ??

كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت
Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati..

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka 
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
 (pula) mencepatkannya." 
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Memang la kan , bila kita dengar sesuatu perkara yang kita tak jangka
memang susah kita nak terima perkara tue ..
dan sememangnya sahabat kita, Farrah Natiqah Bt. Md Basri telah kembali ke rahmatullah ..
semua orang termasuk rakan-rakan, pensyarah apatah lagi saudara mara arwah
terkejut dengan berita nie ..
arwah dah lama sakit .. dah lama menderita , cuma kita yang tak dapat merasai penderitaan arwah ..
disebalik tangisan gelak tawanya bersama kita , sebenarnya ada kesakitan yang tak tertanggungnya , 

semoga dengan pemergian nie , arwah tak perlu lagi menanggung penderitaan ..

Alhamdulillah , pihak pengurusan IPG telah memberi ruang kepada kiteorang , 
pelajar unit Bahasa Melayu dan beberapa orang pensyarah pergi melawat jenazah
arwah buat kali terakhir di kediamannya , Kuantan ..
Kiteorang bertolak esok pagi , selepas subuh dari Lipis ..
Perjalanan yang mengambil masa 5 jam , sama ada sempat atau tidak ,
kiteorang berharap sangat dapat sampai ke sana dengan selamat .. 
Sampai je kiteorang dekat sana ,
arwah dah selamat dikebumikan .. ketika kiteorang nak jejakkan kaki ke tanah perkuburan tue ,
entahlah .. hati jadi sayu , air mata mula bergelinang .. 
terutama bila melihat keluarga arwah ada di sisi kubur .. hmmmm ..
waktu salam dan peluk ayah arwah , memang .. rasa sedih sangat ..

Walaupun kiteorang tak sempat nak melihat jenazah arwah ,
kami akan tetap tunaikan tanggungjawab kami , sama-sama membacakan
yaasin dan tahlil buat arwah .. doa dan harapan sahaja yang kami mampu berikan ..
semoga arwah tenang di sana ..

Farrah , 
paan ingat lagi yang kita ramai-ramai selalu makan bersama ..
dah makan 1 hal .. pastu part meratah lauk .. hehe
lepas tu waktu BIG , moment yang paling best sekali .. kita 1 kumpulan ..
masak , LDK , naik rakit sekali .. hahaha ..
yang kelakar tu memang tak tahu nak cakap lahhh .. tahan air mata ketika taip entry nie
kenangan arwah bersama rakan sekelas .. suka duka ..
semoga korang sabar dan tabah dengan pemergian arwah ..
Paan harap ..
Keluarga , saudara mara , classmate BM2 , roomate arwah .. anis , dan rakan-rakan
tabah dengan pemergian arwah menghadap Ilahi ..

sesungguhnya daripadaNya kita datang , dan kepadaNya kita pergi ..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ..

wassalam ..












- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...