Waaa...
tak sangkanya..
novel yang paan baca time sekolah dulu akan di"drama"kan
dan akan ditayang di ASTRO..
"ADAM DAN HAWA"
Memang best novel nie..
rugi kalau tak baca..
kebanyakan karya novelis kak Aisya Sofea memang tak menghampakan..
tak percaya..???
try pergi beli salah satu novel beliau..
& terus baca..
bercakap pasal drama nie..
Nak tawu siapa pelakonnya..???
jeng..jeng..jeng..
.
.
.
taraaaa...nie la pelakonnya..
hero - Aaron Aziz (Adam Mukhriz)
heroin - Nadiya Nissa (Ain Hawani)
gambar nie paan ciluk dari fanpage ADAM HAWA
waaa..memang sepadan la tengok...
harap-harap drama nie leh menyentuh perasaan semua penonton..
macam dalam drama korea yang paan selalu tengok..
sampai meleleh air mata..
hehehe..
nie ha..paan nak kongsi sikit sinopsis pasal drama nie..
_____________________________
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.
Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.
Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.
_________________________
sekian...selamat menonton ^^
2 comments:
wah3.ni feberet novel aq ni. sejak aq bace novel ni la aq pasang angan2 nak cari laki macam adam ni. ngeh3
"setia dalam ego"
ahahaa....
nampak ja ego..tapi sebenarnya penyayang...btul x??? hehehe
Post a Comment