بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Kawad , berkhemah , mengawal , upacara khas .. dah memang sinonim dengan KRS (Kadet Remaja Sekolah) .. Jaga parking ??? errr tu pun salah satu jugak kot .. haha .. Naseb badan ..
Kalau merujuk pencarian dekat tenet nie , KRS nie ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Kiranya ahli KRS nie geng-geng tough laa .. haha takde kaitan langsung .. Tapi kalau bab kawad kaki nie memang serah kat KRS lahh , tap tap boOmm chOwww ~~
Gambar kat atas memang takde kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal .. ngehehe
Semester nie aku dah pilih nak join KRS .. sebab ape ?? sebab aku minat gillerrr dengan unit beruniform spesies macam nie , macam askar .. hahaha sumpah muka-muka yang baca nie tak percaya aku hidup-hidup .. tapi itulah kebenarannya .. Waktu mula-mula dapat tahu masuk PLKN ada kaitan dengan topik nie k , memang eksaited giller wehhhhh .. time nak habis tu rasa macam nak tambah 3 , 4 bulan lagi .. & semester nie aku dilantik jadi setiausaha .. yeahh selepas dilantik sebagai setiausaha blok kediaman dan ketua batch rumah sukan .. ooHH TIDAKKKK ..
Kami memang letihhh .. hari nie berkumpul untuk latihan perbarisan bulanan unit beruniform untuk minggu depan .. Dah la duduk tengah-tengah panasss .. tadi cakap minat askar ?? ye laa tapi selepas tu kiteorang ada kuliah lain pulak .. tu yang letihhhh , petang latihan merentas desa pulakk .. Ooi mak kau ejangg ..
Tersesat masuk group pengakap .. ade ke patut diorang cakap aku ranger hutan .. kureng hajar betull , habis semat dah nie haa .. Diorang memang minat pengakap and aku memang otai-otai giller nak mati fanatik dekat KRS nie .. nampak tak keoveran dan ke"die hard"an aku .. yeaa .. itu akuu ..
Okeyyy , yang duduk tu memang bajet sopan .. phuihhh phuihhh jauhh jauh .. haha .. dekat belakang kaki meqoyan ..
Dah jom sambung balek berkawad !!
3 comments:
kental & kentang haha
sebagai warga krs. aku tumpang bangge. ha3
#cik atin : sudah semestinya .. haha
Post a Comment