11 April 2012

TSuNaMi di aCHeH ??

Unknown | 8:41 PM | 00 orang doakan aku slim |


Assalamualaikum ..
dah solat ke belum nie ?? 
Kalau belum tu cepat-cepat la gi tunaikan apa yang wajib ea ..

Pasal tajuk entri paan .. haa ..
Tsunami sekali lagi ?? Serius paan tak berapa tahu sangat secara mendalam pasal nie .. dengar citer bergegar sampai ke semenanjung Malaysia .. kawan-kawan dekat maktab pun cakap rasa gegaran tue .. paan tertido petang tadi .. tu yang tak tahu tue ..


di bawah nie artikel yang sempat paan baca pasal gegaran gempa bumi tue ..

____________________________________


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS), Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.


Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.


SEKIRANYA tsunami dijangka tiba, ia akan melanda Georgetown pada jam 9.11pm  dan Port Dickson 2.10am. Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.


Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.
Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.
Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.
Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana. 
(Mynewshub.my)
____________________________________

Semoga Allah melindungi saudara-saudara ku di sana ..
Kenapa time bencana baru kita nak ingat mati ..
Ya Allah .. aku memang terlalu leka dengan dunia sampai tak ingat pada Mu .. Ampunilah dosaku dan saudaraku nie ya Allah .. selamatkan lah saudara ku di sana ~~

tadi waktu mesej dengan mak dia ada cakap yang penduduk di kawasan Kuala Muda , Kedah (kawasan pantai , dekat dengan rumah) dah pindah keluar ke kawasan lebih selamat .. 

mari lah kita banyakkan berdoa ..






- TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA HANGPA MAI LA LAGI -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...